Yuki mulai membuka matanya sebaik saja melihat kesemua catatan berkaitan bangsanya. Dia menukarkan posisinya dari baring ke duduk lalu memandang keadaan sekeliling. Dia menghembuskan nafasnya perlahan-lahan setelah melihat perkara yang mengerikan itu.
Pada masa yang sama, Yuki terpandang Ryuu yang kini sedang terbaring di atas lantai bersebelahan di tepi katil. Yuki terkejut sehingga dia terjatuh dari katil itu lalu bangun & memandang Ryuu yang masih belum sedarkan diri itu.
"M..macam mana dia boleh keluar ni?"kata Yuki dalam hati.
Walaupun begitu, Ryuu sama sekali tidak sama seperti yang sebelumnya malah tubuhnya jauh lebih kecil malah dia nampak jauh lebih muda & kelihatan seusia Yuki sahaja. Tak lama selepas itu, Ryuu mulai bangun sebaik saja mendapati dirinya terbaring di atas katil manakala Yuki setia menunggu di sisi katil itu.
"Aku kat mana ni?"tanya Ryuu.
"Kau kat rumah aku,"tulis Yuki.
"Nampaknya kau dah bebaskan aku dari kurungan tu tapi aku tak sangka yang aku akan jadi budak 13 tahun balik. Mungkin ianya kesan dari pengaruh kuasa kau, Yuki,"kata Ryuu.
"Apa maksud kau,Ryuu?"tulis Yuki.
"Mengikut ramalan orang terdahulu, mereka mengatakan bangsa terakhir kita adalah yang paling terkuat jadi mungkin sebab tu kau boleh bebaskan aku dari sumpahan kurungan tu,"kata Ryuu.
Yuki hanya mengangguk lalu menghulurkan baju lamanya kepada Ryuu. Yuki hanya tersenyum sambil memandang Ryuu lalu berjalan pergi ke dapur. Ryuu hanya memandang baju itu lalu terus saja mencuba pakaian itu lalu melihat dirinya di dalam cermin yang tergantung di dalam bilik ibu Yuki.
"Nampaknya baju ni longgar sikit lah tapi takpe kot,"kata Ryuu lalu berjalan pergi ke arah Yuki.
Di dapur...
Dia terlihat Yuki sedang memasak di dapur lalu di duduk di meja makan. Dia hanya memandang sang remaja itu. Dia tidak menyangka yang Yuki hidup bersendirian di dalam rumah ini tanpa sebarang penjagaan daripada sesiapa. Setelah beberapa minit, Yuki terus saja menghidangkan makanan di atas meja lalu duduk di meja itu.
"Yuki, kau tinggal kat sini sorang-sorang ke?"tanya Ryuu.
"Ya, tapi jangan risau. Sekarang ni aku tinggal kat istana dengan Raja Aruka & kawan-kawan,"tulis Yuki sambil mempelawa Ryuu makan.
Ryuu terus saja makan makanan yang dimasak oleh Yuki tetapi dia perasan sesuatu yang pelik pada Yuki.
"Kau tak makan ke?"tanya Ryuu.
"Takpe, aku tak lapar,"kata Yuki lalu terus saja mencapai telefon pintarnya yang berada di dalam poket seluarnya.
Di istana...
Kelihatan Raina sedang duduk di taman istana bersama dengan sahabatnya, Ayumi Ika. Raina hanya memandang telefon pintarnya. Dia mulai teringat akan Yuki yang baru saja pergi 2 hari yang lepas. Ayumi yang perasan akan hal itu terus saja menegurnya.
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasíaYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...