Bab 30:Kebenaran Untuk Pulang

1.3K 132 10
                                    

Setelah 3 hari berada di resort itu, mereka akhirnya berkemas untuk pulang. Setelah selesai, mereka menaiki kereta & memakai tali pinggang keledar sebelum bertolak.

"Baiklah, mari kita bertolak,"kata Raja Aruka lalu menghidupkan enjin & memandu keretanya pulang ke istana.

Mereka semua berasa sangat seronok walaupun kepenatan begitu juga dengan Yuki. Dia berada sangat seronok kerana dapat menghabiskan masa bersama sahabatnya. Walaupun begitu, dia juga turut merisaukan dirinya selepas apa yang pernah terjadi pada sebelumnya. Dia hanya menyandarkan kepalanya pada tingkap. Rasa risau & takut mulai menyelubungi dirinya. Apakah dia akan baik-baik saja?

Suatu hari...

Yuki meminta Raina menghantarnya pergi ke sebuah kedai buku kerana alasan mahu membeli sebuah buku. Raina hanya bersetuju & terus saja menghantar Yuki di hadapan sebuah kedai buku.

"Yuki, kau nak aku temankan kau?"tanya Raina.

"Takpe, Raina. Aku boleh pergi sendiri. Kalau aku dah selesai aku telefon kau ya. Kau balik lah dulu,"kata Yuki menggunakan bahasa isyarat.

"Baiklah, hati-hati ya,"kata Raina lalu masuk ke dalam keretanya semula & pulang ke rumah.

Yuki terus saja berjalan pergi meninggalkan kedai buku itu & sebaliknya, dia berjalan pergi ke sebuah hospital berdekatan di situ. Dia harus menyelesaikan masalahnya sendiri dahulu sebelum memberitahu yang lain soal kesihatannya yang semakin merosot kebelakangan itu.

Beberapa saat kemudian...

Yuki duduk di sebuah perhentian yang berada dekat dengan kedai buku yang dia pergi tadi sambil memegang sebuah buku yang baru saja dia belikan. Dia termenung memikirkan semula waktu dia pergi ke hospital untuk diperiksa. Doktor Sam yang merupakan doktor yang memeriksanya itu mengatakan sesuatu yang agak merisaukan tentang dirinya.

Dia semakin takut & risau untuk memberitahu yang lain malah mengambil keputusan untuk merahsiakan hal itu lebih lama & terus saja menjalankan rawatan itu tanpa pengetahuan sesiapa lagi-lagi Raina malah sahabatnya yang lain seperti Rito & Tanaka.

Di ruang tamu istana...

Kelihatan Rito sedang membantu Tanaka mengulang kaji pelajaran sementara itu, Yuki pula sedang termenung sambil memandang buku yang dia sedang bacakan itu.

"Yuki, kenapa ni?"tanya Rito sambil memandang Yuki.

Yuki hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum lalu menunjukkan buku yang sedang dia bacakan. Rito hanya mengangguk lalu menyambung pelajaran nya bersama dengan Tanaka.

"Urgh! Bosanlah! Aku dah tak mampu lagi Rito! Tolonglah!"rayu Tanaka yang sudah penat dengan waktu pelajaran itu.

"Mana boleh! Ada beberapa bulan je lagi nak exam tahu tak?!"bebel Rito.

Yuki hanya memandang mereka berdua. Dia tahu yang dia tak boleh masuk campur dalam urusan kali ini lalu dia mengambil keputusan untuk pergi ke dapur lalu mencapai apron & mulai memasak. Pada hari itu, dia memasak beberapa manisan seperti puding & biskut. Setelah itu, dia membungkuskan kesemua manisan itu lalu mengedarkan kesemua manisan itu kepada pekerja di istana seperti biasa sehinggalah dia selesai memberikannya kepada penjaga istana.

"Terima kasih tuan Yuki. Kami sangat menghargai pemberian tuan,"kata pengawal pintu istana itu.

Yuki hanya mengangguk sambil memandang mereka. Walaupun begitu, pengawal itu sedar akan sesuatu yang ganjil pada Yuki.

"Tuan Yuki, maaf kalau saya menganggu tuan tapi saya perasan yang ada sesuatu yang ganjil dengan tuan. Kenapa muka tuan kelihatan penat saja?"tanya salah seorang daripada mereka.

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Where stories live. Discover now