Ketika dalam perjalanan pantai, mereka melihat jalan yang dipenuhi kereta & kelihatan beberapa orang berlari keluar dari kereta itu. Raja Aruka berasa pelik akan hal itu lalu segera memberhentikan kereta.
"Sapa yang dah jadi tu, ayahanda?"tanya Lily yang terlihat keadaan itu.
"Nampaknya ada sesuatu yang dah berlaku. Kamu semua tunggu-"kata-kata Raja Aruka belum sempat dihabiskan.
Yuki terlebih dahulu berlari keluar dari kereta & pergi melihat keadaan itu. Rito yang melihat perkara itu segera saja keluar dari kereta sambil melihat Yuki.
"Yuki! Mana kau nak pergi tu!?"jerit Rito.
Walaupun begitu, jeritan Rito tidak didengari oleh Yuki & dia terus saja pergi ke kawasan itu. Tanpa dia sangkakan, dia terlihat seekor raksasa berupa separuh serangga yang menyerupai seekor belalang gergasi sedang menyerang & menghancurkan kawasan di situ. Tanpa melengahkan masa, Yuki terus saja menyelamatkan orang-orang yang masih berada di kawasan itu. Pada masa yang sama, Raina, Rito, Tanaka, Reiki & Raja Aruka turut berada di situ selepas mengejar Yuki.
"Yuki! Kau tak patut buat macam tu tahu tak?!"marah Tanaka.
Yuki meminta maaf sambil menundukkan kepalanya berkali-kali tanda maaf. Dia cuma terlalu risau kalau-kalau ada orang yang tercedera & memerlukan bantuan tanpa memikirkan keadaan ketika itu. Reiki mengetuk kepala Yuki.
"Kau ni memang menyusahkan betul lah budak!"marah Reiki.
Yuki mengusap kepalanya yang sakit. Dia tahu yang dia silap dengan perbuatannya tetapi mereka harus menumpukan perhatian terhadap raksasa serangga itu sebelum keadaan bertambah teruk. Raina mengeluarkan pedangnya lalu mengguna kuasa untuk mengikat serangga itu dengan akar berduri yang keluar dari tanah.
Akibat serangan itu, serangga itu menjerit sehingga menghasilkan suara yang nyaring. Mereka semua menutup telinga mereka kerana bunyi jeritan yang nyaring itu. Tiba-tiba datang lagi 2 ekor raksasa serangga yang juga menyerupai seperti seekor belalang laku menyerang mereka.
"Mereka semakin ramai! Kita kena cepat!"kata Raja Aruka lalu mengeluarkan pedang miliknya.
Dia menyerang salah seekor daripada raksasa itu sehingga tumbang & mati. Rito & Tanaka turut sama mengeluarkan senjata mereka lalu menyerang raksasa-raksasa itu. Setelah beberapa minit berlawan, akhirnya mereka berjaya mengalahkan kesemua raksasa itu.
Akan tetapi, tiba-tiba berlaku sebuah gegaran seperti gempa bumi berdekatan dengan mereka. Tanpa mereka sangkakan, seekor raksasa serangga yang jauh lebih besar daripada raksasa itu datang ke arah mereka. Raina pula hanya mampu menjerit kerana terlalu terkejut dengan saiz raksasa serangga yang besar itu.
Mereka segera menyerang raksasa itu. Walaupun begitu, serangan mereka belum cukup kuat untuk menumbangkan raksasa itu. Raksasa itu semakin mengamuk lalu melompat dengan tinggi & mendarat di atas tanah dengan kuat sehingga menghasilkan sebuah gempa bumi yang kuat. Akibatnya, berlaku runtuhan jalan di kawasan itu sehingga kaki Reiki tersekat dicelah rekahan runtuhan jalan itu.
Dia buat melepaskan dirinya tetapi gagal. Tiba-tiba, raksasa itu cuba menyerang Reiki.
"Reiki!!!!"jerit Raja Aruka yang melihat keadaan itu.
Tanpa melengahkan masa, Yuki muncul di hadapan Reiki lalu segera melepaskan Reiki. Akan tetapi serangan raksasa itu tepat mengenai Yuki sehingga dia terpelanting jauh dari jalan itu.
"Yuki!!!!"jerit mereka semua kecuali Reiki.
Reiki kelihatan terkaku dengan keadaan itu. Dia hanya terlihat Yuki yang sudah terbaring jauh dari situ akibat serangan itu. Dia mulai menggenggam tangannya sehingga ada aura api yang muncul di sekelilingnya.
"Dasar raksasa tak guna!!!!!"jerit Reiki lalu melibas pedangnya sehingga kepala raksasa itu terpisah daripada tubuhnya.
Raksasa itu akhirnya rebah & mati di situ. Sementara itu, Raina & yang lain berlari ke arah Yuki yang terbaring jauh dari situ. Raja Aruka terus saja memeriksa keadaan Yuki sebaik saja menemui Yuki.
"Yuki, kamu tak apa-apa ke?"tanya Raja Aruka sambil menepuk lembut pipi Si Yuki.
Yuki mulai membuka matanya perlahan-lahan sambil memandang mereka semua. Mereka semua menghembuskan nafas lega setelah Yuki mulai sedar. Setelah itu, Mereka semua membantu orang-orang yang berada di situ sementara Yuki pula hanya duduk di dalam kereta bersama dengan Lily.
"Abang Yuki, adakah ia masih sakit?"tanya Lily sambil memandang Yuki yang sedang berehat.
Yuki hanya menggeleng perlahan lalu mengusap kepala Lily. Dia tahu si puteri kecil itu sedang merisaukan keadaannya. Walaupun begitu, dia juga tidak menyangka hal seperti ini akan terjadi ketika mereka dalam perjalanan untuk bercuti. Yuki mengangkat tangannya separas dadanya lalu membacakan sesuatu.
Lingkaran berwarna kekuningan mulai keluar dari tangannya lalu jalan-jalan & keadaan di situ mulai kembali seperti sediakala. Lily hanya mampu rasa kagum dengan keadaan itu. Yuki hanya melepaskan lelahnya. Kuasa yang dia gunakan itu bukanlah sesuatu yang senang malah memakan banyak tenaga. Setelah itu, Raja Aruka & yang lain mulai masuk ke dalam kereta lalu memandang Yuki.
"Hei, Yuki. Kamu tak apa-apa ke? Kalau kamu tak ok, kita boleh balik & pergi lain kali je. Lagi pun keadaan kamu jauh lebih penting buat masa sekarang,"kata Raja Aruka sambil memandang Yuki.
"Ala, kena balik ke ayahanda?"tanya Lily yang kecewa dengan hal itu.
"Ya, Lily. Kasihan abang Yuki. Dia sakit sebab kena serang tadi,"kata Permaisuri Amiko.
Yuki hanya memandang muka si puteri kecil yang muram itu. Dia tahu yang Lily sedih dengan hal itu lalu dia mengambil keputusan untuk memberitahu Raja Aruka.
"Saya rasa lebih baik kita pergi saja. Lagipun dah nak sampai bukan. Jangan risau dengan saya, saya akan baik-baik saja sebaik dapatkan rehat,"tulis Yuki.
"Baiklah,kalau itu yang kamu cakap,"kata Raja Aruka lalu menghidupkan enjin kereta lalu menyambung perjalanan mereka semula.
Lily hanya tersenyum sambil memandang Yuki. Dia gembira sangat setelah mendengar jawapan Yuki. Akhirnya dia dapat juga menghabiskan masanya bersama dengan keluarga nya. Hal itu membuatkan Yuki berasa sedikit senang. Walaupun begitu, dia tanpa sedar telah pun tertidur akibat keletihan.
Sementara itu, Reiki pula hanya memandang Yuki yang sudah tertidur itu. Dia tidak menyangka yang Yuki sanggup melakukan kerja bahaya itu untuk menyelamatkan nya. Kalau tidak, dirinya pasti sudah cedera dengan teruk. Perasaan bersalah mulai menyelubungi dirinya setelah dia mengingati semula perbuatan jahatnya pada Yuki. Walaupun begitu, kerana ego, dia masih segan untuk mengucapkan terima kasih & memohon maaf atas segala perbuatannya yang sebelum ini.
Ketika Yuki sedang tidur, dia tiba-tiba merasai yang dadanya mula terasa sedikit sakit & berasa kurang selesa bagaikan ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Walaupun begitu, dia hanya mengendahkan hak itu agar tidak menganggu percutian itu. Dia memegang & mengurut dadanya yang sakit itu secara perlahan-lahan agar dapat mengurangkan rasa sakit itu. Dia berharap sangat yang rasa sakit itu akan segera menghilang.
Bersambung.....
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasíaYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...