Di istana...
Raja Aruka hanya memandang catatan sejarah yang ditulis oleh Ryuu. Dia mulai keliru memikirkan soal itu kerana bukan senang untuk mencari catatan yang ada berkaitan dengan bangsa Ryuu. Ia pasti menjadi sedikit rumit walaupun Ryuu sudah memiliki catatan sejarah itu.
Ryuu hanya memandang sang raja yang hanya termenung kerana terlalu memikirkan hal itu. Setelah beratus tahun lamanya, ini adalah kali pertama dia melihat raja yang mahu melakukan kerjanya sehabis baik seperti Raja Aruka.
"Ada apa-apa yang tuanku mahu tanya?"tanya Ryuu.
"Sebenarnya, beta tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang Ashura mahukan dari Yuki?"tanya Raja Aruka.
"Dia cuma mahukan kuasanya yang terkurung didalam tubuh Yuki. Semuanya berlaku akibat sumpahan keturunan ni sendiri,"kata Ryuu.
"Boleh tolong terangkan nya? Beta masih belum faham apa yang cuba kamu katakan,"kata Raja Aruka dengan serius.
"Baiklah, mengikut maklumat berkaitan sumpahan ni, penyihir nya akan mendapat sebuah kelebihan dimana dia mampu hidup beratus-ratusan tahun tetapi sebagai ganjaran separuh dari kuasa dia akan dikurung di dalam tubuh keturunan terakhir bangsa yang mereka sumpah. Kalau mereka gagal lakukan perkara tu, mereka akan lenyap termasuklah sumpahan tu sekali,"kata Ryuu.
"Menarik sekali. Apa yang berlaku kalau dia berjaya?"tanya Raja Aruka.
"Anggap sajalah, keturunan terakhir bangsa ini sudah pupus & Ashura akan menjadi semakin kuat malah mampu menguasai hampir kesemua pelusuk dunia ni. Bukan tu saja, dengan cara tu juga, dia mampu melakukan apa saja termasuklah mengambil kuasa seseorang,"kata Ryuu.
Raja Aruka hanya memandang Ryuu. Dia tidak menyangka yang perkara seperti itu akan terjadi. Nampaknya, nyawa Yuki memang dalam bahaya termasuklah kerajaannya juga. Kalau dia tidak menghalang perkara itu dari terjadi, mungkin apa yang dikatakan oleh Ryuu akan benar-benar terjadi.
"Apa yang perlu beta buat untuk hentikan dia?"tanya Raja Aruka.
"Kita lindungi & pastikan Yuki berada jauh dari Ashura & pengikut dia sehingga bulan merah itu tamat. Itu saja yang tuanku perlu buat,"kata Ryuu.
"Baiklah, bila bulan tu akan bermula?"tanya Raja Aruka.
"Kalau ikutkan pengiraan saya, ia akan berlaku dalam masa seminggu saja lagi. Saya berharap tuanku bersiap sedia,"kata Ryuu.
"Baiklah, terima kasih untuk maklumat kamu, Ryuu. Maaf atas kesilapan beta yang sebelumnya kerana menganggap kamu ni pengkhianat,"kata Raja Aruka.
"Sama-sama, Tuanku. Jangan risau, ia cuma perkara kecik,"kata Ryuu lalu berjalan keluar dari situ.
Raja Aruka hanya memandang catatan kertas itu. Nampaknya ia memang jauh lebih rumit dari apa yang dia bayangkan.
Sementara itu, di hospital...
Yuki hanya duduk di atas katilnya. Dia tidak tahu mahu apa yang perlu dia lakukan untuk mengisi masanya sekarang. Dia mulai diselubungi kebosanan. Dia turun dari katilnya lalu berjalan mendekati tingkap & melihat ke luar tingkap. Dia hanya mampu melihat taman hospital yang pernah dilalui olehnya ketika bertemu dengan Raina.
Yuki terus saja mengalihkan perhatiannya dari tingkap lalu menyandarkan kepalanya pada dinding setiap kali dia mengingati hal itu. Hentah kenapa, dia berasa sedikit serba salah setiap kali mengingati hal itu. Mungkin kerana dia hanya membuatkan Raina semakin risau & sedih atas apa yang menimpanya apatah lagi menyebabkan hubungan mereka semakin akrab.
Yuki berfikiran bahawa yang Raina mungkin akan bersedih & tidak sanggup meninggalkan dirinya nanti kalau ia tetap saja meneruskan hal ini. Dia mulai berasa keliru dengan hal itu. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasíaYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...