"Suffi macam mana boleh end up dekat hospital ni?". Tanya Omma risau. Omma menekup kedua-dua belah pipi ku. Aku hanya mempamirkan senyuman seperti biasa.
"Ji eun kesian Suffi tu tak boleh bernafas". Pantas omma menurunkan tangannya.
Omma menapak ke arah Jaemin yang berada di sebelah kiri aku dengan muka yang sedang menahan marah. "Nana? Macam mana Suffi boleh dekat Hospital ni? Baru berapa jam kami tinggalkan kamu berdua. Dah jadi macam ni?". Dia menunduk memandang lantai. Aku tau dia mesti rasa yang benda ni terjadi sebab salah dia.
"Omma memang salah Jae-"
"Salah Suffi". Segera aku memintas percakapanya. Dia tak salah kerana semua terjadi disebabkan aku.
"Ha?" Halmoni mengerutkan dahi. Aku hanya memandang mereka dengan segaris senyuman kelat.
"Salah Suffi omma, halmoni. Kalau Suffi tak makan ice cream waktu sejuk macam ni takkan terjadi. And kalau Suffi tak ambil angin kat luar lama-lama, suffi takkan menyusahkan semua orang dekat sini".
"Suffi..."
"Mianhae omma halmoni. Suffi memang menyusahkan.." aku mengusap lembut tangan kiri ku yang dicucuk jarum. Mataku yang makin berat dengan air cepat-cepat aku sembunyikan.
Jaemin hanya memandang Suffi hiba. Kalau aku tak suruh dia duduk luar tadi, dia mesti sihat. Jaemin! Kau memang tak guna.
"Kenapa Suffi cakap macam tu. Halmoni dengan Omma tak pernah rasa Suffi menyusahkan. Suffi selalu bawak suasana yang ceria untuk kami".
"Betul tu sayang.. tak baik cakap macam tu. Omma, halmoni, Nana semua dekat sini adalah family Suffi". Aku terseyum serta bersyukur masih lagi ada yang peduli fasal aku. Terima kasih Allah kerana kau pertemukan aku dengan orang-orang baik seperti mereka.
Aku menoleh ke sebelah kiri melihat dia yang tertunduk dari tadi. Secalit senyuman langsung tidak terpalit pada wajahnya.
"Jaemin?
"Kan Omma kata panggil oppa.. lupa lah tu" Aku terkekeh perlahan. Anak mataku melirik ke arah dia yang senyap dari tadi.
"Oppa waeyo?" Pelik tiada balasan. Lagi sekali aku panggil. "Oppa?"
Dia tersentak lalu menoleh ke arah aku dengan tatapan yang bersalah(?). Aku mengangguk kecil dan tersenyum menandakan aku baik-baik sahaja.
"Gwenchana oppa. Suffi kan kuat" Aku perlahan mengangkat tangan kanan untuk menunjukkan bicep aku walaupun tidak kelihatan. Hiks.
Kenapa kau perlu pura-pura Suffi? Kenapa? Adakah kau perlu sembunyikan dari kami? Perlukah kau menyarungkan topeng untuk tutup kelemahan kau? Perlu ke Suffi!
......
Tiga hari aku ditahan di wad kerana masalah pernafasan. Ya aku ada asma. Dan dia sentiasa menemani aku.
"Jaemin?" Aku menggoyangkan sedikit lenganya. Sungguh lena dia tidur beralaskan tilam aku. Wajahnya aku tilik. Comel. Dan aku perasan, dia semakin menerima kehadiran aku dalam keluarga dia.
Aku menggoyangkan lagi lenganya sedikit kuat. "Jaemin.." kejutku
"Hurm wae? Sakit lagi? Kau sakit dekat mana? Nak aku panggil doktor?" Dengan muka paniknya dia pantas memeriksa keadaan aku. Aku ketawa melihat kelakuannya.
"Sayang juga eh kau dekat aku" kata aku perlahan. Dia yang sedang panik melihat aku terus duduk di kerusinya.
"Tak pon. Jangan perasan"
"Tch tak nak mengaku pulak.." aku mencebik. Tangan aku disilangkan paras dada. Dia menjeling aku dengan ekor matanya tajam memandang aku.
"Em Jaemin". Panggil aku
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfiction❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...