𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 32

44 11 3
                                    

Eyyo I'm back!

Vote lah dulu ahaks🗿

"Ehem" Deheman Encik Jung menghentak kesunyian. Nara menelan air liur perit. Penahan mata Encik Jung beralih ke arah Jeno yang berada di hadapannya. Kini mereka bertiga di ruang tamu kediaman Encik Jung.

"Ada apa kau datang kesini? Nak rosakkan anak aku?" Ujar Encik Jung tegas. Nara yang mendengar terus menggeleng menidakkan. Jeno orang baik takkan nak rosakkan dia pula? Jeno sekadar tersenyum sinis.

"Saya yang rosakkan anak Encik ke Encik sendiri yang rosakkan anak Encik?" Balasan daripada Jeno membuatkan darah Encik Jung membuak-buak. Geram taktakala ditanya malah dijawab sebegitu.

"Apahal aku nak rosakkan anak aku?" Tutur Encik Jung membela dirinya. Jeno mengguling bola mata malas. Bukan dia tak tahu perangai Encik Jung ini bagaimana. Hujung bibirnya ditarik. Senyuman sinis terukir.

"Ceh munafik. Encik ingat saya tak tahu Encik selalu dera Nara? Ingat saya ni buta? Saya ni masih waras, mata saya ni berfungsi lagi. Encik kalau nak tipu pun tolonglah tengok dengan siapa Encik nak menipu". Bola matanya diputar. Entah apa-apa lah orang tua ni.

Encik Jung menjegilkan matanya ke arah Nara. Geram barangkali?

"Saya datang ni bukan nak cari gaduh dengan Encik. Saya datang dengan niat yang baik" tambah Jeno. Wajahnya selamba memandang Encik Jung di hadapan.

Lelaki tua itu sekadar melepaskan keluhan. "Apa yang baik tu?" Balas Encik Jung malas.

"Saya nak jadikan Jung Nara sebagai isteri sah saya"

Nara mengerutkan dahinya memproses apa yang dikatakan lelaki ini. Dia memandang Jeno dan seketika mereka berpandangan sesama sendiri. Jeno mengelipkan sebelah matanya. Ikutkan Nara ingin sekali dia berkata 'tiber' tapi terbantut akibat suara ayahnya datang menyergah.

Tiber *author menyemak huehuehue*

"Kau? Dia? Nak kahwin? Kau kerepek apa nak kahwin dengan anak aku ha?!" Jerkah sang ayah. Mata helangnya tajam menikam Jeno dan anak perempuanya di hadapan.

Nara menahan ketawanya. Walaupun ayahnya seorang yang tegas, garang tapi ada sisi dimana ayahnya terlihat cute dimatanya seperti sekarang. Jeno perlahan menarik nafas agar dapat menahan dirinya daripada ketawa.

"Encik Jung it's merepek bukan kerepek" Jeno membetulkan balik ayat Encik Jung tadi. Encik Jung mengetap giginya geram taktakala dia diketawakan oleh dua makhluk dihadapannya. Tanganya sudah ringan sahaja untuk menarik kedua-dua cuping telinga mereka.

"Suka hati aku lah nak kata apa" Lelaki itu memutarkan bola matanya menyampah.

Jeno seakan kembali ke realiti. Tujuannya kemari adalah untuk mendapatkan persetujuan sang ayah untuk menjadikan anak gadisnya sebagai permaisuri hatinya. Tapi jadi lain pula. "Encik Jung." Tegur Jeno. Encik Jung kembali memandang Jeno. Tak mahu lama-lama merajuk bagai. Yang kebun-kebun je.

"Kau nak apa?"

"Saya nak restu Encik" ujar Jeno. Nada suaranya cukup jelas tidak terketar-ketar jujurlah bahawa dia dalam mood serious. Wajah tua Encik Jung dipandang Jeno.

Encik Jung menatap anak mata Jeno mencari kepastian setiap apa yang dia katakan. Dia berdehem.

"Kau Nara pergi masuk bilik!" Tegas sang ayah memberi arahan. Terhinjut bahunya akibat sergahan ayah. Kakinya pantas berjalan masuk ke biliknya meninggalkan ayahnya dan Jeno di bawah.

Kini mereka tinggal berdua. Jeno yang terasa diperhatikan lantas menoleh ke arah Encik Jung. Keningnya terangkat melihat Encik Jung merenung dia bagaikan harimau yang kebuluran.

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now