𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 41

74 10 2
                                    

Aku mengeliat di pagi hari. Sebelah aku di tepuk-tepuk beberapa kali. Kenapa kosong? Badan disandar pada kepala katil. Mata masih terpesat-pesat memandang skrin telefon.

"What! 9:40 a.m?" Aku menjerit kecil. Seingat aku lepas subuh kononnya nak lelapkan mata sekejap. Eh terlajak pula. Segera aku bangun lalu meloloskan diri ke dalam bilik air.

Usai bersiap dengan hanya memakai baju jesey serta selendang tudung yang dililit di kepala, aku berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur. Dapat aku dengar suara riuh-rendah di dapur. Rasa ingin tahu aku membuak-buak. Lantas aku ke dapur. Semua mata lekat pada aku. Aku mengeruk leher.

"Amboi adik. Tak padan jadi bini orang. Langsung tak berubah perangai dia". Mak bersuara. Aku hanya menahan malu. Masakan tidak, lelaki-lelaki terlajak bujang memandang aku atas bawah. Aku pakai baju terbalik ke? Gerutu hati sendiri.

Aku tersengih malu. "Adik ingat nak lelap lima minit je rupanya terlajak pula. Hehe". Balas aku bermuka tembok. Baru aku teringat mana si Thaqif. Daripada pagi tak nampak. Mata melilau mencari figuranya. Namun, batang hidung pon aku tak nampak.

"Ha cari laki kau lah tu." Sampuk Angah. Aku mengangguk laju. Haish mana lah cik abang ni pergi. "Ada tu ha dekat luar tengah sembang dengan abah". Tambah Angah. Sempat ucap terima kasih lalu segera ke luar mendekati abah dan Thaqif.

"Hai my boys!" Jerit aku gembira. Sempat aku lihat abah mengurut dadanya.

"Astaghfirullah. Salam mana salam?" Ujar abah. Aku tersengih tak bersalah. Thaqif menggeleng melihat tingkah ku.

"Ouh hehe. Assalammualaikum" ucap ku. Aku mengambil tempat di tepi Thaqif. Dia hanya membiarkan sahaja tanpa menolak aku. Sweet lah nak cubit je pipi dia.

"Hm borak apa?" Tanya aku tak berminat. Tadi nampak macam rancak sangat. Bila aku sampai terus sunyi sepi. Haish tak mengalukan ke aku datang sini?

Thaqif memandang aku redup. Aku sekadar mengangkat kening. Dah kenapa tenung aku macam tu. Tangan kekarnya naik menarik sedikit tudung ke belakang. Membetulkan awning tudung yang sedikit serabai. Aku sangat menghargai tindakannya sebelum bibir merahnya hingga di kening aku. Terdiam seribu bahasa dibuatnya.

Aku menepuk peha Thaqif lembut. "Ish tak malu ke abah tengok". Aku muncung sedepa mendengar dua orang lelaki kesayangan aku ketawa. Memang lawak ke apa aku kata tadi?

"Kan suami adik tu. Kenapa nak kena malu? Layan suami ni dapat pahala tau" ujar abah. Aku merengus geram. Ada je nak kenakan aku. Yang Thaqif masih lagi dengan ketawanya.

"Hm ye lah abah.."

"La ni bila abah boleh dapat cucu lagi?" Tanya Abah tiba-tiba. Hampir tersedak air teh yang aku rembat daripada Thaqif. Thaqif pantas menepuk belakang aku. Huh makin seram bila borak dengan abah ni. Ni belum lagi mak. Kalau dua ni ikut bergabung, entah lah tak tau apa jadi pada aku.

"Thaqif dah ready. Cuma tuan badan je tak tau lagi". Selamba sahaja Thaqif menjawab sempat dia mengenyit mata pada aku. Terlongo aku mendengarnya. Woah Thaqif kembali kepada dirinya yang dahulu. Savage.

"Ha tu Thaqif okey je. Yang adik ni tak nak ada anak ke?"

Zapp. Pertanyaan apakah ini? "Er-er..abah ni. Ghisau lah" Aku menjawab. Haish terus buntu otak nak pikir jawapan.

"Abah kalau boleh nak tengok anak abah sorang ni ada anak pelengkap rumah tangga sebelum abah tutup mata buat selamanya". Tutur Abah terselit nada sayu. Terus terbungkam aku mendengarnya.

Aku memeluk abah. "Abah jangan cakap macam ni. Adik tak suka. Adik tak nak abah tinggalkan adik. Adik sayang abah sangat-sangat". Jawab aku.

"Hm okey adik usahakan. Tapi adik tak janji. Yang penting abah jangan cakap macam tu lagi. Jangan tinggalkan adik. Adik takut untuk kehilangan abah". Abah menggosok lengan aku. Menenangkan aku yang hampir nenitikkan air mata.

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now