𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 37

66 13 0
                                    

Pagi ni, aku sedang bersiap-siap memakai telekung. Mak dan abah sudah menunggu aku di dalam kereta. Mahu ke masjid menunaikan solat sunat hari raya.Angah pula katanya hendak ke masjid bersama kawan-kawannya. Selipar disarungkan pada kaki. Dan kereta mula meluncur laju di jalan kampung ini.

Kebetulan kereta lalu di hadapan homestay abah. Aku dapat lihat betapa ramainya manusia di luar rumah. Segak bergaya dengan pakaian raya mereka. Mesti ramai ahli keluarga mereka.

"Sayang, Adik. Nanti lepas solat tunggu Abah dekat kereta ya". Pesan Abah. Aku dan Mak masuk ke dalam Masjid. Takbir raya sentiasa dialunkan. Cuma bezanya kali ini, suara yang mengalunkan takbir raya berbeza dari tahun sebelum-sebelumnya. Suara serak basah tetapi halus didengari. Sedikit tenang hati aku mendengarnya.

Habis solat, seperti yang dipinta Abah. Aku dan mak duduk di dalam kereta menunggu Abah. Selang beberapa minit Abah munculkan diri. Kereta mula dipandu Abah pulang ke rumah.

"Abah. Tadi tu suara siapa?" Tanya aku sambil mata memandang abah di hadapan yang fokus memandu.

Abah melihat aku dari pantulan cermin kereta. "Tu lah Thaqif. Yang bakal jadi suami Adik". Abah menjawab teruja. Aku masih tidak percaya dengan apa yang Abah kata tadi. Thaqif? Siapa dia sampai berjaya buatkan aku terpaut hati padanya.

"Lepasni Adik bersiap. Keluarga Thaqif nak datang rumah." Ujar Mak. Hampir luruh jantung aku. Macam mana aku boleh lupa? Sudahlah aku masih tak bersedia. Tudung pon belum digosok. Mau dicop keluarga Thaqif yang aku ni serabai, pemalas. Ya Allah.. sungguh aku lupa.

.............

Sampai di rumah terus aku lari masuk bilik. Gosok apa yang patut. Setelah bersiap dengan baju kebaya warna merah dan dipadankan dengan tudung bawal bewarna belacan aku duduk di hadapan meja solek. Meneliti wajah aku. Sudahlah aku tak pandai ber makeup semua. Aku mengeluh lemah.

Hampir lima minit berlalu dan aku masih memandang pantulan wajah aku yang tidak memakai apa-apa barang solek. Aku buntu. Seketika mentol di kepala bernyala. "Yes yes. Tanya Dahye. Adik Haechan. Mesti dia boleh tolong" laju jari aku menaip sesuatu di skrin telefon.

Bunyi pesanan diterima daripada telefon buat aku gembira. Dahye sudah menaip beberapa langkah untuk makeup . Hanya tinggal diikut sahaja. Setelah siap berdandan aku tersenyum puas melihat hasil wajah aku. Nampak glowing sedikit daripada tadi. Terima kasih Dahye. Memang penyelamat aku dikala susah.

Pintu bilik aku diketuk beberapa kali. Mak masuk ke dalam bilik aku. Bibirnya tersenyum manis memandang tepat ke arah wajahku. "Cantiknya anak mak." Ujar Mak sambil tanganya mengelus lembut pipi kanan aku. Aku tersenyum gembira mendengar pujian daripada Mak.

"Mak pon cantik kot. Sebabtu Abah terpikat dengan Mak" puji aku atau lebih tepatnya membodek mak. Almaklumlah kena puji siapa aje tak kembang?

"Banyak lah adik" Mak menonyor perlahan kepala aku. Aku mencebik mulut. "Dah, tak payah nak buat muka monyok gitu. Siap cepat. Kejap lagi keluarga Thaqif sampai". Mak membelai kepala aku lembut.

"Hmm ye-..

"Assalammualaikum!" Suara salam dari luar.

Mak memandang aku. Aku memandang mak. Ah sudah. "Kan Mak dah cakap"tutur Mak. Mak meninggalkan aku untuk menjemput tetamu masuk. Cepat-cepat aku tilik wajah aku buat kali terakhir.

Kaki mula berura-ura ingin menapak keluar. Tombol pintu bilik dipegang. Telinga aku dapat menangkap suara riuh-rendah di luar. "Ramainya keluarga dia" getus hati aku. Aku menarik nafas dalam memberanikan diri untuk keluar.

Suatu keadaan yang amat tidak dijangka. Berpuluh pasang mata lekat memandang aku atas bawah. Dan kesemuanya lelaki? Mimpi ngeri apa ni?

"Er..er hai" aku melambai tangan ke arah mereka menghilangkan rasa kekok yang tiba-tiba bertandang di dalam diri ini.

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now