Jisung dan Renjun mendatangi Jaemin yang ketika itu sedang menghadap television. Dorm yang menempatkan lima orang itu sunyi seperti biasa. Hanya Jisung, Renjun dan Jaemin yang masih tersisa. Chenle sudah sememangnya tinggal bersama keluarganya, Haechan? katanya mahu keluar bersama Mark untuk mencari hadiah ulang tahun hyungnya; Xiaojun. Jeno pula? Dia sudah berjanji dengan Nara untuk meluangkan masa bersama. Kiranya dating lah.
"Kau tak ada kerja ke ni? Relax semacam je?" Renjun memulakan perbualan. Tempat di sisi Jaemin di dudukinya. Jisung turut ambil tempat di sebelah kiri Jaemin.
"Hari ni aku tak ada benda nak buat" balas Jaemin sambil tersenyup nipis. Kalau dulunya dia selalu di rumah cari gaduh dengan Suffi. Tapi sekarang? Dia lebih memilih ke dorm daripada dirumah. Dia cuma rindukan Suffi. Di rumahnya itu terlalu banyak kenangan bersama si dia.
"Erm, hyung. Apq kata hyung ikut kitaorang memandangkan hyung tak ada buat apa-apa kan?" Sampuk Jisung yang dari tadi mendiamkan diri. Jaemin mengangkat kening sebelah.
"Pergi mana?"
Jisung tersengih. "Kita ikut Renjun hyung berbuka dekat Masjid? Nak tak?" Cadang Jaemin. Terkebil-kebil anak matanya memandang Jisung. Pandangan dihalakan kepada Renjun di kanannya.
"Memang orang non-muslim boleh pergi masjid ke?" Tanya Jaemin. Renjun tersenyum nipis.
"Boleh. Sebab Masjid bukan untuk orang muslim je. Semua orang boleh masuk tak kiralah dari agama mana dia berasal asalkan dia dalam keadaan suci". Terang Renjun. Mereka berdua tersenyum gembira. Tahulah mereka dapat greenlight untuk ke masjid.
"Okey sabar kejap. Aku pergi bersiap" laju Jaemin berlari ke biliknya. Renjun menggeleng. Ada-ada sahaja kelakuan sahabat-sahabatnya.
...................
"Jadinya saya ada adik? Adik tiri?" Hyunjae membulatkan mata. Sepertinya dia gembira dengan khabar yang baru dia dapat.
"Ya Encik. Na Jaemin ialah adik tiri Encik" Tutur pembantu peribadinya.
Hyunjae tersenyum gembira. Setelah kehilangan adik kandungnya;Hendery, tuhan malah menggantikannya dengan insan lain. Walaupun kehilangan adiknya masih terasa hingga sekarang. Tak berhenti dia panjatkan kesyukuran. Senyuman yang mekar diwajahnya beransur hilang.
Joohwan. Lelaki syaitan itu. Kalau sekarang dia ditahan oleh anaknya sendiri, sudah tentu dia akan membalasnya balik. Bukan dia tak tahu macam mana perangai papanya itu. Dia akan seksa sesiapa sahaja yang menghalangnya sebagaimana Hendery lakukan dahulu.
Hanya kerana Hendery mencintai sesseorang yang bukan pilihan papanya, dia bertindak untuk membunuh teman perempuan anaknya itu; Suffi. Tetapi apa yang mengejutkannya, bukan Suffi yang mati tetapi anaknya sendiri. Betapa kejamnya dia menghalang kebahagiaan orang lain.
"Aku mesti lindungi Jaemin daripada dia menjadi mangsa kedua syaitan itu"
.............
Azan maghrib mula berkumandang di bumi Seoul itu. Jaemin Renjun dan Jisung serta dua mulim korean duduk di dalam satu kumpulan bersedia untuk berbuka. Mereka makan menggunakan dulang. Tujuannya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.
Allahuakbar, Allahuakbar
Jisung tahu jika azan mahrib mula berkumandang umat islam boleh terus berbuka. Tanganya laju mencapai kurma sebelum ditepuk Renjun perlahan. Renjun menadah tangan untuk berdoa manakala Jisung dah tersenyum malu. Dua orang lelaki korean muslim tadi tersenyum melihat tingkah si Jisung.
Aamiin...
Pantas Jisung dan Jaemin menyambar kurma lalu dikunyah gelojoh. Renjun mengucap dalam hati. Kalau ada orang tanya ni kawan dia atau tak. Sudah pasti dia tak akan mengaku yang dua beruk itu kawannya.
Usai berbuka. Renjun berdehem seketika. "Ni korang nak tunggu aku ke nak balik?" Tanya Renjun kepada dua ekor manusia itu. Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Eh hyung lambat lagi ke?" Jisung menyoal. Jaemin mengangguk tanda setuju dengan soalan yang dilemparkan Jisung.
"Lepas ni hyung nak solat maghrib, lepastu ada bacaan yassin, solat isyak, then solat teraweh" Terang Renjun. Mata Jisung membulat. Fikirnya lepas makan boleh terus pulang, rupanya tak. Punah harapan.
"Boleh boleh. Kitaorang tunggu. Ye kan Jisungie? Jisungieee??" Jaemin menarik-narik bahu Jisung yang ketika itu roh nya seakan terbang kemana. Masih speechless barangkali?
"Alang-alang aku boleh belajar sikit kan?" Tanya Jaemin. Renjun mengangguk.
"Okey lah. Aku masuk dulu. Korang tunggu lah dekat bangku tu ke, mana-mana lah korang nak okey?" Tutur Renjun sebelum memasuk ruangan solat itu. Mereka berdua duduk di kerusi batu luar masjid itu.
Alunan bacaan Al-quran oleh imam Jihoon mula terdengar di seluruh kota Seoul itu. Jaemin dan Jisung turut terbuai dengan bacaan Surah Al-Qiyamah yang menceritakan tentang hari kiamat. Suasana malam itu sungguh indah seakan malam ini hidup ditambahkan dengan bulan terang menyinari kegelapan hari.
Jaemin termenung seorang diri melihat para makmum yang khusyuk melaksanakan rukun islam yang kedua itu. Tanpa sedar fikiranya melayang entah kemana. Dia ingin menjadi sebahagian daripada muslim tetapi dia masih keliru sama ada keputusanya itu baik atau buruk. Pada dia biarlah dia perbaiki dirinya dahulu sebelum memegang tittle mualaf pada dirinya.
.............
"Jung Nara!" Nara yang baru sahaja hendak melangkah keluar daripada rumah terhenti akibat sergahan sang ayah.
Nara perlahan memusingkan wajahnya menghadap appanya yang sedang bercekak pinggang di pintu rumah. Pandanganya ditundukkan ke bawah. Takut mungkin?
"Kau nak pergi mana ha? Nak merayap dengan lelaki kat luar sana? Nak sangat jadi pelacur? Dah hilang harga diri?" Tengking Encik Jung. Nara memandang appanya tak percaya. Kata-kata appanya menusuk dalam isi hatinya.
"A-appa.."
Air mata Nara mula bertakung di tubir matanya. Tunggu pecah sahaja. Dia bukan wanita sepeti itu yang sanggup merosakkan dirinya dengan perkara bodoh itu. Dia masih waras.
"Apa appa-appa? Aku tak izinkan kau keluar malam ni. Entah dengan lelaki mana kau kebas. Jatuh miskin laki tu kalau dengan kau!" Marah Encik Jung.
"Appa Nara bukan perempuan macam tu. Nara tak terfikir pon. Nara sedar Nara ni siapa. Nara masih waras appa" balas Nara mempertahankan dirinya. Apa yang Encik Jung fikirkan sama sekali tidak pernah difikirkan Nara.
"Masuk!"
Air mata Nara dilap perlahan. Perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Daun pintu ditutup perlahan. Lantas dia membaringkan dirinya di atas katil.
Bertemankan cahaya bulan dari tingkap. Dia mengelap kasar air matanya.
Kring kring
Nama Lee Jeno tertera di skrin handphonenya. Dia mengesat air matanya. Senyuman terpaksa diukir menguatkan hatinya yang sudah retak seribu.
"Hai Nara! Dah siap belum? Saya ada dekat depan rumah awak ni." Ujar Jeno. Nara bangkit dari baringnya ke arah jendela bilik. Langsir putih diselak tepi. Kelihatan tubuh Jeno sedang bersandar di hadapan kereta miliknya.
"J-jeno. Saya tak sedap badan lah. Nanti kita keluar oke? Saya nak rehat" Tutur Nara lembut tak mahu menyakiti Lee Jeno. Air matanya jatuh membasahi pipi Nara. Nara hanya melihat tubuh Jeno dari jendela biliknya.
"Eh awak okey tak? Nak saya belikan ubat? Pergi hospital? Nara? Hello?" Bunyi tangisan halus Nara membuatkan Jeno semakin berasa simpati.
"Saya okey. Saya nak rehat. Saya letak dulu. Bye" lantas Nara mematikan panggilan dari Jeno. Tirai langsir ditutupnya kembali. Badan direbahkan di atas tilam.
"Maafkan Nara sebab tipu Jeno"
Dan akhirnya Nara tertidur kepenatan. Biarlah dia tidur bermimpikan hal yang indah daripada realiti yang menyakitkan.
Makin mengarut lah ek citer ni ')
Anyways stay healthy! ( ˘ ³˘)♥
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfic❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...