Hari yang di nanti-nantikan bagi semua umat islam kini tiba. Pelbagai persiapan sudah dibuat untuk menyambutnya.
Aku tersenyum gembira melihat semua ahli keluarga sudah berkumpul. Along pon sudah balik malam semalam. Mak dengan kakak iparku, Safa sedang sibuk memenuhkan lemang dengan beras pulut. And of course you guys curious like why ramadhan dah masak lemang, rendang kan? Jawapannya sebab jarang sekali keluarga aku dapat berkumpul semua macam ni. Along dah tentu dengan kerja dia. Angah? Dia dah kerja juga jadi doktor gigi. Alhamdulillah berguna juga dia hidup.
"Syahir! Jangan main dekat dengan api!" Suara kak Safa yang berada di pangkin menjerit kuat. Rasanya satu kampung ni boleh dengar. Syahir. Anak sulung Along yang baru berumur 8 tahun.
Aku hanya tergelak melihat gelagat mereka. Ini lah keluarga aku. Tak ramai tapi kami bahagia. Aku bersyukur dapat keluarga yang saling melengkapi.
"Suffi kau tengah buat apa ha? Tolong aku kipas lemang ni woi!" Jeritan indah seorang insan bernama Iskandar cukup membuatkan hatiku berbunga-bunga api. Aku mencebik geram. Dalam banyak-banyak manusia kenapa nama aku jugak dipetik? Bomin tu kenapa tak? Ha?
Sebut pasal si Bomin ni. Aku tak tahu lah apa yang merasuki badan dia ni. Tiba-tiba nak tinggal dekat kampung aku. Katanya dah jatuh cinta. Biarlah dia, asalkan dia bahagia. Kan?
Dengan hati yang penuh dengan geram aku melangkah malas ke arah Angah yang separuh wajahnya serupa orang minyak. Malas nk terangkan lebih lanjut. Korang faham kan lah sendiri eh. Kipas tangan dihulurkan pada aku. Seperti kilat aku menyambar laju kipas ditanganya.
"Bye nyah aku chaw dulu. Goodluck!" Angah terus berlari pergi meninggalkan aku sendirian di sini. Aku mendecit geram 'tunggu kau hari ni hari kau, esok lusa hari aku!' . Sedang aku sibuk mengipas lemang, seseorang datang menghampiri aku.
"Eh long" tegur aku mesra. Along mengambil tempat di sebelah aku. Tanganya sibuk mencapai kipas yang lain. Mata aku dihalakan pada lemang balik.
"Suffi okey? Kenapa Along nampak macam Suffi tak okey ni? Ada masalah?" Tanya Along prihatin. Aku menggeleng lemah. Tiba-tiba mood malas datang terjah.
Syafeeq mengeluh perlahan. "Tak payah tipu Along lah Suffi. Along yang jaga kau, cebok berak kau. Lap air liur kau tu dari kecik. Along tahu adik along ni ada masalah kan?" Aku menjeling tajam Along disebelah. Benda dah lama asal nak ungkit ni!
Aku tersenyum hambar. Walaupun Along jarang ada dengan kitaorang, tetapi dia tetap ambil berat terhadap kami. "Nothing hehe" balas aku pendek. Along sekali lagi mengeluh.
"Hmm kalau Suffi ada masalah cerita je dekat Along. Along sentiasa ada dengan adik along yang comel ni. Jangan pendam sorang diri. Oke?" Aku mengangguk. Kepala aku menoleh ke arah Along balik.
"Eh Along dekat sini siapa jaga Syira dengan Syifa?" Syira dan Syifa anak kembar Along yang baru berumur 5 bulan. Mana tak terkejutnya aku. Kak Safa dengan mak sibuk buat lemang, abah pula sibuk melayan cucu sulungnya itu, Syahir. Angah? Entah mana dia menghilang. Bomin? Dah sah sah dia tengah main bunga api. Jangan lupakan kuwujudan dia guys.
"Ada tu Angah jaga diaorang. Tak payah risau" aku sekadar meng'o'kan sahaja. Padanlah kembar tu tak malalak rupanya ada angah yang jaga.
Sesudah membakar semua lemang aku meminta diri untuk masuk ke rumah. Belum sempat kaki aku melangkah masuk, nama aku diseru angah sekali lagi.
"Suffi! Tolong aku ambil dompet dalam kereta aku tu! Thank you babeh"
Aku merengus geram. Kaki dia ada lagi masalahnya tau. Pintu kereta aku bukak. Dalam keadaan gelap tangan aku meraba-raba mencari dompet mamat tu. Sesuatu yang keras membuatkan aku sedikit pelik. Perlahan aku ambil. Dan cuba korang teka apa aku jumpa!
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfiction❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...