𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 39

70 12 0
                                    

Seperti yang dirancang, hari raya ketiga akan berlangsungnya majlis akad nikah antara dua mempelai. Dilakukan secara kecil-kecilan atas permintaan pengantin. Hanya keluarga dan sahabat handai sahaja dijemput.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Suffi Sumayyah Binti Ismail dengan emas kahwinnya bernilai Rm200 ringgit tunai dan seperangkat alat solat"

Tergetar-getar suara Abah mengucapkan ayat itu. Abah mengangguk ke arah Jaemin di hadapannya seraya memberikan semangat.

Dengan lafaz bismillah. Jaemin menguatkan genggaman tangannya dengan tangan Abah. Nafas dihembus tenang. Menenangkan diri yang tika ini nervous menyelubungi dirinya.

"Aku terima nikahnya Suffi Sumayyah binti Ismail dengan emas kahwinnya yang berjumlah Rm200 ringgit tunai dan seperangkat alat solat". Tuturnya tenang. Wajah Jaemin dipalingkan ke belakang melihat aku.

Perkataan 'sah!' daripada saksi dihadapan membuatkan aku terus menitiskan air mata kegembiraan. Alhamdulillah. Ya Allah aku sudah sah menjadi isteri kepada Ahmad Thaqif Haqqani Na.

Masjid menjadi saksi cinta kami bersemi. Semoga pertalian yang dibina akan kekal selamanya sehingga maut yang memisahkan kami.

Pembacaan lafaz taklik selesai. Kini sesi pembatalan air sembahyang akan dilaksanakan. Jaemin atau nama islamnya Thaqif mengampiri aku. Thaqif menghulurkan tangan ke arah aku. Aku lambat-lambat menyambut hulurannya. Terketar-ketar tangan aku hendak bersentuhan dengan tangannya. Nafas ditarik dalam seraya memberanikan diri.

Aku mencium lembut tangannya. Entah tiba-tiba aku terasa ada tangan yang menyentuh atas ubun-ubun aku. Rupanya Thaqif sedang membacakan doa. Suaranya lembut menerpa pendengaran ku.

"Bismillahirrahmannirrahim
Allahumma inni, as'aluka min khairiha wa khairi ma jabaltaha 'alaihi. Wa a'udzubika min syarriha wa syarri majabaltaha 'alaihi."

Tapak tangannya dialihkan. Ibu jarinya menolak sedikit dagu aku supaya menghadapnya. Mata hazel miliknya menjadi santapan aku ketika ini sehinggakan aku tidak menyedari yang dia mengucup dahi aku. Pantas aku memejam mata. Tenangnya saat ini tidak dapat aku gambarkan. Air mata jatuh buat ke sekian kalinya.

Ya Allah inikah perasaan orang yang jatuh cinta?

Jaemin mendekatkan bibirnya tepat di tepi telinga aku. "Assalammualaikum, bidadari abang". Suara seraknya menyentak lamunan aku. Terasa wajah aku memerah.

Jaemin mengalihkan pandangannya supaya menghadap aku. Bibirnya tersenyum manis. Tenang raut wajahnya, tak seperti aku yang sudah gelisah di tempat duduk ini.

"Wa-wa'alaikumussalam a-abang" gagap aku menjawabnya. Dia tersenyum lebar. Manis sekali senyumannya. Tak lepas aku memandangnya. Segak dia hari ini memakai baju melayu warna putih dengan samping warna susu elok terlilit di pinggang.

Tangan aku ditariknya. Cincin disarungkan pada jari manis aku.

"Thaqif's" bisiknya.

Aku mengangguk tersenyum. Jarinya naik menyeka sisa air mata aku. Aku hanya membiarkan sahaja.

"Don't cry"

"I love you, sayang".

Jaemin mencium pipi kanan ku. Darah naik menyerbu pipi aku. Kalau hendak disamakan dengan warna tomato sudah tentu tiada bezanya.

Kami pulang ke rumah sementara menunggu jam 2 petang untuk majlis perkahwinan. Aku masuk ke bilik aku yang diubah kepada bilik pengantin. Thaqif? Entah lah ke mana dia pergi, mungkin sedang melayan hyung-hyungnya di luar.

Baru sahaja hendak menanggalkan tudung, pintu bilik dikuak dari luar. Terbantut perlakuan aku apabila sepasang anak mata memandang tepat ke arah aku.

"Er.. sa-saya keluar dulu" tutur aku. Pantas aku menghampiri tombol pintu. Tanpa sempat menyentuh tombol pintu, aku ditarik ke dalam pelukkannya.

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now