Atas keperihatinan Chenle, jet khas dia bagi pinjamkan untuk kami. Jikalau hendak menaiki pesawat pasti memakan masa. Lagi pula cuma sehari sahaja aku boleh balik ke malaysia. Thaqif ada kerja esok pagi. Jadi kami bertolak sekarang.
Sampai sahaja di rumah mak dan abah. Semua orang kampung berkumpul. Tahulah aku yang angah dan along adakan majlis bacaan yassin buat arwah mak dan abah. Lagi sekali aku tegaskan 'arwah'. Kini aku yatim piatu. Hanya dalam sekelip mata. Semuanya pergi.
Thaqif mengusap bahu ku perlahan menenangkan aku daripada terus menangis melihat keriuhan rumah ini dengan orang kampung. Kalau dulu, bila aku balik mak dan abah akan jemput aku masuk. Tapi kali ini, Ya Allah aku tak mampu untuk bertahan dengan ujian mu ini. Aku cuba menahan tangis.
"Sayang.. sabar okey? Abang tahu sayang kuat. Sayang jangan terus menangis. Bahaya untuk kesihatan sayang dengan baby". Tuturnya lembut. Aku sekadar mengangguk. Aku cuba kentalkan hati aku untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Makcik, rakan arwah mak dan abah sedang sibuk membaca yassin. Hati aku pilu. Tubuh mak dan abah tiada di sini.
Aku memandang semua orang yang sedang membaca yassin. Lutut aku lemah. Aku dah cuba untuk kuat tetapi aku tak boleh! Aku kalah. Aku tak mampu! Semua memori aku dengan mak dan abah masih terngiang-ngiang di kepala. Bagaimana aku hendak merelakan mereka sedangkan aku masih tak dapat menerima kenyataan bahawa mereka pergi. Pergi dari dunia ini. Tubuh mereka tenggelam di dasar laut yang beribu meter dalamnya. Tolong katakan pada aku, aku kuat ke?
Aku jatuh di lantai. Allahu. Masih aku tak percaya bahawa aku kehilangan mereka. Kepala aku berpusing bagai hendak pitam. Pandangan aku mula kabur dan akhirnya warna hitam mewarnai pemandangan mata ku.
"Sayang! Sayang bangun sayang. Please. Ya Allah. Sayang!" Thaqif menggoncangkan tubuh Suffi. Dia cukup risau.
Orang kampung semua terkejut dengan apa yang terjadi. Ada yang menjerit nama Suffi.
"Ya Allah adik! Kenapa ni Thaqif? Allahu adik bangun. Jangan macam ni". Along mendukung Suffi masuk ke bilik Suffi yang dahulu. Tubuhnya dibaringkan di katil. Along mengusap kepala Suffi perlahan sambil menilik wajah lesu Suffi.
"Abang. Nah ini kain lap. Abang lapkan Suffi. Dia kepanasan sangat tu, tu yang boleh pengsan. Saya kena jaga anak-anak kat luar takut merayap kang". Kak Safa meminta diri. Semangkuk air dan kain dibasahkan lalu di lap ke wajah Suffi perlahan.
Thaqif hanya menonton di tepi. Dia masih blur dalam keadaan sekarang. Thaqif mendekati tubuh suffi. Rambut yang menghalang muka itu di alih ke tepi. Matanya menatap redup wajah Suffi.
"Sayang. Bangun sayang. Abang tunggu sayang. Please bangun. Abang perlukan sayang". Ujarnya dengan nada bergetar. Bahu Thaqif ditepuk.
"Sabar Thaqif. Dia tak akan apa-apa. Along kenal adik along. Dia kuat. Insyallah dia akan bangun kejap lagi. Thaqif sabar ya". Pujuk Along. Thaqif hanya mengangguk lemah.
"Sayang.. abang akan tunggu sayang sedar. Sayang bangun eh". Kucupan lembut hinggap di kening Suffi. Thaqif berura-ura hendak ke luar bilik menolong apa yang patut. Berat hatinya meninggalkan isterinya itu sendirian. Rambut Suffi dibelah perlahan, bibirnya mengoyak senyuman. Lantas dia pergi ke luar bilik menolong Along dan Angah di luar.
...............
"Mak abah! Mak dengan abah nak pergi mana!!" Jerit aku separa kuat. Aku nampak bayangan mak dan abah yang berpegangan tangan berdiri sejauh 10 meter di hadapan. Dengan keadaan sekeliling yang bewarna putih. Silau. Terpaksa memgecilkan biji mata aku.
"Abah! Mak! Tunggu adik!!" Laung aku dengan nada yang kuat. Hampa. Mak dan abah tetap berjalan lurus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang pon. Aku tetap berjalan meskipun tiba-tiba ada angin kuat yang menerpa di hadapan aku sehingga menyukarkan aku untuk bergerak.
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfiction❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...