Seminggu telah pun berlalu sejak majlis perkahwinan diadakan. Sekarang ini, aku berada di dalam bilik mengemas pakaian yang patut aku bawa balik ke Korea. Negara kelahiran suami aku, Thaqif.
Agak berat hati untuk meninggalkan keluarga aku disini, tetapi aku ialah isteri kepada Thaqif, yang perlu sentiasa ada di sisinya. Sedang ralit aku melipat kain baju, Thaqif masuk ke bilik. Dia menghempaskan punggungnya ke katil menghadap aku di bawah yang sedang sibuk melipat baju.
Lama Thaqif memerhatikan aku. Aku hanya berdiam diri. Hati ini mahu sahaja aku katakan bahawasanya aku tak mahu pulang ke Korea. Tapi mengingatkan pekerjaan suami aku. Aku kuburkan sahaja niatku.
Aku menghentikan perbuatan aku. Mata memandangnya. "Abang.." panggilku meleret. Dia tersenyum manis.
"Iya sayang. Kenapa hm?" Tanya dia lembut. Matanya redup memandang aku.
"Abang.." termati kata aku. "Hm tak ada apa-apa lah". Jikalau aku menyuarakan isi hati, takut-takutnya nanti dia rasa sedih. Aku tak mahu itu terjadi. Aku tahu hidup kami akan berubah 100% jika kami sudah berada di sana. Aku takut untuk berpisah dengan dia. Sungguh.
"Kenapa sayang?" Ujarnya. Aku menggeleng tersenyum. Thaqif membelai perlahan rambut ku. Aku hanya membiarkan sahaja kelakuan dia.
"Sayang.. maafkan abang. Sayang tahu kan macam mana life kita di sana?". Tanya Thaqif. Aku sekadar mengangguk. Aku faham sangat. Terlalu faham sehinggakan aku ingin sahaja memaksa Thaqif untuk tetap tinggal di sini.
"Abang harap sayang boleh terima kehidupan kita di sana nanti. Pergaulan kita akan terbatas. Ada mata-mata yang akan selalu perhatikan kita. Keselamatan sayang pun akan terjejas. Maafkan abang sebab tak mampu berikan kebahagiaan seperti orang lain. Abang.. abang rasa yang abang ni suami tak guna. Tak mampu bahagiakan isterinya". Ujarnya lemah. Aku memandang Thaqif yang menunduk ke bawah. Aku tahu dia sedang dilanda kerisauan, kesedihan. Aku tak suka tengok dia dalam keadaan begini. Hati aku sakit.
Aku menekup pipinya supaya memandang aku. Aku tergelak kecil melihat mukanya yang ditekup aku. Alahai comel.
"Abang tak perlu sedih. Abang ada dengan Suffi pun, Suffi dah cukup bahagia. Kebahagiaan Suffi terletak pada kekuatan Abang. Abang kuat! Abang jangan menyerah, ada Suffi dekat belakang abang". Aku menghadiahkan secangkir senyuman padanya seraya memberikan kekuatan pada tulang belakang keluarga aku kini.
"Suffi tahu risikonya Abang. Selagi Suffi mampu bertahan, begitu juga Abang. Kita sama-sama berusaha. Our hardwork will paid off. Kita berusaha semampu yang boleh. Insyallah, Allah bantu kita". Aku memeluk erat Thaqif. Thaqif membalas pelukan aku. Tak mampu aku membendung air mata daripada jatuh. Akhirnya aku tewas. Air mata jatuh pada bahu suami ku.
Kami meleraikan pelukan kami. Bibir merah Thaqif mengoyak senyuman. Aku turut tersenyum memandangnya. Thaqif mengusap bawah mata aku, menghapus jejak air mata. "Terima kasih sebab terima segala kekurangan Abang. Sanggup bersama dengan Abang, bersusah dengan Abang. Maafkan Abang kerana tak mampu berikan kebahagian yang sayang impikan". Suaranya mengendur lemah.
"Tiada hal yang terindah melainkan kehadiran Abang dalam hidup Suffi. Abang hadiah yang paling berharga untuk Suffi". Tuturku sambil tersenyum. Pantas aku mengucup kening suami aku. Dia bagaikan terkena renjatan elektrik. Terdiam seribu bahasa. Aku tersenyum bangga. Selalunya dia yang bertindak dahulu, tetapi kini aku pula bertindah terlebih dahulu.
"Dah Abang. Jom tolong Suffi kemas baju".
...........
Hari yang dinanti-nantikan tiba. Di perkarangan rumah, Aku, Thaqif dan ahli Nct yang lain sudah siap menggalas beg masing-masing. Omma dan Halmeoni terlebih dahulu pulang. Katanya hendak membuat persiapan untuk kami kembali. Aku memandang satu persatu wajah tua mereka. Perasaan hiba bertandang di hati. Mampu kah aku untuk meninggalkan mereka buat sekalian kalinya?
"Sayang luggage sayang". Pinta Thaqif. Aku terus menghulurkan luggage padanya untuk disumbat masuk dalam bonet kereta Angah.
Lantas aku memeluk Mak dan Abah. Tersedu-sedan aku menangis di bahu mereka. Perpisahan kali ini buatkan aku tak dapat menahan kesedihan. Selepas berpelukan dengan mereka, aku peluk Angah pula. Angah walaupun nampak seperti tidak berperasaan tapi aku tau dia juga berat untuk meninggalkan aku. Cuma dia tak mahu tunjuk kesedihan dia. Aku tahu benar perangak Angah.
Kini tiba masanya untuk kembali ke airport. Ahli Nct seperti biasa akan menaiki bas yang dipandu Uncle Suho. Aku serta Thaqif akan menaiki kereta yang akan dipandu Angah. Selepas bersalaman dengan mereka aku diminta untuk ke kereta. Sudah tiba masanya untuk berpisah.
Angah membunyikan hon kereta menandakan kereta mula dibawa keluar dari perkarangan rumah. Tangan aku tetap melambai ke arah mereka sehinggakan jarak kami sudah menjauh. Aku mengeluh nafas berat.
Sampai di airport aku diminta Thaqif untuk keluar dahulu bersama Angah. Angah diminta oleh Thaqif untuk menemani aku ke balai pelepasan tanpa adanya Thaqif di sisi. Pada awalnya aku tak mahu berpiasah dengan Thaqif. Bila dia beritahu yang ini untuk keselamatan aku, aku terpaksa mengikut kehendaknya. Membiarkan Thaqif serta ahli Nct yang lain pergi selepasnya.
Aku selamat tiba ke balai pelepasan. Pelukan terakhir dari Angah dilepaskan. Dengan berat hati, aku mula meninggalkan Angah ke pesawat aku. Terlihat Angah tetap melambai tangan ke arah aku meskipun sudah menjauh.
Di sudut lain, Thaqif dan ahli Nct yang lain sudah berada di gate airport. Sudah pasti diri mereka di serbu oleh orang ramai. Polis, bodyguard? No. Tiada siapa yang dapat melindungi mereka sekarang kerana mereka sendiri pun datang tanpa pengetahuan agensi SM. Maka mereka perlu bergerak sendiri.
Mereka dihimpit, dilanggar tanpa pengawalan. Jisung mengaduh kesakitan apabila kakinya dipijak orang. Thaqif ditolak sehinggakan hampir terlanggar tiang. Nasib baiklah ada Yuta yang sempat menariknya. Keadaan begitu tegang di lapangan terbang KLIA2 ini. Jeritan peminat memenuhi segenap ruang.
Dalam perjalanan Thaqif ternampak Angah. Angah membuat thumbs up menandakan Suffi selamat. Thaqif tersenyum mengangguk. Jikalau tidak, hatinya pasti resah mengingatkan si isteri yang terpaksa berjauhan dengan dia sekejap.
Taeyong sebagai leader, berada di hadapan diikuti dengan yang lain. Keadaan bertambah rumit bila kehadiran sasaeng fan yang melulu ke arah mereka. Sempat Chenle menjerit ketakutan. Bagaikan zombie hendak memburu manusia. Begitulah gambaran keadaan KLIA2 sekarang.
Akhirnya selepas bersesak dengan serbuan orang, mereka selamat tiba di pesawat mereka. Ahli Nct menarik nafas lega. Bukan sampai di sini sahaja mereka akan diserbu, tetapi di lapangan terbang Incheon juga mereka akan diserbu sekali lagi. Apa-apa pun mereka tetap bersyukur kerana dapat melepaskan diri daripada kejadian tadi.
Thaqif duduk di sebelah aku. Aku terus memandangnya mencari jikalau dia ada cedera. Aku hembus nafas lega. Tiada hal yang tak diingini berlaku padanya. Aku melentokkan kepala di bahu Thaqif dan mula tertidur.
Bumi Gunung Baekdu dijejakinya. Sekali lagi aku terpaksa berpisah dengan Thaqif buat sementara. Atas permintaan Thaqif, aku meninggalkan dia dan dijemput pembantu peribadi Thaqif; Heesung. Heesung menjemput aku naik ke keretanya.
"Awak. Boleh tunggu sekejap? Saya nak tengok Thaqif". Pinta ku pada Heesung.
Heesung seakan bebelah bagi. "Tapi Tuan arahkan saya untuk bawa Puan balik ke rumah sejurus Puan sampai di sini".
"Please. Tengok dari kereta pun tak apa lah. Hati saya tak tenang teringatkan mereka".
"T-tapi Puan".
"Please. Kali ini je". Rayu aku. Heesung melepaskan nafas perlahan.
"Baiklah. Tapi hanya dalam kereta sahaja". Balasnya. Aku tersenyum suka. Mata aku tetap memandang keramaian orang di sana.
Ramai orang mengerumuni Nct. Aku nampak Thaqif yang terpaksa menjaga batasnya daripada tersentuh yang bukan mahram. Mereka ditolak, ditarik-tarik. Aku yang melihatnya juga tak sampai hati. Suami aku terpaksa melalui semua ini demi aku. Sedangkan aku di sini dalam keadaan baik tetapi dia? Ya Allah lindungi dia.
Setelah memastikan mereka selamat masuk ke dalam van, Heesung mula membawa aku kembali ke rumah Agam Thaqif. Aku hanya berdiam diri. Rindu dengan Thaqif walaupun baru sekejap aku ditinggalkan.
Tbc
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfiction❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...