𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 20

60 18 4
                                    

"Jaemin shi?"

Aku mengambil tempat dihadapan Jaemin. Kami saling bertengtangan. Aku merenung dia dengan perasaan hairan. Macam mana dia boleh tau rumah aku?

"Monyet kau kenapa tenung dia macam tu?" Aku tersentak. Mata aku dialihkan pada angah yang berada di sebelah Bomin. Jelingan maut aku halakan pada dia. Dia hanya bersiul tanpa pedulikan aku.

"Ehem. Ni kenapa pandang-pandang ni? Kamu berdua kenal ke?" Tanya mak disebelah aku bila dia perhatikan aku sejak tadi memerhatikan Jaemin.

"Kenal lah mak. Keluarga dia lah yang jaga Suffi dekat korea" tutur aku. Aku tersenyum manis ke arah Jaemin. Entah macam mana keadaan omma dengan halmeoni dekat sana. Jaemin turut menghadiahkan secangkir senyuman ke arah mak dan yang lain menghilangkan rasa gemuruh dia.

"Jaemin?" Panggil abah.

Jaemin menoleh ke arah abah. Dia mengangkat kening sebelah tanda apa.

"Jaemin. Pakcik nak ucap terima kasih sangat dekat Jaemin dan keluarga Jaemin sebab jagakan satu-satunya putri pakcik sorang ni. Terima kasih ye nak" ucap sang ayah kepada Jaemin. Jaemin mengangguk faham sambil tersenyum manis menampakkan gigi arnabnya.

Aku memandang pelik ke arah mereka berdua. Pandangan aku bersilih-ganti antara Jaemin dan abah.

"Abah. Dia mana faham bahasa Melayu. So dia tak faham apa abah cakap" tutur aku selamba. Kini pandangan Jaemin dialihkan pada aku yang sedang menyuapkan nasi kedalam mulut.

"No pakcik. Saya faham apa yang pakcik sampaikan tadi" Tersembur nasi aku! Gila mamat korea ni cakap bahasa melayu. Aku membulatkan mata tak percaya. Dia sekadar mengangkat kening bangga. Ngeh

"S-sejak bila kau pandai Bahasa Melayu ni?"

"Sejak kau mula hadir dalam hidup aku. Sejak tu aku cuba mendalami dan belajar semua yang berkaitan dengan kau" tutur dia dalam bahasa korea. Abah mak serta angah blur memandang dia.

"For what?"

"For you"

"Uhuk uhuk. Air please!" Sampuk Bomin. Dia merampas cawan Iskandar lalu meminumnya dengan rakus, walhal cawan dia yang masih penuh lagi dengan air sikit pon tak terusik. Iskandar membeliakkan matanya memandang perlakuan Bomin yang mencuri airnya.

"Assalammualaikum!" Laung seseorang dari luar. Aku segera bangun dari dudukku mampir ke arah pintu. Tak mahu lama-lama melayan Jaemin. Seram. Aku tersenyum gembira melihat Farish.

"Walaikumussalam Farish! Asal lambat kau datang dowh. Dah jom masuk. Semua dah tunggu kau" hujung bajunya aku tarik ke arah meja makan. Kerusi kosong disebelah aku ditepuk menyuruh dia duduk di sebelah aku.

"Ha Farish datang pun kamu. Ingat tak datang. Kenapa lambat?" Tanya abah.

Farish menggaru tengkuknya. "Saya baru balik dari surau tolong kemas-kemas sikit" ujarnya sambil tersenyum kelat memandang dua insan buatan korea dihadapan yang dari tadi memerhatikan dia.

"Ouh. Baiknya hati kamu. Dah mari makan. Suffi tuangkan dia nasi" tutur Mak. Aku segara mencapai senduk nasi lalu menuangkan nasi serta lauk kepadanya.

"There you go prince Farish" tutur aku bak menghadap raja. Dia ketawa perlahan. Aku turut ketawa. Comey.

Setelah selesai makan, kami semua sudah berada di sungai. Aku, angah Farish, Jaemin dan Bomin di sini sengaja menghirup udara segar.

"Aaaaa anak tapir mana tolak aku ni? Anak haram betoi" jerit Iskandar yang sudah berada dalam sungai. Bajunya yang melekat dibadan menampakkan lagi roti roti dia. Aku mengelap air liur. No no he's my brother.

Bomin dengan senang hati ketawa guling-guling di pasir sampai tergolek masuk sungai. Lepastu dia menjerit kesejukan. Terletus ketawa kami melihat nangka busuk tergolek masuk sungai. Sejibik!

Farish yang berada di mata air ditarik ke dalam sungai. Hampir terbuka seluarnya nasib cepat ditahan. Tak lain tak bukan Bomin punya kerja. Alkisahnya mereka semua serta merta kembali ke masa kanak-kanak mereka. Ada kepala timbul tapi kepala je lah. Muka tak timbul. Bomin punya kerja juga yang menahan kepala Iskandar dari naik ke atas. Pikir kepala tu bola ke?

Jaemin mengeluarkan iphone 12 pro untuk mengambil beberapa gambar sebagai kenangan. Senyuman manis terukir apabila dia berpuas hati melihat hasil tangkapan gambar yang cukup memuaskan.

Aku mengambil tempat di batu besar bersebelahan sungai dimana Jaemin sedang duduk keseorangan. Dia terkejut melihat aku yang sudah berada di sebelah dia. Aku mengukirkan senyuman manis.

"Mind to explain?"

Tengkuk nya digosok perlahan. Jaemin menundukkan kepalanya. "Erm..."

"Nah it's okey. I'm not forcing you" aku kembali menghalakan pandangan ke arah mereka bertiga. Gelak tawa mereka memenuhi kawasan sunyi sungai ini.

"Suffi? Kau marah aku?" Tanya Jaemin setelah lama berdiam. Kening aku dijongket ke atas. Sebab apa nak marah? Pelik je mamat korea ni..

"Aku minta maaf sebab kacau kau dekat sini. Aku cuma.. cuma"

"Cuma?"

"Aku, er ha cuma nak jumpa kau. Nak bagi ni. Omma suruh" tipu sunat sekali sekala tak apa kan? kotak berbalut kain baldu hitam dihulurkan ke arah aku. Perlahan-lahan aku mencapainya.

"Apa ni?" Tanya aku sambil membelit-belit kotak itu.

"Buka lah"

Reben merah yang elok terbentuk aku tarik perlahan. Penutup aku buka. Aku memandang Jaemin tak berkelip. Seutas rantai berbentuk seekor swan dengan batu permata elok dipandankan di bahagian tengah. Kalau kat Malaysia ni dekat beratus ribu woi.

"Untuk aku?" Dia sekadar mengangguk. Aku terpegun melihat kemasan reka bentuk rantai itu. Huhu ni kalau jual kau rasa boleh beli banglo empat tingkat tak?

"Sini aku pakaikan" tanganya dibuat gaya meminta kembali rantai itu. Baru je aku berangan nak jual dekat apek kip mart tu.

Aku membetulkan tudung aku supaya tak adalah kembang semacam. Macam keluang man. Jaemin merapati badanya dengan aku lalu dipasangkan rantai beralaskan tudung aku.

"Once you wear this, you're mine"

"Kau ada cakap eh? Aku tak dengar lah suara Bomin menjerit bising sangat" adu aku. Ya betul time tu lah kera tu nak menjerit. Mana aku nak dengar.

"Hari ni sejuk" balas dia singkat. Aku mendongak langit. Sejuk apa bendanya. Malaysia hot lit lit dong. Kalau boleh aku pun nak berendam dengan tenuk tenuk dekat bawah tu. Tapi tu lah saya still perempuan.

Aku menoleh ke arah Jaemin ingin membantah pernyataan dia sebentar tadi. Kepala aku di pusingkan ke sebelah. Wajah bersih Jaemin menghiasi pandangan aku. Jarak antara dia dengan aku amat lah rapat. Mungkin dalam 10 cm? Hampir bergesel hidung aku

Setelah beberapa saat lamanya, aku berdehem menyentak lamunan dia yang dari tadi menenung aku semacam.

"Ouh sorry" ujar dia. Aku terus mengalihkan pandangan ke tempat lain. Malu sis. Ehek. Jaemin juga turut memandang tempat lain. Eeeee malu lah tu.

"Erm anyway thanks for this gift. I really appreciate" tutur aku. Rantai di leher dibelek lagi. Jaemin tersenyum gembira. Tau lah dia hadiah tu disukai Suffi.

"Cantik?"

"Neomu yeppeoyo"

Tanpa sedar ada seseorang lama memerhatikan mereka sejak tadi.







Pendek je nyah chapter ni.
🥲

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now