"Assalammualaikum"
"Iqram. Tentang lamaran awak. Saya minta maaf. Saya, awak, kita putus. Maafkan saya"
Iqram meraup mukanya. Dada berdegup kencang. "Astaghfirullah. Mimpi rupanya" ujar dia. Jam yang tergantung di dinding dikerling sekilas. Jam 3 pagi. Katil yang sedikit berselerak dikemas sedikit. Kakinya melangkah masuk ke bilik air. Wudhu diambil.
"Assalammualaikum warrahmatullah, Assalammualaikum warrahmatullah" mukanya diraup lagi sekali. Mata dipejam sambil bibir mengulang-ulang selawat nabi.
Pagi itu jam 11 pagi, Rumah Iqram didatangi keluarga Suffi. Entah apa yang nak diborakkan. Aku hanya duduk diam di buaian luar rumah. Termenung menghadap sawah padi di hadapan.
Iqram tersenyum nipis melihat bakal isterinya yang berpakaian lebar. Abaya memang menjadi pakaian harian untuk aku jikalau berada di luar rumah. Dia mengorak langkah ke bahagian tepi aku. "Assalammualaikum. Sorang je?" Tanya Iqram.
Aku memandang Iqram atas bawah. Tubuh Iqram hanya ditutup dengan jubah panjang bewarna putih susu. Sah baru balik masjid. Biasanya Iqram akan solat dhuha di masjid. "Walaikumussalam. Saya bertiga." Jari aku ditujukan di bahu belah kanannya lalu bahu di kirinya. "Ada malaikat Raqib dekat sini, dekat sini pula ada malaikat Atid. Jadi saya bertiga di sini" jawab aku tanpa melihat Iqram.
Iqram tertawa lucu mendengar ayat yang dilontarkan aku tadi. Memang seperti kanak-kanak. Siapa sahaja yang tak geram dengan perangai Suffi ini. Ada aje akal nak menjawab.
"Kenapa?" Tanya aku pelik. Masakan tidak, si Iqram masih lagi dengan sisa tawanya.
" Ada je Suffi nak menjawab. Rasa nak cubit je pipi dia. Tapi awak masih lagi bukan mahram saya. Nanti lepas saya halalkan awak, jangan harap boleh lepas. Saya gomol-gomol pipi tu" Tutur Iqram geram. Lesung pipitnga masih lagi kelihatan. Sudahlah Iqram beralis tebal, wajahnya bersih walaupun ada sedikit bekas jerawat, langsung tak merosakkan wajah tampannya.
Ayat Iqram tadi cukup membuatkan aku sedikit rasa bersalah untuk mengutarakan isi hati yang selama ni aku simpan. Tujuan aku ke sini untuk memutuskan pertalian yang terbina beberapa hari lepas. Tapi dalam masa yang sama aku juga tak mahu menyakiti hati lelaki ini. Dia terlalu baik pada aku. Sikapnya yang penyabar, hormat orang tua, hormat wanita. Cuba bagitahu siapa yang tak jatuh hati pada Iqram ni?
"Suffi, boleh saya duduk di sini?" Pinta Iqram. Aku mengangguk membenarkannya duduk di tepi aku tetapi ada ruang yang tercipta di tengah-tengah bagi mengelakkan bersentuhan.
Lama kami berdiam diri melihat indahnya ciptaan Allah di hadapan. "Erm Suffi, awak belum terima saya sepenuhnya kan?" Tanya Iqram. Aku terkedu dengan ayatnya sebentar tadi. Wajah aku di alihkan menghadap Iqram di sebelah. Dia masih lagi tersenyum.
Aku lepaskan keluhan. "Bukankah kita terlalu cepat untuk sampai ke tahap ini? Kita tak pernah mengenali antara satu sama lain".
Iqram mengangguk. Senyumannya masih lagi terukir di wajahnya. "Alhamdulillah. Saya dah dapat jawapannya".
Aku mengerut dahi tanda tidak faham dengan pernyataan Iqram tadi. "Jawapan?"
"Iya jawapan. Saya tak akan sambung pertalian kita ini ke tahap seterusnya. Kerana saya tahu bukan saya yang berada dalam hati awak. Ada lelaki lain yang sedang awak tunggu kehadirannya".
"S-saya tak faham"
"Awak boleh sembunyikannya di sebalik senyuman awak, tetapi sorot mata awak tak akan pernah tipu. Mata awak tu pendam seribu satu rahsia. Kesakitan, keperitan, kebahagian. Semuanya tersimpan dalam mata awak, Suffi." Iqram tersenyum manis.
Kenapa dia boleh setenang begitu dalam keadaan sekarang?
"Awak jangan risau. Akan saya beritahu keluarga awak dengan baik agar mereka tidak tersinggung dengan pilihan kita ini".
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfiction❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...