Masih dalam Flashback
Aku memasuki balai pelepasan seperti biasa, namun ada sedikit perasaan yang mengatakan bahawa ada seseorang mengikuti aku dari belakang. Bila berpaling ke belakang, tiada. Tapi aku cuma sekadar mengendahkan sahaja. Mungkin perasaan aku?
Tangan aku diselukkan kedalam poket belakang beg silang. "Ha jumpa pun!" Aku mengeluarkan airpod lalu menyambungkan nya dengan Bluetooth. Lagu monster dari kumpulan ternama Sm Entertainment iaini Exo elok dimainkan. Sesekali aku menari kecil.
Beg yang telah di scan aku ambil. Mata aku terpandang figura yang amat aku kenali, Jaemin. Tapi kali ini rambut dia warna hitam. Seingat aku, kali terakhir aku jumpa dia, rambutnya bewarna biru tua. Dia memakai mask hitam sambil ditutupi dengan topi. Aku hanya membiarkan sahaja. Mungkin ilusi je kot. Lagipun dia bukan jenis yang senang dapat keluar macam tu. Pelanduk dua serupa..
Aku memasuki perut pesawat. Tempat aku berada di bahagian tengah dan hujung sekali di tepi tingkap. Langit malam aku perhatikan. Tenang sekali. Ibu! Ayah! Sufi balik!
Kegembiraan aku tak bertahan lama apabila seorang lelaki mula mengambil tempat disebelah aku. Aku hanya membiarkan sahaja dia. Bauan wangi yang aku kenal menusuk hidung aku. Ya wangian ini sangat familiar bagi aku. Wangian peach blossom dari w.dressroom. Memori di bilik muzik bermain di benak fikiran. Wangian dia memang sebiji. Tapi kalau nak ikutkan, bukan dia seorang pakai wangian tu. Orang lain pun boleh beli perfume tu.
Tak nak ambil pusing, aku hanya membiarkan sahaja. Yang penting aku dapat balik jumpa mak ayah dengan abang! Yeah. Paling penting dapat jumpa Farish. Ma best friend.
Kapal terbang mula berlepas. Aku membuka novel yang baru dibeli. Setiap helaian diselak dengan mata yang semakin kuyu. Dan akhirnya aku tertewas.
Jaemin side's
Aku tak sangka tiket yang aku beli di waktu akhir terletak bersebelahan dia. Thank god orang tu telah membatalkan tempahanya atas sebab-sebab tertentu. So here i am.
Aku memasuki balai pelepasan. Dan ketika itulah kepala aku nak gatal. Tak faham aku. Topi yang aku pakai ditarik sedikit. Aku mengangkat wajah, Suffi yang juga jauh dari aku turut memandang aku. Cepat-cepat aku tutup wajah ku. Harap dia tak perasan lah.
Perut pesawat aku masuki. Suffi yang ketika itu sedang memakai airpod aku pandang. Sesekali aku terkekeh perlahan melihat tingkah dia. Punggung aku dilabuhkan di tempat duduk aku. Aku tahu dia sedang memandang aku. Aku menarik mask aku keatas bagi menghalang dia daripada mengecam aku.
Sedang aku memejam mata hendak tidur, terasa bahu belah kiri berat. Suffi yang sedang terlentok di bahu aku, aku perhatikan. Dengkuran halus seperti bayi aku dengari. Senyuman manis spontan terukir.
"I just want you to know that i really love you. Not as sister but as a woman who definitely win my heart without even trying". Tutur aku perlahan agar dia tidak terbangun dari tidurnya.
"Suffi Sumayyah. You already warmly my ice heart". Kulit susu Suffi aku perhatikan. Walaupun hanya memakai make-up yang nipis, tetapi dia tetap cantik. Senang cerita "natural beauty".
Ralit aku perhatikan dia sehingga aku turut terlelap. Dan akhirnya tertidur.
Suara daripada pramugari mengejutkan aku dari beradu. Suffi masih lagi tertidur beralaskan bahu aku. Tudungnya yang terlihat senget sedikit, aku betulkan dengan berhati-hati. Dia mengeliat sedikit. Mungkin terjaga kerana suara dari pramugari?
Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya. Aku cepat-cepat menarik mask ke atas takut dia perasan aku. Terpesat-pesat matanya melihat kiri kanan. Macam bayi. Comel!
Dia memandang aku. Aku mengalihkan pandangan aku ke belah kanan.
"Erm. Ahjussi. Mianhae saya tertidur di bahu ahjussi" ujar dia. Aku membeliakkan mata. Did she really call me ahjussi? Nampak tua sangat ke aku ni? Aku menarik hujung bibir aku. Nampaknya dia masih lagi tak perasan akan aku. Aku hanya mengangguk bagi membalas kata dia.
Dan kami berdua hanya mendiamkan diri sehinggalah destinasi yang hendak dituju hampir tiba.
Akhirnya KLIA sudah aku jejakki. Figura Suffi yang sudah jauh meninggalkan aku kebelakang sedikit menyukarkan aku untuk mengikuti dia. Dia salah satu kereta yang elok terparkir di hadapan gate airport.
Kelihatan seorang lelaki sedang menunggunga dengan bersandar di hadapan kereta sambil tanganya bermain dengan telefon. Baju berkotak dipadankan dengan seluar jeans hitam menampakkan lagi aura kelakiannya. Cermin mata hitam yang dia pakai mampu membuatkan orang sekeliling jatuh hati padanya.
Aku melihat dari jauh Suffi dan lelaki itu bergurau senda. Mengikut apa yang Suffi pernah cerita pada aku. Dia mempunyai abang yang sama baya dengan aku. Dan mungkin yang bersamanya sekarang ialah abang dia.
Kereta honda city merah itu terus memecut laju keluar meninggalkan lapangan terbang. Aku segera menekan nombor di skrin telefon.
"Hello. Aku dah sampai KLIA2 ni. Cepat sikit" aku memberikan arahan kepada kenalan aku di Malaysia. Dia antara orang kepercayaan aku yang telah lama menetap di malaysia. Dia adalah bekas jiran aku.
Sebuah kereta mercedes merah berhenti dihadapan pintu masuk KLIA2. Aku terus berjalan ke arahnya. Bomin keluar dari kereta dan terus mencapai luggage aku lalu disumbat masuk ke dalam bonet belakang.
"Yow member! Lama tak jumpa kau" ujar Bomin sambil matanya lekap ke jalan raya. Dia tersenyum sumbing ke arah aku. Tak betul manusia ni.
"Haah lama sangat..." Tutur aku malas. Padahal baru minggu lepas aku jumpa dia dekat Seoul. Entah apa yang rasuk dia pun aku tak tau.
"Anyway. Perempuan yang kau suruh aku cari maklumat tu girlfriend kau ke?" Tanya Bomin selamba. Aku memandang dia tak percaya. Takkan dia tahu. Sejak bila aku beritahu dia?
"Kau tak payah buat muka cam tu lah Nana. Aku laki so aku tau lah apa dalam kepala otak kau." Tambah dia lagi. Dia ni sejak pindah Malaysia terus jadi ahli nujum ke? Sampai fikiran orang pun dia boleh baca.
"So kita nak pergi mana ni?" Tanya aku pada Bomin. Dia menarik hujung bibir memandang aku.
"Kita akan pergi kampung girlfriend kau!" Tutur dia teruja. Mata dia bersina-sinar memandang aku. Masalahnya dia ke aku bersungguh nak jumpa Suffi? Nak je aku ketuk kepala Bomin ni.
"What? Kau serious lah? Nanti dia tahu aku intip dia macam mana?" Tanya aku gusar. Ye lah aku dah lah macam penjenayah nak culik budak. Boleh pulak manusia ni lagi nak bongkarkan identiti aku. Nanti kalau suffi nampak agaknya dia terus benci aku.
"Calm down lah. Aku dah uruskan semuanya untuk kau. Confirm dia tak akan perasan kau punya. Percayalah pada Choi Bomin sugar daddy kamu ni" Aju dia dengan tahap kepercayaan diri 100%. Tekak aku terus terasa kelat. Mahu saja aku muntahkan air kopi Starbucks di hadapannya.
"Dah lah aku nak tidur. Sampai nanti kejutkan aku" tutur aku sebelum menutup mata kembali. Padahal aku tak ngantuk pun. Cuma kalau makin di layan si Bomin ni jadi lain kang. Dia ni bukan boleh buat main.
"Yes sir!" Laung Bomin kuat. Terkejut aku dibuatnya. Kan dah cakap tak boleh layan sangat Bomin ni.
End flashback
Tbc ❤️
So far aku tengok chapter ni overall fasal Jaemin kan? So aku sengaja je. Btw "golla ma dish" dia fuh mantap.
Day by day aku lupa tentang Jeno dalam fanfic ni. Maafin gue Jeno🤌🏻
8th win!!! Congratulations boys
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfic❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...