𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶21

52 18 3
                                    

<Jaemin pov>

"Suffi kau nak bawak aku pergi mana ni?" Tanya aku. Dari tadi dia memaksa aku untuk ikut dengan dia. Aku hanya membuntuti dia hingga ke pekan.

"Bunga?"

"Haah bunga cantikkan?" Suffi membelek bunga mawar itu. Sesekali dia menghirup bauan daripada bunga itu. Kami ke kaunter untuk membayar bunga mawar itu. Dia ajak aku ke pekan untuk beli bunga je? What?

Akak casher tersenyum-senyum ke arah aku. Sikit-sikit menoleh ke arah aku. Ya tau lah aku handsome tak payah pandang macam nak makan aku.

"Abang ke?" Tanya akak casher tu pada Suffi. Dia memandang aku. Kelipan mata aku dibuat-buat pada Suffi agar dia mengerti apa yang hendak aku sampaikan. Aku bukan bodoh sangat sampai tak tau yang akak tu nak goda aku. Sheesh

"Bu-"

"My fiancé" kata aku.

Mata aku dan Suffi bertembung. Dengan ketinggian Suffi yang hanya 155 cm berbanding aku 177 cm that's why akak tu teka yang aku ni abang dia. Hurm Suffi bila lah kau nak tinggi.

Belum sempat Suffi menjawab pantas aku memintasnya. Akak casher tu menunduk malu. Suffi mencuit pinggang aku, matanya tajam mencerlung bola mata aku. Kami keluar dari kedai bersama. Lama-lama kang menjadi akak tu.

"Now tell me kenapa kau cakap aku tunang kau?" Suffi yang sedang bercekak pinggang menghadap aku dengan mata helangnya tajam memandang aku. Aku telan air liur perit.

"Erk. Aniya. Akak casher tu macam nak ngorat aku. Takut" balas aku bersahaja. Dia tetap memandang aku tepat. I is lebih rela akak casher daripada Suffi. Seram..

Lama memandang aku, dia mengorak langkah pergi meninggalkan aku seorang diri. Pantas aku mengejarnya dari belakang. "Aku minta maaf oke? Aku tau aku tak patut cakap macam tu tadi. Sorryyy" kedua tapak tangan aku dicantumkan. Aku membuat puppy eyes sambil menunjukkan wajah simpati.

"Hurm okey. Lepas ni jangan cakap bukan-bukan lagi" ujar dia dan terus meninggalkan kedai bunga tadi.

.........

Aku memandang tanah merah yang dihiasi batu batu yang dipacakkan. Suffi yang berada di hadapan sudah jauh meninggalkan aku di belakang yang masih terpinga-pinga.

Dengan berhati-hati aku melangkah ke arah Suffi supaya tidak terpijak tanah yang sedikit berbukit. Batu di sebelah Suffi aku duduk. Memerhatikan tanah panjang berbukit dipagarkan dengan papan kayu coklat.

"Yassin. Wal qur'anil haqim.."

Merdu si dia melafazkan satu persatu ayat Al-quran. Walaupun aku tak tahu maksud , tak tahu baca sekurang-kurangnya aku tau yang itu ayat Al-quran. Aku pernah kata yang aku belajar semua apa yang berkaitan dengan dia. Lupa ler tu.

Selama berberapa bulan aku belajar tentang peradaban Islam, apa itu islam?, kenapa kita tak boleh sentuh perempuan lain. Aku mungkin tak faham 100% tapi aku cuba untuk faham. Walaupun perkara tu terlalu sukar bagi aku. Semenjak aku belajar tentang Islam baru aku tau yang Tuhan hanya satu iaitu Allah. Satu dan tiada dua. Malam dan siang Allah cukup kan untuk kita iaini dua yang tiada tiga.

Aku mula memahami sedikit demi sedikit dengan bantuan Uztaz Jihoon di Korea. Renjun yang sentiasa menemani aku. Kami belajar bersama. Dan ya sekarang ini Renjun sudah menjadi sebahagian daripada saudara islam. Mungkin kau nampak yang Renjun tak tau apa-apa tentang Islam. Rupanya sudah bertahun dia mengkaji tentang Islam sendirian. Hanya aku dan Haechan sahaja yang tahu. Aku bangga ada kawan seperti dia yang sentiasa menolong aku tanpa jemu.

"Sadaqallah hal azim.."

Buku yassin itu ditutup rapat sebelum diletakkan disebelah nya. Aku memerhati Suffi. Matanya berkaca sementara tanganya naik menyentuh batu nisan. Dielus perlahan batu nisan tu. Bersaksikan aku, matahari, dan seluruh pokok disini, gugurlah air mata seorang wanita suci.

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now