Tittittit
Aku melirik jam digital di sebelah ku. "Ugh lambat lagi ni, boleh tido kejap". Sambung ku. Aku memejamkan mata aku sebelum aku tersedar bahawa aku sudah terlambat.
"9:20? Arghh aku dah lambat. Nanti mesti sir Lee mengamuk ni". Aku berlari keluar dari bilik dan terus mencapai tuala di ampaian.
"Arghhh mak! Sakit... Auchh apasal lah sekarang jugak nak terlanggar dinding". Marah ku. Sudah lah lambat, huh. "Tak guna kau dinding! Balik nanti siap kau!". Aku terus memboloskan diri ke dalam bilik air.
Selama dua puluh satu tahun hidup aku tak pernah mandi secepat ni. Kau bayangkan eh aku mandi lima minit je. Taik hidung pon tak sempat nak dikorek.
Selesai mandi, rambut aku diikat dibiarkan basah dan terus mencapai tudung bawal chiffon berwarna hitam. Lantak lah kalau ada yang cakap tudung aku tak basuh. Dia tak tahu berapa banyak koleksi tudung hitam aku. "Kesah pulak aku en.."
Sneaker aku capai dan mula menyarungkan pada kaki kecil aku. "Huh lagi 10 minit. Sempat lah ni kalau aku naik teksi..". Aku mengambil teksi untuk ke Universiti Seoul. Ya aku adalah pelajar Universiti Seoul yang terletak di ibu kota Korea Selatan.
Perjalanan teksi mengambil masa dalam 15 minit. Aku tahu dah terlambat. Aku berlari ke dewan kuliah aku yang berada di tingkat dua.
Pintu aku tolak kasar. Kelihatan Sir Lee dengan tongkat pendeknya memandang aku atas bawah. Apa tengok-tengok aku tahu lah aku cantik huh.. tercungap-cungap aku mencari oksigen.
"Why are you late Miss Sufi?" Soal Sir Lee serius. Aku menelan air liur perit. Mati lah nakkk. Kalau bukan pakcik teksi ngorat janda tepi jalan tu mesti aku awal sampai hurmm..
"Miss Sufi? Don't you hear me?". Soalnya sedikit lantang mematikan lamunan aku. "Eei tak menyabar betul orang tua ni" rungut aku sendiri. Sir Lee atau nama sebenarnya Cittaphon Lee Chaiyapornkul. Panjang bukan? Aku tak faham kenapa nama dia panjang sangat. Nanti dah kahwin panggil sayang jugak. Halahhhh
"Miss Suffi...?" Sekali lagi nama ku diseru. Aku memandangnya tak berkelip. Hari ni dia nampak Handsome dengan tuxedo brown yang terletak kemas.
"I'm- I'm sorry Sir". Ujarku perlahan tapi cukup didengari dia. Aku memandang lantai bawah sambil mulutku tak habis-habis mengutuk dia. Dah lah malukan aku humm.
"You may sit now. Next time don't be late". Ujarnya. Aku tersenyum gembira. Jarang Sir Lee ni baik macam ni.
"Auch thank you Sir. But Sir... You look extremely hot today". Aku membalas. Sengaja aku puji dia. Mak pernah cakap kalau nak berjaya mestilah pandai ambil hati cikgu kan? Jadi aku buat lah macam tu. Aku tau sekarang ni Sir Lee tengah kembang semangkuk cuma dia sembunyikan je tuh.
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfic❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...