𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 09

75 23 0
                                    

"omaigod! Our handsome man dah balik"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"omaigod! Our handsome man dah balik". Teriak Chenle. Aku menggelengkan kepala melihat tingkahnya yang seperti budak-budak.

"Mana semua orang? Takkan kau je dalam rumah ni?" Tanya aku. Pelik jugak tetiba sunyi macam ni. Selalunya rumah ni dah boleh jadi pasar dah.

"Ikut lele" Chenle menarik lenganku ke bilik aku. Aku hanya mengikut dia tanpa tahu apa-apa.

"Surprise!" Jerit dreamies serentak. Aku terharu melihat mereka yang bersungguh meraikan kepulangan aku. Bilik aku dihiasai dengan lampu liplap, balon, dan tak lupa siap ada kek lagi.

"Jaem tiup lilin tu " ujar Jeno. Aku menapak mendekat ke arah Jeno yang sedang memegang kek itu. Belum sempat aku meniup lilin itu, dihalang oleh Renjun.

"Eh jap jap. Sebelum tu make a wish" kata Renjun. Aku mengangguk faham dan mula merapatkan tangan serta kedua mataku dipejam rapat. Permintaan aku tak susah. Aku hanya harap Suffi sentiasa gembira dan sentiasa menebarkan senyuman dia.

"Makan!!!" Jerit Haechan. Dia mula berlari mendapatkan pinggan plastik dan sudu.

"Eh jap! Siapa suruh korang makan kat bilik aku ni?" Tegur aku. Mereka semua memandang aku dengan muka yang selamba badak.

"Ala relax ah hyung nanti Renjun hyung kemas balik" ujar Jisung. Renjun memandang Jisung dengan tatapan yang menyeramkan.

"Apa kau kata? Hyung nak kemas? Siapa yang cadangkan buat dekat sini? Siapa?" Tanya Renjun sedikit lantang. Terhinjut budak jisung itu dibuatnya.

"Hurm Jisung..."

"Lepastu? Nak suruh hyung kemas? Amboi banyak cantik?" Dia mengiringkan kepalanya sedikit. Urat leher timbul membuatkan Jisung semakin takut. "Ha ni nampak ni? Ni kalau kena kat muka kau terus penyek muka kau tau". Buku limanya ditunjuk dihadapan muka Jisung.

"Ah hyung mianhae..." Tutur Jisung perlahan. Dia menunduk memandai lantai. Renjun yang kasihan melihatnya terus menapak kearahnya lalu ditepuk perlahan bahu Jisung.

"Hyung gurau je tadi.. tapi Jisung kan dah besar. Nanti kalau Jisung dah kahwin, jisung buat macam ni dekat isteri Jisung kan tak baik. Hyung cakap ni sebab hyung sayang Jisung. One day you'll be a father for your kids and a husband for your wife. Tanggungjawab lelaki ni besar. Faham?" Lembut Renjun memberi nasihat pada maknaenya. Dia menepuk perlahan belakang Jisung.

Mereka yang mendengar nasihat Renjun pada Jisung turut mengeluarkan air mata. Betul lah tu. Tugas lelaki ni berat..

"Okey dah. Hari ni kan nak happy happy. Tak nak lah sedih macam ni. Dah jom makan!" Ujar Haechan seraya menghentikan drama air mata berharga kami. Sungguh tak matang~

Mereka makan dengan semangatnya. Sekejap sahaja kek coklat tadi habis. Aku tersenyum melihat mereka yang kelaparan makan. Ni mesti lapar sebab tunggu aku..

"Erm hyung!"

"Ada apa Chenle?"

"Hyung bawak tak kimchi omma hyung tu?" Tanya Chenle. Aku mengangguk mengiyakan. Semestinya aku tidak akan lupa untuk membawa balik sedikit kimchi omma untuk Chenle.

"Jaem asal omma kau suruh balik?" Tanya Jeno.

"Erk. Tak ada pape. Kan aku cakap omma rindu aku. Lupa lah tu.." aku mencebik. Rasanya belum sampai masa aku ceritakan pada mereka.

"Betul ke? Macam pelik je?" Sampuk Haechan.

"Aduhai.. betullah omma dengan halmoni rindu aku".

"Macam pelik tapi tak mengapa.." ujar Jisung. Aku tersengih memandang mereka.

"Apalah korang ni.. omma dengan halmoni dia rindu je pun. Punyalah kecoh macam si Jaemin ni nak kahwin". Tutur Renjun tanpa beralas. Aku membuntangkan biji mata luas. Ada ke sampai ke kahwin?

"Ha betul lah tu. Apa lah korang ni. Takut sangat.." aku kembali menyuapkan kek kedalam mulut aku.

🐇💚

"Jaem aku nak tanya sesuatu ni.." Renjun memerhati sekeliling kalau-kalau ada orang selain mereka di dapur.

Aku yang sedang membasuh pinggan menghentikan perbuatan aku. Wajahnya aku pandang.

"Nak tanya apa?"

"Lately ni aku tengok kau macam sembunyikan sesuatu. Kau sembunyikan apa daripada kitaorang ni?" Tanya Renjun. Aku tersenyum kelat. Rupanya dia perasan akan tingkah ku.

"Tak de apa-apa lah. Kenapa kau tanya?" Soal aku balik.

"Dengan orang lain kau boleh tipu Jaemin, but not me. Aku kenal kau. Kau ada sembunyikan sesuatu dari kami kan?" Tersentak aku dibuatnya. Aku menarik Renjun ke bilikku.

Punggung aku hempaskan pada tilam. "Ya betul aku ada sembunyikan dari korang" aku menunduk. Tak sanggup melihat mukanya kecewa.

"Mesti kau kecewa dengan aku kan, Renjun?"

Dia merapati aku lalu menepuk perlahan belakang aku. "Tak Jaem. Aku tak kecewa sebab aku kenal kau. Kau jenis yang suka pendam".

"Terima kasih Renjun. Kau nak tau apa yang aku sembunyikan daripada kau?" Tutur aku.

Dia menghela nafas lemah sambil tersenyum. "Tak apa kalau kau tak mahu cerita. Aku faham".

"Aku percayakan kau Renjun. Aku akan cerita kat kau".

"Sebenarnya omma dengan halmoni aku suruh balik bukan sebab rindu. Tapi sebab ada seseorang yang hadir dalam ahli keluarga aku".

"Appa kau?" Tanya Renjun. Aku menggeleng menidakkan.

"Tak. Dia adik angkat aku". Dan aku mula menceritakan tentang bagaimana dia boleh jadi adik angkat aku.

"Dan kau rasa. Kau dah jatuh hati dekat dia sekarang ni?" Pertanyaan Renjun buat aku diam sejenak.

"Kalau kau suka dia, then cakap dekat dia yang kau dah jatuh hati dekat dia. Soal terima atau tak, itu belakang cerita". Tutur Renjun. Aku tersenyum kelat.

"Tapi dia.."

"Tapi apa?"

"Aku menyembah Jesus sebagai tuhan aku, dia menyembah Allah sebagai tuhan dia."

"Kami bagaikan minyak dengan air. Walaupun kuat digoncang tetap juga takkan bersatu".. aku menunduk lemah.

Renjun menarik tapak tangan aku lalu menggenggam kuat. "Cinta tu perlukan pengorbanan, Jaemin. Kalau kau betul-betul sayangkan dia cuba untuk mendalami agama dia. Tapi kalau kau lebih sayangkan tuhan kau, tetaplah dengan tuhan kau. Tapi kau perlu menahan peritnya kehilangan dia. It's your choice.. apa pun pilihan kau aku tetap sokong".

"Tapi Renjun, aku tak sanggup kehilangan dia. Aku juga tak sanggup tinggalkan agama aku". Aku menghela nafas berat.

"Jaem.. adakalanya kita terpaksa melepaskan yang terbaik demi yang terbaik. Kadang-kadang keadaan yang memaksa kita untuk membuat pilihan. Dan pada ketika itulah kita dipaksa memilih yang terbaik diantara yang terbaik". Renjun perlahan menyeka air mata ku yang mengalir dipipi.

"Gomawo Renjun~ah" aku pantas memeluk tubuhnya erat. Terima kasih tuhan, kerana kau hadirkan kepada aku sesorang yang sentiasa tidak jemu mendengar luahan aku...







✿--------------- ⊰⊹ฺ---------------✿

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now