𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 31

49 15 5
                                    

Gambar seorang wanita di belek-beleknya dari tadi. Entah mengapa sejak kebelakangan ini hidupnya terasa kosong. Suram seperti hidupnya yang dahulu. Dia mengeluh.

Sudah hampir tiga minggu sejak Suffi meninggalkan si dia. Selama itu jugalah Suffi tak pernah menelefonnya untuk menanya khabar dan panggilan daripada Jaemin juga tidak diangkatnya. Mengapa entah gadis itu seakan melarikan dirinya daripada Jaemin.

Dia buntu. Langsung tiada khabar daripada Suffi. Dalam benak fikirannya sudah terfikir hal-hal yang negatif. Adakah dia masih bernyawa atau tidak? Mengapa Suffi lari daripada dia? Apa salah dia sehinggakan orang yang disayangi dia pergi meninggalkan dia? Dia letih. Sungguh letih.

Ustaz Jihoon menggeleng perlahan kepalanya melihat Jaemin yang sedang duduk di bahagian luar masjid. Petang yang indah, angin bertiup sempoi-sempoi memberi kenyamanan. "Hai Jaemin? Ada apa-apa masalah ke yang boleh saya bantu?" Ruang kosong di sebelah Jaemin diduduknya.

Jaemin menoleh ke arah Ustaz Jihoon. Bibirnya mengukir senyuman nipis. "Entah lah Ustaz. Sejak kebelakangan ni saya rasa kosong. Macam tak ada apa-apa." Luah Jaemin. Pandangannya dialihkan ke hadapan memandang indahnya seni bina Masjid.

Ustaz Jihoon tersenyum. Tahulah Jaemin sedang dilanda masalah. "Saya pun dulu selalu rasa kosong sampai satu tahap saya rasa tiada gunanya saya bertahan dalam hidup. Yang hanya saya fikirkan nak mati, nak mati, nak mati." Ujar Ustaz Jihoon. Dia mengeluh lemah. Jaemin yang setia di sebelah Jihoon tersentak. Setidaknya dalam hidup dia, dia tidak pernah meminta kematian.

"Kenapa Ustaz cakap macam tu?"

Jihoon melepaskan keluhan. "Dulu masa zaman jahilliyah saya, saya selalu berfoya-foya. Kalau saya stress, lelah dengan kehidupan saya, saya akan teguk air kencing syaitan, jejakkan kaki ke party-party haram. Tika itu saya betul-betul rosak. Hidup saya hancur..." Ustaz Jihoon jeda sebentar mencari nafas.

"Dan satu hari itu, saya tidur teramatlah panjang. Saya koma. Saya terlibat dalam kemalangan atas kecuaian saya. Semuanya daripada arak yang saya minum. Saya koma sehingga setahun lebih lamanya. Dalam masa saya koma tu, saya termimpi ada seorang lelaki dan disampingnya ada seorang wanita berpakaian jubah putih dan tanganya ada sebuah buku tebal iaitu Al-quran. "

"Cahaya daripada mereka berdua teramatlah silau. Saya tak dapat melihat wajah mereka dengan jelas, tetapi saya tau mereka orang yang baik. Auranya dapat menenangkan saya. Dan saya masih ingat ayat-ayat mereka".

"Ayat merekalah yang menyedarkan saya daripada kehidupan jahiliah saya"

"Ayat apa tu ustaz?"

Jihoon menarik nafas panjang. "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

"Masa tu saya langsung tak faham apa maksud disebalik apa yang lelaki itu sampaikan. Tetapi penerangan perempuan disebelahnya membuatkan saya tersentak".

"Perempuan tu mendekat dengan saya. Saya tak terasa diancam atau diapa-apakan sebaliknya saya rasa tenang. Sampailah dia kata yang saya ni anak mereka. Anak kandung mereka. Waktu tu dada saya sesak. Tetapi lelaki itu datang mengusap lembut rambut saya. Dia bisikkan pada saya sesuatu"

Jaemin memberikan sepenuh perhatian pada Jihoon.

"Dia mengucap dua kalimah syahadah tepat di tepi telinga saya. Sebelum mereka menghilang, mereka sempat mengatakan sesuatu yang tak pernah saya fikirkan".

"Pakcik tu kata. Balik lah ke pangkal jalan nak. Kamu dilahirkan dalam islam. Agamamu yang sebenar-benarnya ialah Islam. Ibu ayah sentiasa doakan kamu. Bertaubatlah sebelum terlambat" Ujar Jihoon. Senyuman palsu diukir Jihoon. Matanya yang berair itu cepat-cepat dilap.

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now