"Morning abang, morning Hayyan" Ujar aku gembira. Hari ini badan aku cergas sedikit berbanding semalam. Laju sahaja aku menyiapkan sarapan untuk mereka berdua.
"Morning mummy!" Balas Hayyan dengan wajah ceria. Lantas dia menyuakan nasi goreng dalam mulutnya. Thaqif pun turut bersarapan. Aku hanya duduk di hadapan mereka melihat mereka yang sedang makan. Bibir mengukir senyuman.
Thaqif menilik jam tangannya sekilas. Kopi dihirup sedikit. "Hayyan lekas, dah lambat ni nak ke sekolah" Tutur Thaqif. Hayyan pantas bangun lalu merapikan baju sekolahnya. Aku berjalan mendekati mereka yang sudah berada di luar pintu rumah.
Baju Hayyan aku betulkan serta wajahnya yang sedikit bercapuk dengan bedak aku ratakan. Melihat Hayyan yang tersenyum gembira buat aku juga tersenyum. Pandangan dialihkan pada Thaqif yang setia menunggu anaknya itu siap. Aku menerpa dia dengan senyuman. Senyumanku dibalas.
Tangan dihulurkan pada Thaqif untuk menyalami dia. "Abang, Fighting!". Sejenak aku mengucup pipinya sekilas. Dia berdiri kaku memandang aku. Aku hanya membuahkan sengihan. Tangan kekarnya itu naik ke ubun-ubun aku lalu digosok perlahan sambil bibir tersenyum manis.
"Sayang jaga diri tau. Kalau sakit apa-apa terus call abang. Jangan banyak bergerak. Duduk je diam-diam. Rumah tak payah kemas, nanti abang balik, abang kemaskan. Sayang cuma duduk je tau". Tutur dia. Aku hanya mengangguk bak burung belatuk. Hayyan merapati aku lalu terus memeluk tubuh aku. Kepalanya disembamkan pada perut aku.
"Adik jaga mummy tau, abang Hayyan nak pergi sekolah. Jangan nakal-nakal dalam perut mummy" ujarnya. Aku ketawa melihat Hayyan. Dia menyentuh perut aku. Aku dapat merasakan ada tendangan daripada dalam perut aku.
"Eh adik bergerak?"
Aku terus ketawa. Thaqif juga begitu.
"Adik kata dia akan ikut apa yang abang Hayyan kata tadi". Sambung aku. Wajah Hayyan nampak bersinar-sinar.
"Adik! Cepatlah keluar. Abang Hayyan rindu!"
Kami semua tergelak. Thaqif sudah masuk ke dalam kereta. Hon dibunyikan. Terus sahaja Hayyan yang sedang bermanja dengan aku terhinjut dek hon kereta tadi. Wajahnya mencuka memandang Daddynya yang berada dalam kereta. Hayyan lekas menyalami ku sebelum masuk kereta.
Tangan dilambai ke arah mereka hingga kenderaan milik Thaqif hilang dari pandangan. Aku membawa diri ke bilik tetamu. Bilik dimana aku sentiasa diami jikalau aku seorang diri di rumah. Menghabiskan masa dengan menulis diari dan membaca Al-quran.
Laci yang disambungkan dengan meja belajar aku buku. Buku berkulit warna biru laut aku ambil serta pen yang sentiasa aku guna untuk menulis sesuatu aku capai. Helaian kosong menjadi tempat untuk aku mulakan mencatit diari harian aku. Semua perkara yang berlaku dalam hidup aku, aku abadikan di sini. Tanpa berlengah aku mula menulis berharap suatu hari nanti jika aku sudah tiada di sini, buku ini akan menjadi ubat rindu pada mereka. Buku yang menjadi bukti bahawa besarnya cinta dan sayang aku pada mereka.
.
.
.
.Dalam tak sedar due date aku sudah sampai. Dan sekarang aku di katil pesakit di bilik persalinan. Aku mengusap perlahan perut aku. Thaqif dan Hayyan mereka turun ke kantin bawah membeli makanan. Kasihan mereka tak makan sejak menghantar aku ke sini. Aku sudah dapat rasa kesakitan di celah kelengkang aku. Pantas aku menekan butang emergency di sebelah. Tak menunggu lama, seorang doktor bidan serta dua pembantunya sudah sampai ke katil aku. Sungguh sakitnya mencengkam diri aku. Peluh mula bertapak di dahi.
"Allah.." aku mengucap panjang. Sakit yang amat.
"Puan tarik nafas dan hembus. Tarik, hembus". ujar doktor itu. Aku menuruti perintahnya. Cuba mencari nafas meskipun nafas aku terasa tersekat.
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfic❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...