𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 22

46 18 12
                                    

"pegh monyet baru balik dating dengan kera bhai" tegur Iskandar di tepi pintu. Aku menghadiahkan jelingan maut pada dia. Nasib aku tak ada mood sekarang ni. Kalau ada aku tak jamin mamat ni still boleh cakap.

"Abah!! Tengok adik bah. Tak layan angah langsung" adu Iskandar. Tch dasar anak manja. Sikit-sikit mengadu. Eiihh

"Memang patut pun adik tak layan kamu" jawab abah selamba. Tangannya ligat membasuh motor kesayangannya. Iskandar sudah cemberut. Hek kadang aku terpikir abah dengan mak kutip aku dekat pasar ke? Anak orang bukan main lagi layan. Anak sendiri dibuatnya aku macam ni? -iskandar 2021

Aku masuk kedalam bilik lalu menghempaskan tubuh aku ke tilam. Nikmat weyh rasa dia macam tulang pinggang ni bersambung balik. Tuala aku capai sebelum meloloskan diri dalam tandas.

Usai mandi, aku sambung baring diatas katil. Sesekali aku lepaskan nafas berat. Seharian menangis mana taknya penat. Aku memejam mata.

"Suffi kau dah okey?" Tanya Jaemin disebelah tanpa menoleh ke arah aku langsung. Aku hanya mengangguk pasrah mengiyakan. Sekarang ni sumpah aku tak ada mood. Semua tenaga aku dikerahkan dekat perkuburan tadi.

Dia berhenti secara tiba-tiba menyebabkan aku yang berada dibelakang dia sambil menarik sedikit bajunya bertemu dengan belakang badanya.

Aku menggosok sedikit dahi yang terhantuk tadi. Aku dengan dia hanya berjalan kaki je ke kubur, jadinya balik pun jalan kaki.

"Tipu"

Hak alah mamat korea ni. Aku kata aku okey jawabnya okey lah. Nak kena hempuk ke? "Betul aku okey"

"Serious?" Tanya dia lagi. Badanya disama paraskan dengan aku. Dia sengaja merendahkan badanya agar ketinggian kami sama. Ini ke cara memerli orang pendek abad 21?

"Yes, I'm serious" balas aku pendek. Penat lah asyik kena jawab soalan yang sama.

"Suffi" panggilnya. Aku menghela nafas lemah. Apa lagi dia nak ni. Aku nak balik huhuhu.

"Hurm?"

"Tolong jangan pergi jauh dari aku"

Aku berkerut hairan cuba memproses apa yang lelaki ni kata.

"What?"

Wajahnya mendekat kearah aku. Dengan ketinggian kami yang sama membuatkan aku sedikit takut melihat mata helang Jaemin yang tajam menikam. Aku berundur beberapa tapak kebelakang.

"Jangan menjauh daripada aku" tuturnya datar dengan riak wajah tak berperasaan. Dah mula dah period time dia. Haduh payoh cenni.

"Hurm tengok lah kalau aku rajin" balas aku selamba. Otak aku dari tadi menjerit nak balik. Dia boleh pulak buat drama tak bermodal tepi jalan ni.

"I'm mean it Suffi" Ujarnya sebelum dia kembali berdiri normal selepas kami dihon oleh dua pasangan sejoli Iskandar dan Bomin yang diboncengnya.

Aku terus duduk dari pembaringan. Otak aku ligat mencari maksud disebalik ayat Jaemin tu. Dah kenapa aku kena ada dengan dia? Apa kehe mamat tu. Makin pelik

Telefon aku berbunyi bermaksud ada pesanan masuk. Tanpa berlengah aku buka aplikasi WhatsApp. Tertera nama Farish di bahagian atas. Aku tersenyum gembira.

Farish dodo🦃

Kau tengah buat apa?

Eh manusia ni. Salam tak de main terjah ni. Nak ajak gado ni.

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now