Sorry nk cepatkan supaya habis cepat😭
Tiga tahun kemudian.
"Hayyan sayang. Sini makan". Panggil aku yang sedang memegang sudu. Geram lihat dia yang dari tadi menggeleng tak mahu. Pening kepala mahu buat apa lagi untuk dia makan. Payah betul budak ni kalau bab makan.
"Nanak!" Dia lari daripada aku. Aku mengeluh. Hendak buat apa lagi? Kalau dengan Daddy nya itu laju saje menganga mulut. Tak perlu berusah payah berkejar-kejaran.
Aku menangkap tubuh kecil itu. Pipinya dicium. "Kalau tak nak makan, mummy tak nak kawan dengan Hayyan". Aku buat muka merajuk. Berpaling tubuh daripada menghadapnya.
Lama aku berdiam diri. Dia datang memeluk diri aku dari belakang. Tanganya yang kecil itu merangkul leher aku. "Mummy marah Ayan ke?" Bibirnya menjuih ke bawah manakala bola matanya memandang aku sambil berkelip. Nasib lah awak comel.
Aku mengukirkan senyuman manis. "Kalau Hayyan tak mau makan. Mummy marah Hayyan nak?" Ujar aku. Padahal aku tak sampai hati nak marah budak comel ini. Walaupun perangai dia boleh bangkitkan singa dalam diri aku. Tapi aku tak akan sesekali naikkan suara aku. Kerana, andai kata aku pergi dari hidupnya, dia akan kenang masa indah yang aku luangkan bersamanya.
"Nanak. Mummy angan marahkan Ayan oleh?" Ujarnya dengan pelat budak kecil. Aku mahu tergelak. Tak pernah tak mencuit hati aku. Lantas aku memeluknya.
"Then you should eat. If not, then mummy ngadu dekat Daddy".
"Okey mummy. Angan agitau Daddy tau". Dia merayu pada aku. Takut sangat dekat Daddynya. Thaqif bukannya garang tetapi tegas. Dia tak mahu aku terlalu manjakan Hayyan kerana takut nanti Hayyan terlalu selesa dengan layanan ini. Dalam tegasnya dia tetap sayangkan Hayyan. Bapa mana yang tak sayangkan anaknya kan?
Pipi belah kirinya itu aku cium. "okey. Now let's eat".
...........
Bunyi enjin kereta diluar menghentak lamunan aku dan anakku. Laju sahaja dia berlari di pintu rumah.
"Daddy!" Menjerit si kecil itu apabila bayangan Daddynya itu keluar daripada kereta. Thaqif terus duduk mencangkung memeluk Hayyan. Aku tersenyum suka. Inilah pemandangan hari-hari keluarga aku.
Thaqif mengangkat Hayyan dengan tangan sebelahnya. Tanganya yang sebelah lagi menghulurkan beg kerja pada aku. Dia menggomol pipi tembam Hayyan. Sesekali Hayyan ketawa geli.
"Jom masuk". Aku berkata. Kami masuk ke dalam. Ruang tamu kami duduk bertiga.
"Daddy. Esok pergi playground oleh tak?" Ajak Hayyan. Aku memandang Thaqif. Bukannya aku tak tahu risikonya. Kalau boleh, memang kami cuba untuk menjauhkan diri daripada keramaian. Aku faham dan aku hormat pekerjaan Thaqif. Kalau terdesak sahaja aku dan dia perlu keluar bersama. Hidup kami adalah untuk menjaga hati peminat-peminatnya. Meskipun susah, kami terpaksa.
Aku memanggil Hayyan supaya dia duduk di sebelah aku. Dia menggeleng tak mahu. Bila ada Daddy nya itu, terus lupa kewujudan aku. Bertuah punya anak.
"Hayyan sayang.. esok Daddy kerja lah. Lain kali ya Mummy bawa Hayyan?" Aku cuba berdalih. Mukanya terus berubah mendung. Aku tahu dia sedih. Selama ni memang dia banyak habiskan masa dengan aku. Pergi mana-mana pun memang dengan aku.
Thaqif memandang Hayyan lama. Bibirnya mengukirkan senyuman. "Okey. Esok kita pergi ya?". Rambut Hayyan digosok Thaqif sehingga serabai. Geram barangkali dengan wajah Hayyan yang comel itu.
Lantas Hayyan mencium pipi belah kiri Thaqif. "Thank you Daddy. I love you Daddy". Terus sahaja dia memeluk tubuh Thaqif. Dia kembali berdiri mengambil kucing perliharaan kami. "Yeay Yuyu! apat pergi playground!" Badan kucing itu dipeluk erat. Aku dan Thaqif tersenyum suka.
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfic❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...