𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 29

46 11 0
                                    

Bab ni panjang. Harap tak busyan HSHSHS

"Ya Encik?"

"Na Joohwan ada? Saya nak jumpa dia. Sekarang." Tanya Jaemin. Penyambut tetamu memandang Jaemin sambil terkebil-kebil matanya. Jaemin yang boleh dikatakan hampir semua badanya tertutup rapi berdiri di hadapannya.

"Maaf tapi Encik berdua ni siapa ya? Encik sudah buat temu janji? Kalau belum, maaf saya tak boleh sesuka hati bagi sesiapa berjumpa dengan Tuan Joohwan" pelayan tetamu itu menjawab lembut pertanyaan Jaemin. Jaemin mengeluh. Dia mahu berjumpa Joohwan. Mustahak!

Heesung yang setia di sebelah Jaemin mula melangkah ke hadapan. Tanganya diseluk ke dalam poket bagi menampakkan aura kemachoan dia lagi. Senyuman para playboy mula dia ukir di wajahnya.

"Boleh kan? Ada perkara penting yang perlu kami usulkan pada bos awak tu. Tolong beri kerjasama boleh?" Sungguh lembut Heesung memerangkap wanita itu hanya dengan senyumanya.

"Please..." Rayu Heesung. Wajahnya dibuat-buat comel seperti anak kucing. Bergetar tulang rusuk wanita itu. Tanpa berfikir panjang, mereka berdua diberi kebenaran untuk berjumpa Joohwan. Jaemin menarik nafas lega. Tak sia-sia dia upah pembantu yang parasnya seperti idol lain. Kacak!

Dua bodyguard yang setia di hadapan pintu pejabat Na Joohwan berdiri tegak dengan wajah yang dingin. Dua lelaki itu hanya merenung Jaemin serta Heesung. Heesung sudah meneguk air liur. Takut barangkali. Tanpa berlengah Jaemin pantas menyambar tombol pintu tetapi cepat ditegah bodyguard asal Mexico itu.

"Who are you?"

Jaemin sudah mengeluh. Kenapa susah sangat nak jumpa lelaki tu. Senyuman cuba Jaemin ukir.

"I'm Jaemin. And this is my PA. Let me in. I have something to discuss with your boss. It's about business" Jaemin terpaksa menipu. Dia sedar tipu itu salah, tetapi dalam keadaan ini dia terpaksa. Dia tiada pilihan. Bodyguard itu saling bercakap dengan mereka sebelum kedua-duanya mengangguk setuju.

Pintu dikuak dari luar. Joohwan bersama seorang perempuan separuh terlanjang itu terkejut apabila mereka berdua mengganggu privasi mereka. Wajah Jaemin mendatar sahaja. Heesung turut membuat muka menyampah. Dah lah tus tak sedar diri pulak tu.

Pelukan mereka terlepas. Joohwan menoleh ke arah mereka buat seketika waktu seakan terhenti. Anaknya itu! Mengapa dia berada di sini?

"Ehem" deheman Heesung menyentak keheningan tadi. Perempuan itu mengguling mata apabila aktiviti memikatnya dikacau. Lantas skirt nya yang pendek itu ditarik ke bawah sedikit lalu segera mencapai beg sebelum melangkah gedik keluar daripada pejabat Joohwan.

"Na Joohwan? Right?" Jaemin tersenyum sinis. Joohwan sudah tak tentu arah.

"Sial betul" rungut Joohwan.

"Relax pakcik. Kami datang sebab ada perkara yang hendak dibincangkan. Kalau pakcik tak beri kerjasama. Mungkin-"

"Mungkin apa?

"Mungkin kami akan report polis. Jangan ingat kami datang tanpa persediaan. Semuanya kami dah rancang. Yang perlu pakcik jawab hanya ya atau tak. Kalau kami tak puas hati dengan jawapan pakcik, sila terangkan secara detail pada kami." Terang Heesung dengan lembut walaupun terselit ketegasan dalam nadanya.

Joohwan mengeluh lemah. Apa-apa pun itu anak dia. Ayah mana sanggup menolak kemahuan seorang anak? Kan? "Sila duduk dan kamu berdua boleh mula berbincang"

Jaemin tetap memasang wajah yang dingin. Bukan dia tak tahu sebalik perwatakan lelaki ini terselit kejahilan yang disembunyikan.

"Okey can we start?"

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now