"kamu semua tau tak apa salah kamu?" Tegas Lee Sooman. Mereka ber22 tertunduk bawah. Ada yang menguis kaki. Thaqif sudah tak senang duduk. Sepatutnya dia yang kena marah, tak perlulah melibatkan yang lain. Kerana dia yang sibuk menjemput hyung-hyungnya ke Malaysia datang ke majlis perkahwinannya. Thaqif dilanda rasa bersalah.
"Maafkan kami En. Lee" tutur Thaqif lemah.
Wajah En. Lee tegang menahan marah. Masakan tidak, nama agensinya telah menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia yang menyatakan Agensi SM kekurangan modal untuk mengupah pengawal keselamatan. Ada juga yang menyatakan bahawa Agensi SM tak mementingkan keselamatan para perkerjanya yang mereka pentingkan hanyalah duit semata-mata wayang. Banyak spekulasi dan desas-desus mengatakan bahawa Agensi Sm adalah Agensi yang paling teruk dalam dunia entertainment.
"Maaf maaf. Kamu semua rasa maaf tu boleh balikkan nama agensi ini balik? Bukan sahaja negara kita yang tahu malah seluruh dunia. Kamu bayangkan seluruh dunia pandang agensi ni seperti agensi cikai yang tak mampu menjaga kebajikan pekerjanya. Kamu tau? Pelaburan Forex saya pun jatuh merundum. Ada kamu fikir? Hah?" Jerkah si Lee Sooman. Wajah bengisnya ditalakan pada mereka. Terhinjut mereka dengan jerkahan bosnya itu.
"Bagi saya alasan kukuh kenapa kamu pergi ke sana tanpa pengetahuan saya! Kemukakan alasan tepat jam 11 pagi ni. Saya nak keluar, rasa bahang berada dekat dengan kamu semua". Tanpa menunggu balasan, laju sahaja kaki Lee Sooman keluar dari ruangan pejabat itu. Mereka semua menarik nafas lega. Tetapi tidak Thaqif. Hatinya dilanda serba salah.
Taeil yang melihat wajah tak tenang Thaqif segera merapatinya. Dirangkul bahu lelaki itu seraya menenangkan dia. "Tak payah risau pasal kami semua. Yang perlu Jaemin risau tu orang rumah Jaem tu. Ha tu yang perlu dirisaukan". Tutur Taeil tenang.
"Tapi hyung. Sebab Jaemin hyung semua kena marah. Jaemin puncanya hyung".
Johnny datang sebelah Thaqif. "Don't say that Jaemin. We all your family. Kita susah bersama, senang bersama. Pasal tu jangan risau. Hyung dengan hyung yang lain akan settlekan".
"Betul tu Jaemin. Hyung, Kun, Jaehyun Yuta akan bantu Jaemin. So don't worry okey?" Taeyong memberikan semangat pada adiknya itu. Jaemin sudah dia anggap seperti adiknya. Sama seperti yang lain, memandangkan dilahirkan sebagai anak bongsu tak salah rasanya berkongsi kasih sayang pada yang lain.
Thaqif tersenyum gembira. Dia bersyukur sangat dikurniakan orang-orang yang memahami dirinya.
Pintu bilik mesyuarat di buka kasar. Dengan wajah bengis Sooman masuk ke dalam.
"Now! I want hear the reasons why you guys do that" Ujar Sooman mahukan jawapan. Memang hatinya masih lagi panas mengingatkan apa yang pekerjanya ini lakukan. Pada dia, Nct memang sengaja mahu jatuhkan nama baik agensi ini.
Taeyong mara satu langkah ke hadapan. Dia menarik nafas dalam memandang kesemua ahli Nct yang lain. Senyuman dipamirkan. "Kami ke sana hanya untuk bercuti, tenangkan fikiran".
"Adakah itu alasan yang kukuh untuk kamu nyatakan pada saya? Cuti? Kenapa kamu tak pergi guna cuti tahunan kamu? Kenapa sekarang?"
"Sebab En Sooman tak pernah bagi kami rehat. Iya memang ada cuti tahunan tertulis dalam kontrak kami, tapi kami tak pernah merasai cuti itu. Bila kami dah plan nak cuti, En Sooman call kami menyatakan ada kerja. So, bilanya kami beperluang nak merasakan cuti?" Lantang Taeyong bersuara. Iya, memang benar sejak mereka diikat dengan kontrak perjanjian pekerja, mereka tak pernah diberikan masa rehat. Tak pernah, walaupun mereka hendak menggunakan cuti insentif sakit, mahupun emergency. Mereka digunakan bak boneka hidup.
Sooman agak terkejut dengan balasan Taeyong. Bibirnya mengorak senyuman sinis. "Dah berani nak melawan saya? Kamu semua tak ingat ke kalau saya tak kutip kamu semua, pasti kamu tak jadi manusia seperti sekarang". Balas Sooman tak nak kalah. Kening dinaikkan tanda tak gentar dengan pekerjanya. Sungguh bongkak.
Jaehyun turut mara selangkah. "I think you've crossed the line Mr. Sooman. Kami pun bukannya harap sangat untuk bekerja di bawah En.Sooman. And tolong jangan samakan kami dengan binatang perliharaan Encik. Kami bukan binatang yang patut dikurung selamanya. Kami berhak lakukan sepertimana manusia yang lain lakukan".
"Yes. I agree hundred percent. Kami berhak untuk merasai kehidupan seperti manusia lain. Berhak untuk keluar menghirup udara segar". Lucas juga membahas. Sudah lama dia menahan diri untuk mengutarakan hal ini. Nampaknya hari ini, hari sesuai untuk dia menyuarakan isi hatinya.
"Wow wow. Amazing. Alright for this time, saya lepaskan kamu semua. Iyalah kempunan sangat nak bercuti kan. Tapi jangan lupa kontrak kamu ada lagi lima tahun. Kamu tetap di bawah perintah saya!" Jerkah si Sooman. Kakinya pantas di bawa keluar dari bilik mesyuarat ini. Panas hatinya. Iya dia juga sudah termati kata hendak melawan mereka. Sudahnya, dia memutuskan untuk mengakhiri pertelingkahan ini dengan keluar dari bilik.
Semua ahli Nct mendekat ke arah Thaqif. Pelukan hangat beramai-ramai.
"Guys we did it!"
"Yes! We did it!!"
Berlinang air mata Thaqif. Terharu dia kerana mereka tetap bersamanya susah senang. Bagaikan ada pertalian darah. Begitulah kuatnya tali persaudaraan mereka.
"Terima kasih semua".
"Anything for our brother"
.......
Telinga aku menangkap bunyi loceng ditekan. Bergegas aku keluar. Tahulah Encik suami dah balik. Aku capai beg dia. Lalu kami duduk di kerusi yang terletak di ruang tamu.
"Abang okey hari ni?" Tanya aku. Dari tadi aku menilik wajahnya. Seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan.
Dia memanggung kepala menghadap aku sambil bibirnya mengoyak senyuman manis. "Abang okey je. Cuma tu lah penat sikit". Tipu Thaqif. Dia bukannya apa, cuma dia tak sanggup melihat wajah risau Suffi. Pada dia, biar dia sendiri yang menanggung keperitan hidup. Tapi jangan isterinya.
"Abang nak Suffi urut? Sekurang-kurangnya abang tak sakit sangat" tangan aku terus dilarikan pada bahu Thaqif. Belum sentuh lagi, Thaqif menangkap tanganku lalu diletakkan pada jantungnya. Dapat aku rasakan degupan jantung dia.
"No sayang. Abang kahwin dengan sayang bukan untuk jadikan sayang ni hamba abang. Tahu tak segala penat lelah yang abang rasa terus hilang bila tengok wajah bidadari abang seorang ni". Ujarnya dengan nada suara yang lembut. Wajahku kian memerah.
"Ha merah merah tu kenapa? Blushing ke?"
"Ish mana ada lah!" Nafiku. Memang tak lah nak mengaku.
"Alololo sini peluk" Thaqif menarik aku dalam pelukkannya. Kening aku dikucupnya sekilas.
Aku menolak sedikit tubuhnya. "Ish abang ni. Abang pergi mandi dulu, lepastu turun bawah kita makan". Tutur aku. Dia membuat muka cemberut. Ingat comel ke?
"Tak payah merajuklah Abang. Suffi tak nak pujuk pun". Sengaja aku kata begitu mahu melihat reaksinya. Lagi bertambah cemberut wajahnya adalah. Aish geram pulak tengok.
"Dah shuh shuh pergi mandi busuk". Halau aku. Dia dengan wajah kesian berjalan lemah-longlai ke arah lif rumahnya.
'Hm lepas kahwin makin manja pulak' getus hatiku.
ily♡
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfic❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...