𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 34

47 12 1
                                    

Tangan aku ligat memuntal hujung baju. Debaran makin dirasai. Bilik tidurku dihias secantik boleh dengan pelbagai bungai serta wangian. Aku mundar-mandir di dalam bilik. Mengingatkan diri ini yang sudah berkali-kali didatangi keluarga lelaki untuk mempersuntingkan aku. Dan berkali-kali juga aku menolak.

Tok tok tok

Terus sahaja aku memalingkan muka ke pintu bilik yang terbuka luas oleh mak. Senyuman aku nyata dibuat-buat.

"Assalammualaikum Suffi" ucap perempuan yang mungkin sebaya dengan mak. Aku mengangguk sedikit lalu menjawab salam dengan perlahan. Tubuh tua itu datang ke arah aku yang sedang duduk di atas katil.

Makcik Rohaya mengambil tempat di sebelah aku. Mak yang berada dibelakang tidak lekang dengan senyuman di wajah. Wajah aku dibelai lembut oleh Makcik Rohaya. "Cantik bakal menantu ibu" aku sekadar tersenyum tawar mendengarnya. Dia menyuruh aku menghulurkan tangan. Dengan terpaksanya aku menghulurkan tangan.

"Alhamdulillah" ucap mak dan makcik Rohaya serentak. Aku masih lagi ragu-ragu hendak menerima cincin pertunangan ini. Hati ini masih ragu untuk menerima lelaki yang ingin mempersuntingkan aku. Tanpa sedar aku mengeluh.

••••

Azan maghrib mula berkumandang. Tandanya untuk berbuka. Macam biasa hanya aku, mak, abah serta angah sahaja yang berada dalam rumah. Semuanya sedang menikmati makanan. Tetapi aku sekadar bermain dengan nasi. Tidak selera untuk makan. Sudahnya aku termenung.

Kunyahan mak terhenti taktakala pandangannya teralih pada aku yang sedang termenung menghadap nasi. "Suffi.. kenapa tak makan tu?" Tanya mak. Aku menarik senyuman nipis lalu mula memasukkan makanan dalam mulut. Angah hanya memperhatikan aku dari tadi.

Hari ini aku tidak ke masjid untuk solat taraweh berjemaah. Hanya dilakukan di rumah sahaja. Usai selesai solat aku sengaja duduk di pangkin luar memerhati banyaknya bintang yang berterabur indah di langit malam. Tanpa sedar aku mengulum senyuman.

Fikiran aku kala ini kosong. Biasanya orang yang kena merisik ni gembira, senang kerana mereka akan tamatkan masa bujangnya dengan orang tersayang dan akan mengakhirinya dengan perkawinan yang bahagia. Tetapi tidak berlaku pada aku. Tiada secubit perasaan pun hinggap dalam lubuk hati aku. Adakah aku heartless? Aku mengeluh.

Dari jauh terlihat mak abah dan angah yang sedang berjalan pulang ke rumah. Aku terus menerpa mereka. "Mak! Abah!" Jerit aku kegirangan. Lantas tubuh tua mereka aku peluk. Angah di sebelah mencebik melihat aku.

"Tak nak peluk aku jugak ke?" Tanya Angah. Mukanya jangan kata lah. Muka orang merajuk.

"Tak nak! Angah busuk!!" Kuat aku menyuarakan fakta yang auta. Eh? Aku mengangkat kening sebelah memandang Angah sambil tersenyum mengejek. Malu lah tu.

Angah menapak ke arah aku. Pantas aku bersembunyi di belakang Mak. Lengan aku ditarik kuat Angah dan aku terus terusan meronta. Biasalah, nak dibandingkan tenaga perempuan dengan lelaki sudah tentu lelaki yang menang. Dan akhirnya Angah menarik aku lalu dia mengunci aku di bawah ketiaknya.

"Bau masam lah Angah! Lepaskan adik!" Aku menutup hidung dengan sebelah tangan. Manakala sebelah tangan lagi aku memukul Angah minta dilepaskan. Lagi aku meronta, lagi kuat Angah mengunci aku. Aku redha dengan bauan yang harum semerbak.

"Mak, Abah. Tolong Suffi!" Seakan sia-sia sahaja jeritan pertolongan aku. Mak abah meninggalkan kami. Sempat lagi mereka ketawa. Pasrah aja lah cium bau tiak Angah ni. Lepas beberapa minit, Angah lepaskan aku. Nampak macam aku dah nak lemas dengan bau masyem dia baru nak lepaskan. Hurm

Aku tinggalkan Angah di belakang dan kembali lagi ke pangkin luar rumah. Duduk bersila melihat langit yang gelap. Hati aku masih gelisah. Cincin di jari manis aku main-mainkan. Mungkinkah ini akan jadi pengakhiran aku? Berkahwin dengan orang yang aku tak cintai? Padahal perkahwinan terjadi adalah apabila dua insan yang saling mencintai, melengkapi satu sama lain dan akan membina masjid bersama dengan perasaan yang sama. Aku? Entahlah.

"Suffi" Angah menyeru aku. Dia yang masih berjubah putih datang menghampiri aku dan duduk di sebelah aku. Aku hanya membiarkan sahaja. "Kenapa kau tak tolak lamaran lelaki tu?" Tanya Angah. Matanya memandang tepat ke arah bola mata aku.

Tersenyum aku mendengarnya. "Kenapa aku perlu tolak?"

Dia mengangguk. "Iyalah. Lima orang masuk minang kau. Lima lima tu juga kau tolak. Tapi ni kenapa kau tak tolak? Angah betul betul ingin tahu mengapa aku tak menolak lamaran kali ini. Aku menghela nafas perlahan.

"Entah lah ngah. Aku pun dah penat sebenarnya asyik nak tolak lamaran orang. Kali ni biarlah aku terima. Kalau betul dia jodoh aku, aku lari ke mana pun. Dia tetap jodoh aku" Tutur aku. Angah menarik tapak tangan aku lalu dia menggenggam erat kedua tapak tangan aku. Genggaman tangannya membuatkan aku sedikit selesa. Iyalah, cuaca di luar ditambah lagi dengan malam memang lah sejuk.

"Adik. Aku bukan apa lah. Aku nak yang terbaik untuk kau. Kau tu satu-satunya adik aku. Aku membesar dengan kau, aku tau semua keperitan yang kau lalui. Tolong lah kali ni je. Fikir tentang diri kau. Hati aku sakit bila tengok kau menangis. Kau berhak bahagia dik. Sebab apa? Sebab hidup ni sekali je. Kalau kau tak cipta kenangan manis hari ni, bila lagi kau dapat ciptakannya?" Pernyataan Angah menyentak aku. Kenyataan memang pahit untuk aku terima apalagi ditambah dengan keadaan kesihatan aku yang semakin merosot. Entah lah. Hanya berserah pada Allah.

"Kalau kau tak suka dia. Bagi tahu aku dik. Nanti aku cuba cakap dengan mak abah. Jujur dengan diri kau." Sambungnya lagi. Aku memandang mata Angah. Jujur aku kata aku masih lagi ragu-ragu tapi bukan bermaksud aku tak setuju. Aku sendiri tak tahu apa yang hati ini mahu.

"Doakan Suffi ngah. Semoga pilihan Suffi tak salah".

"Istikharah. Buat solat istikharah dik. Moga Allah tunjuk mana yang terbaik untuk adik".

••••

Haechan, Jisung dan Chenle di dalam gereja untuk melihat sepasang kekasih yang sedang melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Di sudut lain, Jaemin dan Renjun duduk di bawah pohon yang serdahana besar di luar sambil menikmati angin yang menampar lembut wajah mereka.

Kedua-dua mereka tidak bersuara tetapi bibir basah dek kerana sentiasa berzikir. Jari mereka tak henti-henti menolak batu tasbih satu demi satu. Masing-masing hanyut dalam perasaan sendiri. Memuji nama Allah, berselawat tidak henti-henti. Siapa sahaja yang tidak cemburu melihat dua mualaf ini? Sedangkan yang muslim sejak lahir pun belum tentu dapat melakukan ibadah seperti mereka.

Zikir Renjun terhenti. Wajahnya dialihkan menghadap Jaemin di sebelahnya. "Jaem! Kau masuk agama Islam ni kerana apa? Adakah kerana kau suka Suffi. Disebabkan dia Islam kau pun convert to Islam?" Tanya Renjun. Sudah lama dia ingin bertanya adakah disebabkan wanita yang dia cintai, menjadikan dia ingin memeluk Islam?

Jari yang menolak tasbih tadi terhenti. Dia memalingkan wajah ke kiri melihat Renjun. Entah macam mana soalan ini boleh terpacul pada bibir Renjun. Hujung bibir dinaikkan. "50-50. Aku kenal Islam disebabkan dia. Dia tarik aku untuk minat pada Islam. Selebihnya aku cari tahu dari kau, Ustaz Jihoon dan kajian yang aku dapat". Renjun hanya mengangguk mendengarnya.

"Aku tau kau cintakan Suffi. Kau tak nak lamar dia?"

Jaemin menarik nafas lemah. Mengingatkan surat yang terakhir dia beri pada Suffi buatkan dia sedar siapa diri dia. "Dia tak bagi kata putus. Lagipun aku sedar aku ni fakir ilmu. Ilmu yang ada di dada aku tak cukup untuk aku halalkan dia. Untuk sementara waktu, aku cuma nak dekatkan diri pada Allah. Tentang Suffi. Kalau Allah berkehendak adalah rezeki. Kalau tiada, aku yakin Suffi akan dapat lelaki yang lebih layak untuk jadi imam dia".

"Dengan kisah Zulaika yang mengejar cinta Yusuf, dia tidak mendapatkan Yusuf sama sekali. Apabila dia mengejar cinta Allah. Allah titipkan Yusuf untuk Zulaika. Dan aku percaya itu. Cinta Allah kekal abadi sedangkan cinta manusia akan mati". Jaemin tersenyum di hujung ayatnya. Zikir yang terhenti disambung balik. Jauh dalam akal Renjun, dia tak menyangka dengan ucapan Jaemin tadi. Dia turut berbangga dengan sikap matang Jaemin. Renjun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya itu.

••••

"Assalammualaikum"

"Iqram. Tentang lamaran awak. Saya minta maaf. Saya, awak, kita putus. Maafkan saya"
















Tbc




Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now