Dia tekun memerhatikan sabun basuh baju itu. Aku yang berada di belakang dia melihat dia dengan perasaan yang sungguh menghairankan.
"Dah dekat lima minit kau buang masa je buka tutup penutup tu.." ujar aku setelah sekalian lamanya dibelakang lelaki ini.
"Tch aku tengah pilih lah ni. Sabar boleh tak?" Balasnya. Aku menyilangkan kedua tanganku sambil mendecit. Geram melihat dia yang terhegeh-hegeh. Aku segera mengambil botol sabun breeze warna merah lalu meletakkannya dalam troli.
"Hoi yang kau main ambil tu asal?"
"Siapa suruh kau lambat sangat. Macam kura-kura".
"Aku lambat pun sebab tengah bandingkan kandungan dalam dia. Kalau kot kot ada benda bahaya nanti kang rosak baju aku". Ujarnya sambil tanganya hendak mengambil balik botol sabun yang aku letak tadi.
Segera aku menahan. "Kalau ada benda bahaya dia tak jual dekat sini Encik Na..." Aku menepis tangannya yang hendak mengangkat botol sabun itu.
Jaemin mencebik. Lantas dia berjalan meninggalkan aku dibelakang dengan troli ini. Sudahlah aku pendek, boleh pulak troli ni tinggi. Siapa design dia ni? Tak kesian ke dekat orang pendek?
Kami berjalan ke arah tempat letaknya handkerchief . Lagi sekali dia membelek-belek sapu tangan itu. Aku membuat muka malas. Setengah jam berlalu. Tapi kami masih berada di bahagian handkerchief . "Tch dia ni memang mencabar kesabaran betul".
"Kau rasa mana yang bagus? Yang kain cotton ni ke kain baldu?" Tanya dia sambil fokus memerhatikan dua jenis sapu tangan itu.
Aku malas mahu melayan. "Hurm pilih je lah apa-apa". Lantas aku keluarkan handpone dari poket seluar ku. Aplikasi instagram aku buka. Membosankan.
"Palli pilih. Aku tak tau nak pilih yang mana ni.." Ujarnya. Aku merengus geram. Segera aku mencapai sapu tangan cotton lalu mencampakkanya dalam troli. Tak lupa aku turut menghadiahkan jelingan maut kepadanya.
"Kau pilih kain jenis cotton ke?"
"Ye lah. Setakat nak lap hingus kau tu buat apa nak beli kain baldu tu. Dah lah mahal. Lain lah hingus kau tu emas.." aku melangkah meninggalkan dia yang terpinga-pinga memandang aku. I know I'm queen...
"Weyh! Tapi kalau kain baldu tu selesa sikit..." Aku menghiraukan dia yang sedang mengejarku dengan trolu di belakang.
"Yah Suffi. Aku rasa patut ambil yang kain baldu tu lah.."
"Suffi kau dengar tak?"
"Yah Suffi!" Dia meneriak nama ku. Orang yang berada disekitar itu melihat kami kehairanan. Aku membalikkan tubuh ku menghadap dia.
"Hingus kau kan? Pilih lah sendiri. Asal pulak aku?" Aku mendecit. Dia lantas meninggalkan aku dengan troli dan patah balik untuk menukar handkerchief itu. Nampak tak kedegilan seorang Na Jaemin.
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfiction❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...