𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 24

61 17 3
                                    

Pejam celik, pejam celik sudah sebulan aku kembali ke Korea. Waktu aku disini pun hanya tinggal beberapa minggu sebelum pengajian aku di sini tamat.

Dan segala apa yang telah aku lalui disini akan menjadi kenangan serta memori bagaimana aku boleh berada di tahap ini. Abang angkat yang dahulunya sentiasa dingin, jarang senyum kini sudah menjadi sahabat baikku. Malahan si dia menawarkan diri untuk mengikuti kelas Agama Islam.

Omma, halmeoni? Dah lama tak dengar khabar mereka kan? Yup makin hari makin bertambah usia mereka. Halmeoni dilarang oleh Jaemin untuk melakukan kerja-kerja berat demi kesihatanya. Omma pula sudah berjaya membuka lebih daripada tiga cawangan butik. Alhamdulillah everything went smoothly.

Tentang Jeno sahabat Jaemin. Masih tiada tanda-tanda hubugan itu kembali jernih. Mungkin selepas aku pergi melutut menghadap dia meminta maaf atau selepas aku pergi meninggalkan kota ini , mereka akan berbaik? Siapa tahu kan?

"Pemilik nombor 8013. Diminta ke bilik nombor 8"

Kertas ditangan aku lipat sedikit dan mula bangun melangkah ke bilik 8. Pintu aku kuak dari luar. Senyuman lelaki yang usianya 20 an dituju ke arah aku.

"Hai Suffi? How was your days? Lelaki yang memakai uniform khas doktor itu tersenyum manis ke arah aku. Doktor Kim Namjoon.

"So far I'm okay" tempat dihadapannya aku ambil. Rekod kesihatan aku dihulurkan pada doktor itu.

"Ready?"

"Yes. I'm ready" usai aku mengangguk mengiyakan, seorang jururawat menghampiri ku lalu mengeluarkan picagari untuk disuntik di bahu belah kanan. Sakit? Dah biasa. Bak kata orang 'alah bisa tegal biasa'.

"Cik Suffi sila tunggu sebentar ya untuk kami memeriksa kandungan darah cik." ujar jururawat tersebut dengan senyuman masih terbentuk di wajahnya. Senyumannya aku balas. Dua minit berlalu akhirnya keputusan darah keluar.

"Macam mana keadaan saya doktor?" Tangan aku satukan mengharapakan jawapan positif dari doktor.

Keluhan berat dilepaskan oleh Doktor Kim Namjoon. Senyuman palsu menghiasi wajahku. Sudah ku duga dari awal.

"Mengikut statistik rekod kesihatan Cik, tiada tanda-tanda penyakit yang Cik alami ini akan sembuh. Kanser yang bertapak dalam badan Cik sudah merebak hampir 70% ." Peneranganya dijeda. Nafas diambil dalam. "Cik ada lebih kurang 5 tahun untuk bertahan"

Ha? Kejap? Adakah benar apa yang dikatakan tadi? 5 tahun? Ya Allah dugaan apa ini? Allahu

Hatiku cuba digagahkan sekuat-kuatnya. Menahan tangis daripada terhambus keluar. "Tiada cara untuk mengubatinya lagi?" Tanya aku. Hatiku berdetak laju. Ya Allah aku takut andai kata aku terpaksa meninggalkan mak abah aku.

"Ada. Tapi kos untuk biaya perubatan itu tinggi. Kalau Cik mahu saya akan maklumkan pada pihak yang berkenaan." Tutur Doktor Kim lembut. Keluhan berat aku lepaskan. Bukan bermaksud tak mahu tapi aku tahu aku takkan mampu sedangkan hanya aku sahaja yang tahu tentang sakit yang selama ini aku tanggung. Tak mahu mereka sedih mahupun risau. Aku terpaksa.

"Erm, tak mengapalah. Kalau rezeki saya panjang umur Alhamdulillah. Kalau rezeki saya tak panjang saya redha dengan ketentuannya" tutur aku sambil tersenyum palsu. Doktor Kim mengangguk faham. Allah sebaik-baik perancang.

.......

"Hai buat apa tu?"

"Tangkap kerbau" balas Jaemin. Aku mencibik perlahan. Orang tanya elok-elok tau masalahnya. Sengaja je cari fasal.

"Jaemin..."

Dia masih lagi duduk mencangkung menghadap kolam ikan sambil tanganya sibuk memberi ikan makan. Aku mengeluh perlahan.

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now