𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 19

51 18 9
                                    

"Hai pakcik!" Laung Bomin kuat. Terkejut pakcik tu yang sedang sibuk menjahit jalanya di bawah rumah. Pagi yang sungguh indah.

"Astaghfirullah hal azim. Ish kamu ni. Nasib baik Pakcik tak ada sakit jantung tau" tutur ayah Suffi. Dadanya diurut-urut. Bomin tersengih tak bersalah. Dasar anak kambeng ini orang.

"Pakcik buat apa tu?" Tanya bomin. Bomin mengambil tempat di hadapan pakcik sambil tanganya meraba-raba jala ikan.

"Pakcik tengah masak ni". Balas Pak Mail selamba. Bomin membuat muka cemberut. Dia membelakangi Pak Mail.

"Hmm bomin tak syuka pakcik" ujar bomin. Muncungnya dipanjangkan seperti tikus.

"Kamu kemari ni ada apa?" Tanya Pak Mail sengaja mengambil hati si Bomin kembali. Tak tau pula budak ni kuat sentap.

Spontan Bomin memandang balik wajah tua pak mail. Dia tersengih seperti kerang busuk. Dahi Pak Mail berkerut hairan.

"Shhhh"

Pak Mail terpinga-pinga dengan tindakan Bomin yang sedang meletakkan jari telunjuknya betul-betul di bibirnya. Mata bomin melilau ke kiri kanan. Entah apa dia cari dah macam penyangak dah.

"pakcik sorang je ke?"

Tiga minit tiada jawapan. Bomin memandang pak Mail. Serta merta dia tersegih tersipu malu. Lambat-lambat dia turunkan jarinya yang melekat di bibir pak mail tadi. Sebab tu senyap je.

"Hehehe sorry pakcik tak perasan pula". Bomin memandang lama jarinya sebelum menepuk tanganya.

"Ish awak ni tangan. Tak baik buat macam tu" sambungnya lagi.

Pak Mail sudah tercengang. Kesian muda-muda dah macam ni... Pak Mail sekadar menggeleng melihat tingkah bomin yang seperti orang terlepas daripada hospital tanjung rambutan.

"Saya bosan lah pakcik..." Rungut Bomin. Kepalanya menunduk bawah. Pak Mail terkekeh perlahan melihat tingkah Bomin.

"Haih kamu ni". Pak Mail meneruskan kembali perbuatanya. Serta merta dia mengalihkan pandangannya ke Bomin kembali. "Lah kamu pandai bahasa Melayu ke?" Tanya Pak Mail terkejut.

"Hehehe. Saya dah lama tinggal dekat Malaysia lah Pakcik." Tutur Bomin kembali. Pak Mail mengangguk faham. Padanlah lancar benau bahasa Melayu dia.

Pak Mail mengalihkan jalanya kesebelah. "Ni kamu ni. Tengah hari nanti datang lah rumah pakcik. Makan tengah hari" pelawa Pak Mail mendapat tepukan gemuruh dari manusia pelik di sebelahnya.

"Jinjayo? Omo ahjussi! Kamsahabnida" tutur Bomin semangat. Dia menunduk beberapa kali ke arah Pak Mail. Pak Mail yang sememangnya tak faham apa budak ni kata hanya mengangguk 'blur'.

Bomin berura-ura mahu keluar dari bawah rumah Pak Mail. Selipar disarungkan pada kaki. Langkahnya diberhentikan. "Pak cik!" Jerit Bomin. Walaupun jarak antara dia demgan pakcik boleh dikatakan hanya lima langkah. Pak Mail mengurut dadanya terkejut dengan jeritan bomin.

"Pakcik! Saya ajak kawan saya boleh tak?" Tanya Bomin. Tapak tanganya dicantumkan dengan sparkling eyes nya memandang Pak Mail mengharapkan jawapan yang positif. Dan akhirnya Pak Mail menganggukkan kepalanya tanda setuju.

........

"Baby!"

"Babyy where are you! Daddy miss you!"

Jaemin yang sedang sibuk membasuh bajunya dibelakang segera ke hadapan mencari arah punca suara tadi. Kelibat Bomin yang sedang menonggeng di sebelah kerusi rotan aku pandang aneh.

"Apa bising bising ni?" Tanya aku. Kening berkerut hairan. Baldi di tangan aku letak di lantai.

"Baby! There you are! I almost die huaa. Aku ingat kau dah kena sorok dengan hantu bo*bs" Bomin mendapatkan aku yang masih terpinga-pinga. Tanganya melingkari leher aku. Cecair peluh aku dilap lembut oleh dia.

"lah hantu mana pulak kau cakap ni!"

Tangan Bomin masih lagi melingkari di bahagian leher aku. Pandangan aku dialihkan ke Bomin. Seketika mata kami saling bertaut.

"Ala takkan tak tau hantu bo*bs tu! " Dia menepuk lembut dada bidang aku. Aku memandang dia tak percaya. Nasib bukan dekat situ.

"Eh jadah kau. Apa kau buat ni?" Badan Bomin ditolak kasar aku. Punggungnya jatuh menghempap lantai. Dia menggaru punggungnya sedikit menahan sakit. Degupan jantung aku kembali normal. Kau tau tak aku seram!

"Aduh" Anja ni suka buat daddy macam ni" adu dia. Bibir bawah dijuihkan. Aku menatap benci ke arah dia. Baldi yang ada dilantai tadi aku capai dan mula bergerak keluar rumah.

Bomin mengejar aku dari belakang. "Alololo... Bomin main-main je tadi. Jangan merajuk dengan bomin tau. Bomin minta maaf" dia mulutut dihadapan aku dengan air matanya laju mengalir. Aku memandang dia sayu.

Kesian anak syurga..

"Yelah aku maafkan kau". Tutur aku datar. Dia kembali berdiri. "sekali lagi kau buat macam tu. Aku bagi tau abang kau suruh angkut kau balik Korea" Ujar aku sebelum mula bergerak keluar menyidai baju.

"Okey okey aku tak buat"

Funfact. Bomin tak takut benda lain termasuk bukan benda. Kecuali satu je. Abang dia.

......

"Pakcik oh pakcik!" Laung Bomin dari luar. Bahu Bomin ditepuk kuat sebelum dia menjeling ke arah Jaemin yang menatap dia dengan tatapan maut.

"Behave bunguk!"

Seseorang berjalan ke arah pintu memandang pelik dua ekor manusia yang sedang bergaduh.

"Yow relax bro. Nak gaduh bukan depan rumah aku" Iskandar turun ke bawah menarik Bomin yang sedang menarik-narik baju Jaemin seperti orang gila. Jaemin hanya mencebik. Menyampah dengan perangai tak matang Bomin.

Bomin yang masih meronta minta dilepaskan melayangkan satu tamparan lembut ke arah pipi Iskandar. Iskandar terkaku.

"K-kau tampar aku?"

"Ouh sorry aku ingat kau Jaemin"

Bomin menolak muka Iskandar ke tepi. Lagi sekali Iskandar terkaku. Kene lempang kena tolak? Double kill. Budak jambu ni memang nak kena. Pipi belah kanan dia usap perlahan.

"Aaaaa aaa sakit. Jaemin oppa tolong titew!" Pinta Bomin. Rambutnya ditarik kebelakang menyebabkan badanya turut membengkok kebawah. Jaemin hanya tertawa sinis. Iskandar turut tersenyum senang.

"Ya Allah, Ya rabbi! Kamu semua ni dah kenapa? Angah nape ni? Tetamu tu. Tak baik buat macam tu" Tegur Pak Mail di sebalik pintu. Dia tercengang melihat keadaan yang sekarang. Lengan Bomin ditarik Pak Mail. Rambut yang sedikit serabai dibetulkan balik.

"Dah dah. Jangan gaduh. Mari masuk. Iskandar, abah belum habis dengan kamu". Ujar Pak Mail sebelum membawa masuk Bomin. Sempat Bomin menjelirkan lidah ke arah mereka berdua.

"Anak pungut memang selalu dimanjakan" tutur Iskandar perlahan seakan berbisik. Mereka berdua mula membuntuti Pak Mail ke dalam.

.....

"Mak ramai sangat ke tetamunya?" Tanya aku yang tangan masih ligat mengelap pinggan-pinggan di dapur.

"Entah lah. Ramai lah kot. Tetamu abah dengan Farish je tak silap". Balas ibu. Aku meng'o' kan sahaja.

Udang sambal, kangkung masak belacan, ayam masal lemak cili padi siap dituang ke dalam bekas. Aku menarik nafas lega. Pinggang aku hampir tercabut. Huhuhu

"Dah jom tolong mak bawak semua ni dekat meja makan atas" Tegur mak. Aku segera mengangkat mangkuk-mangkuk ke atas. Disusun atas meja, sudu pinggan. Cek. Okey semua cukup. Aku kembali ke dapur untuk mengambil tudung sementara abah memanggil tetamu masuk.

"Assalammualaikum Ayang... Tetamu dah sampai ni" ucap Abah. Mereka melayan tetamu dihadapan. Setelah tudung siap dipakai aku mula mendaki tangga ke meja makan hadapan.

Mata aku terpandang figura seseorang yang amat aku kenali. Mata kami saling bertembung. Aku menekup mulut tak percaya.

"Jaemin shi?








Sorry. Huhuhu. Lambat update. Ni semua salah homework dowh :^)
Lusa dah pdpr weyh HAHAHAH ;)




Tbc ❤️🌹


Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now