𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 47

67 10 0
                                    

"Sayang tahan. Sikit aja lagi. You can do it". Ujarnya tanpa henti memberikan aku semangat untuk tetap bertahan bertarung nyawa melahirkan seorang putera daripada rahim aku.

Tangannya aku gengam kuat. Aku tak kuat. Ya Allah. Tak berhenti aku ucap Allah. "S-sakit abang!". Peluh aku sudah mencurah-curah. Wajahku aku merah semerah-merahnya. Thaqif yang berada di sisi aku turut menjatuhkan air matanya.

"Doktor! Bukaan dah mencapai 8cm". Tutur pembantu doktor bidan itu. Doktor itu sekadar mengangguk.

"Puan. Sikit aja lagi. Push puan! Kami sudah nampak kepalanya". Kata Doktor itu. Aku cuba untuk meneran lagi semampu boleh. Genggaman tangan Thaqif tak sesekali aku lepaskan malah aku kuatkan lagi genggamannya.

"Ya Allah! Sakit!!!" Teriak aku sakit. Nafas aku sudah tersekat-sekat. Tangan Thaqif naik ke atas kepala aku. Dia belai kepala aku lembut. Dapat aku saksikam matanya berkaca.

"Push sayang. You almost there. Keep it up. Remember our baby sayang". Suaranya lembut. Tanganya tetap membelai kepala aku, manakala satu lagi menggenggam tangan aku. Aku mengangguk. Aku cuba meneran sekuat hati. Demi anak aku. Aku tak boleh lemah.

"Ahhhhh". Jerit aku.

Bilik bersalin yang tadinya dipenuhi dengan suara jeritan aku kini bertukar kepada suara bayi menangis. Aku tercungap-cungap mencari nafas. Lelah aku tadi hilang serta merta apabila wajah seorang bayi yang suci itu menghiasi pemandangan aku.

"Sayang.. " lirihnya perlahan. Bibirnya hinggap di dahi aku. "Thank you" sambungnya lagi. Aku tersenyum kecil.

Bayi kecil yang seberat 3.7 kilo aku tatap. Mukanya ada iras Thaqif. Kening lebat, hidung mancung. Mata nya pula ikut aku bulat dan lesung pipit terletak cantik di pipinya belah kiri.

"Handsome nya" ujar aku perlahan. Jari aku naik menyentuh hidung si kecil. Si kecil tadi menggeliat sikit buat kan aku tergelak.

"He look handsome just like his daddy". Kata Thaqif. Dia bermain dengan jari kecil bayi ini. Aku memandang mukanya tak percaya. Tak habis-habis perasan. Sabar je lah anakku ada bapak macam gini.

Jaemin naik menatap kedua-dua bola mata aku redup. "thank you again sayang. Sanggup bertarung nyawa melahirkan anak abang. Abang tak boleh bayangkan kalau sayang tiada di sisi abang. Abang mungkin tak mampu untuk teruskan hidup. Kerana sayang, separuh daripada nyawa abang". Dia kucup dahi aku lama.

"You are so strong , and i can't imagine being as strong as you are. You are all the things that are right and good in the world. You are an angel to me , and i'm thankful for having you in my life. Please stay with me sayang?" Dia menganggam tangan aku ingin mendengar balasan daripada aku. Sungguh aku beruntung kerana dia suami aku. Sentiasa ada dengan aku ketika aku susah dan senang.

"Insyallah".

Thaqif ambil bayi itu lalu diazankan di tepi telinganya. Tenang aku dengar laungan azan yang bergema di bilik ini. Tanpa sedar, bibirku menguntum senyuman.

..........

Hari ini kami pulang ke rumah Omma dan Halmeoni. Thaqif yang suruh. Katanya dia risau untuk tinggalkan aku seorang diri bersama baby ini. Segala barang bayi dia angkut bawa masuk bilik. Aku serta baby serta omma dan halmeoni sedang berada di ruang tamu bawah.

Bayi dibaringkan atas tilam kecil. Aku tersenyum kecil.

"Suffi dah ada nama untuk baby?" Tanya Omma aku menggeleng sebagai tanda menjawab pertanyaannya tadi.

Thaqif datang mengampiri kami dan duduk di sebelah aku. "Nana dah ada nama?" Thaqif mengangguk sekejap.

"Dah tapi tak tahu lah kalau Suffi berkenan". Ujarnya selamba. Dia kembali bermain dengan bayi yang sudah lena dibuai mimpi.

Aku menyentuh peha nya. "Apa nama tu?" Tanya aku penuh berminat.

"Ahmad Hayyan Isyraq Na" Tuturnya. Aku tergamam. Sedapnya nama. Pandai dia cari.

"What's the meaning?"

Dia mula tersenyum bangga. Tu belum aku puji depan-depan. Mau dia kembang semangkuk. "Yang hidup pemberi sinar. Hayyan bermaksud hidup, isyraq bermaksud pemberi sinar". Tuturnya dengan sengihan. Kening diangkat. Kan dah cakap kuat perasan. "So sayang suka tak nama tu?".

Lama berdiam diri. Aku mengangguk akhirnya. "Boleh lah. Suffi suka". Aku juga tersenyum. "Assalammualaikum Ahmad Hayyan Isyraq Na". Aku berbisik di telinga dia. Tanganya menggeliat sikit. Aku tersenyum dengan respons si kecil ini.

"Eh dia suka lah nama tu!"

"Tengok lah siapa Daddy dia".

Aku menjeling dia. Omma dan Halmeoni menggeleng melihat telatah kami. Ada ada aja. Dah ada anak pun, perangai tetap tak berubah.

Loceng rumah berbunyi banyak kali. Kami berpandangan. Thaqif bangun untuk membuka pintu.

"Ha bukak pun. Assalammualaikum adik ipar. Mana anak sedara aku yang comel macam pak ngah dia tu?" Angah berkata. Terus dia masuk ke rumah. Thaqif sudah terpinga-pinga. Seriously this jantan?

"Assalammualaikum Thaqif. Maaflah adik Along sorang tu langsung tak behave". Ujar Along di belakang. Thaqif mengangguk. Sampai sahaja berita yang aku selamat melahirkan anak lelaki, terus sahaja Along dan keluarganya serta Angah terbang ke Korea semata-mata nak lihat anakku.

"Tak apa Along. Biasalah tu teruja". Mereka ketawa. Anak-anak along di belakang sudah membuat muka masam.

"Papa nak tengok baby!" Syakir bersuara. Terus Kak Safa menepuk perlahan tangannya.

"Ish budak ni. Tak menyabor betul". Kak Safa ketawa perlahan. Dia melihat wajah anak-anaknya itu. Sungguh teruja apabila diberi tahu yang mak su nya itu sudah ada baby".

"Eh Along, Kak Safa masuk masuk. Suffi ada dekat dalam". Thaqif menjemput mereka masuk. Baru sahaja hendak menutup pintu, terdengar pula suara manusia.

Mereka terus berlari masuk ke dalam pagar rumah Thaqif. Terbeliak mata Thaqif melihat member-membernya di sini. Jeno pon ada! Jeno datang bersama anaknya dan isterinya.

"Tak nak jemput kita orang masuk ke?" Pertanyaan Ten menghentak lamunan Thaqif.

"Ha masuk masuk. Kenapa korang semua tak bagi tahu nak datang?"

"Sengaja nak buat suprise" ujar Lucas. Thaqif mengangguk tergelak.

Mereka semua berkumpul di ruang tamu rumah agam Na. Riuh rendah dengan suara mereka yabg bergelak tawa. Tak tambah lagi dengan suara bayi menangis, anak along yang menjerit tak tentu pasal. Dah macam pasar borong.

Si kembar sibuk bermain dengan pakcik pakcik nct. Entah berapa kali lah aku dengar si dolfin seekor tu ketawa.

Syakir pula sedang bermain dengan pakcik Taeil dan Jungwoo. Berborak tentang Dinasour. Biasalah budak lelaki. Dinasour je lah yang dia dok sibuk pikir. Ada sekali tu dia kata "selalu lepas solat dengan papa, Syakir doa harap Dinasour hidup balik". Terkedu aku dengar ayat dia. Kalau betul-betul Dinasour tu hidup. Aku tak rasa dunia ni ada penghuninya.

Thaqif pula sibuk melayan karenah si kembar. Aku tergelak melihat telatah Syira yang tak habis-habis tarik rambut Jaehyun. Di panjat bahu manusia-manusia sana. Agresif betul. Seram aku kalau anak aku macam Syira. Mau aku yang jadi tarzan.

Sungguh aku gembira dengan kehadiran mereka ke sini. Suasana yang riuh rendah. Kalau arwah mak dan abah masih hidup, mesti mereka orang yang paling bahagia. "Mak abah~ cucu mak dan abah lelaki. Dia comel sangat ikut muka ayahnya. Nanti kita jumpa di syurga ya mak". Batin aku berkata. Pandangan aku halakan pada anak aku yang sedang tertidur pulas. Putih bersih wajahnya. Suci tanpa dosa.

"Insyallah sayang.. Mummy akan jaga Hayyan sampai nafas terakhir Mummy. Mummy janji".

"Selagi mummy masih punya kudrat untuk teruskan kehidupan. Selagi itulah mummy akan ada di sisi Hayyan". Bibirku mengukir secangkir senyuman. Pipi tembam Hayyan aku cium sekilas..

"Hayyan permata hati Mummy".










❤️

❤️

❤️

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now