Fail yang sarat dengan maklumat peribadi seseorang diperhatikan. Satu persatu helaian diselak tanpa ada yang terlepas pandang. Pandangannya dialihkan pada gambar seorang bayi.
(2 Oktober 2000)
Setitik demi setitik air matanya gugur. Sungguh dia rindukan anaknya yang satu itu. Atas perkara bodoh yang dia lakukan masa dahulu akhirnya kesesalan yang dia rasai. Jikalau dia dapat dipertemukan dengan anaknya, mahu sahaja dia memeluk erat. Tapi apakan daya. Semua itu hanyalah mimpi dan angan-angan yang tak mungkin terjadi. Nasi sudah menjadi bubur.
Helaian sebelah diselak dengan kemas. Jarinya naik menyentuh gambar itu. Dielus lembut. Mengharapkan dapat berjumpa kembali anaknya yang sudah dia tinggalkan sejak anaknya belum lahir lagi. Kebodohan yang tak dapat dimaafkan diri sendiri.
(1 Januari 2005)
"Maafkan appa sebab tinggalkan kamu". Tersedu-sedan sedan dia menangis beralaskan meja kayu yang terletak di pejabatnya. Gambar kanak-kanak berumur lima tahun itu ditatap lama sebelum menariknya kedalam pelukan. Cuma satu dia pinta agar dapat berjumpa dengan anaknya sebelum matanya ditutup rapi.
17 Mei 2016)
Dia menarik senyuman lebar disebalik keperitan yang dia rasai. Anaknya tumbuh dengan sihat. Syukur dia panjatkan pada tuhan setinggi-tingginya. Anak yang berasal daripada benihnya betul-betul memiliki rupa paras dirinya. Sempurna tak terkata.
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
Fanfiction❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...