𝓃𝓊𝓀𝒾𝓁𝒶𝓃 𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 46

57 10 1
                                    

Kandungan aku kini mencecah tujuh bulan. Bayi yang sedang aku kandungkan ternyata berjantina lelaki. Sebaik sahaja aku beritahu dia yang anak sulung ini berjantina lelaki terus dia tak berhenti ucap terima kasih. Dipeluk aku tak nak lepas. Hampir lemas dibuatnya. Nasiblah sayang. Tak sayang memang lama dah aku buat kung fu pada dia.

Tentang arwah mak dan abah. Aku sudah merelakan pemergian mereka meskipun sakit ini masih berbekas di hati. Usaha pencarian mayat mereka pun masih lagi dijalankan. Cumanya mereka masih tidak jumpa sebarang serpihan bangkai pesawat mahupun penumpang. Dalam masa lebih kurang tiga minggu, mereka mengatakan bahawa mereka akan tamatkan misi pencarian jika tiada sebarang petunjuk.

Aku menghela nafas perlahan. Perut yang semakin membulat aku usap. Bibir menguntum senyuman. Lupa nak beritahu, aku dan Thaqif sudah berpindah keluar daripada rumah Omma. Kata Omma, kami perlu tinggal berdua supaya nanti ada privasi masing-masing. Thaqif hanya mengiyakan sahaja. Dia juga tak mahu membebani ibu dan neneknya. Dia mahu berdikari. Dan kini Thaqif membeli sebuah rumah banglo yang tak seberapa besar dengan persekitaran yang tenang. Dia kata dia mahu keselesaan untuk aku dan anakku nanti.

Aku duduk tepi kolam ikan yang berada di luar rumah. Menghirup angin malam.

"Sayang!! Look. I make this special for my princess" Dia datang berlari ke arah aku dengan tangannya memegang sebuah dulang. Ni kalau jatuh, aku tak tahu lah nak gelak ke nak nangis. Bila tengok senyuman dia yang langsung tak pudar aku turut tersenyum.

"Apa tu?" Tanya aku. Aku cuba untuk melihat apa yang dibawanya itu. Tetapi dia sembunyikan di belakang badannya.

"Guess what?" Ujarnya sambil menaikkan keningnya beberapa kali.

Aku sudah memuncung. Ni yang malas ni nak kena teka lah apa lah. "Entah lah. Suffi tak tau. Tapi hidung Suffi macam bau sesuatu".

"Sesuatu apa?"

"Bau orang tak mandi!" Aku menjerit. Dia sudah gelabah lantas dulang itu diletak di tepi mulut aku ditekup nya. Membulat mata aku. Dia nak bunuh aku ke ni?

"Mmm mmmphh". Aku cuba meminta untuk dilepaskan. Tapi aku lupa dia tu lelaki mana sama tenaga dengan aku.

"Shh sayang.. tu rahsia kita berdua je. Tak ada siapa tahu selain kita. Shhh". Dia meletakkan jari telunjuknya di bibirnya itu. Mata melilau ke kiri kanan. Apa apa lah suami aku ni. Macam lah tu rahsia negara.

Aku menepis tangannya itu lalu mengambil nafas dalam. "Apa? Betullah abang dah lah tak mandi lagi busuk eeeuuu". Aku memandang dirinya jengkel. Dia tersengih seperti kerang busuk. Halah halah muka ni lah aku teringin nak lempang. Eh tak gurau. Tapi ya, siapa suruh comel sangat.

"Hm sayang ni spoil betullah. Tak jadi nak buat suprise". Dia sudah cemberut memandang bawah. Aku terus menyambar cupcake red velvet kegemaran aku tu. Dengan berselera aku makan.

"Macam mana, sedap?" Tanya dia yang dari tadi memerhati aku makan. Sorry lah tak sempat nak tinggalkan untuk dia, baby ni yang lapar sangat.

"Sedap. Mana abang beli? Secret recipe ke? Patut lah sedap".

Muka dia sudah cemberut. "Seriously Suffi?"

"What?" Saki baki cupcake itu aku habiskan sehingga licin.

"Abang mandi peluh dekat dapur buat cupcake ni tau. Sampai hati Suffi kata abang beli dekat luar?". Ujarnya. Aku sudah tergelak melihat muka nya yang halal untuk dilempang.

Aku merapati dirinya. Lengan sasanya aku peluk. Kepala naik memandang dia. "Sorry lah bucuk. Suffi mana tau bucuk yang buat". Aku membuat muka sedih. Bibir dijuirkan ke bawah.

"No lah. Abang tak marah pun. Sebab abang tau air tangan abang ni memang sedap sampai Suffi pun ingat ini daripada secret recipe punya". Dia membuat muka bangga. Terus aku tolak dadanya. Eee perasan betul orang tua ni.

Aku usap perlahan perut aku. "Baby baby.. nanti jangan jadi macam daddy tau. Kuat sangat perasan eee". Aku tersenyum bila membayangkan kehidupan aku selepas baby ini lahir. Mesti huru hara. Tapi huru hara yang indah. Tak sabarnya!

"Baby jangan dengar cakap mummy ni. Jadi macam daddy. Daddy kuat, ada roti bakar salut cheese lagi!" Dia menayangkan biseps nya. Aku membuat muka jengkel. Kenapa makin hari makin kuat perasan ni? Pembawakan budak ke? Tapi aku yang mengandung. Eh ghisau.

"Blah lah abang. Perasan je lebih". Thaqif tergelak. Rambut aku diserabaikannya.

"Anyway, what does bucuk means?" Dia tanya. Aku menggemam mulut menahan tawa daripada terletus.

"Serius nak tahu?" Tanya aku. Dia mengangguk.

"Bucuk tu panggilan orang yang tak mandi. Macam abang lah. Busuk! Nyah kau dari sini. Busuk busuk!" Aku tolak dia menjauh. Dia sudah mencuka. Ketiak dia cium.

"Mana ada!! Tak busuk pun! Abang siap sembur perfume arnab tak ada badan tu lagi tau!". Dia cuba menafikannya. Aku gelak. Macam budak-budak je perangai.

"Hmm abang..." Rengek aku. Tiba tibe mengidam nak minum hand sanitizer. Teringin nak merasa. Aaa tak sabarnya.

"Abang nak minum hand sanitizer yang Dettol punya tu". Aku memuncungkan mulutku. Entah lah sejak mengandung ni macam macam aku mengidam. Minum hand sanitizer tu kira level bawah-bawah je. Pernah aku minta nak makan daging badak sumbu. Tapi yang datangnya haechan. Alasan; dia memang dah niat nak sembelih haechan. Aku pun anggukan ajalah nampak effort dia walaupun yang tu bukan badak sumbu betul.

Membulat mata Thaqif. Aku tahu dia penat melayan aku. Tapi tak pernah sekalipun dia merungut. "Tak mau hand sanitizer okey? Lain-lain". Ujarnya. Aku mengehela nafas lemah. Sudah ku duga.

"Alaa nak minun hand sanitizer!!!"

"TAK BOLEH lah sayang. Nanti boleh mati".

"Alaa please. Tak kesian ke dekat baby. Dia teringin nak merasa sanitizer tu". Aku tipu sunat. Sorry ya baby mummy tipu sunat. Mummy kempunan hand sanitizer tu.

Dia nampak berfikir seketika. Jarinya diletakkan di bawah dagu. "Oke lah esok ikut abang kita minum hand sanitizer".

"Omoo jinja? Yang Dettol punya tau! Warna hijau tu tau tau!". Aku sudah teruja. Mata bersinar-sinar memandangnya. Dia serabaikan lagi rambut aku.

"Iya nanti kita minum okey?" Tuturnya lembut. Lantas aku memeluk badanya itu. Ni yang sayang ni!

..............

Aku sudah memuncung lebih daripada dua depa. Siapa suruh buat fake hope. Sampai hati. Dah lah ada tenuk tenuk dekat sini. Hmm nak merajuk. Orang nak minum sanitizer tapi dia bagi susu untuk orang mengandung dekat aku. Mana tak maghoh.

"Sayang kenapa tak minum tu?" Tanya dia. Dia mengambil tempat di sebelah aku. Pipi kanan aku dibelai lembut. Awning aku yang serupa dilanda ribut dia kemaskan.

Aku menggeleng tanpa mengangkat wajah aku pada nya. NAK SANITIZER!! Hmm.

Dia menaikkan dagu aku supaya menghadapnya. "Maafkan abang ye sayang. Abang bukan tak bagi sayang minum hand sanitizer tu. Tapi itukan bahaya. Jadi abang tukarlah sanitizer tu kepada susu khas orang mengandung. Sorry ya sayang, tak dapat tunaikan permintaan sayang". Tuturnya lembut. Aku nampak kekesalan dalam matanya sebab tak bagi aku minum sanitizer tu.

"Hmm okey lah Suffi maafkan. Tapi kenapa ada tenuk tenuk dekat sini?" Aku memandang mereka yang sedang melahap makanan. Kalau seorang dua orang boleh lah. Ini 22 orang? Fuh. Jatuh miskin laki aku. Sudahlah dia sewa restoran mewah ni hanya untuk secawan sanitizer palsu tadi.

Hampir terkeluar ayam bakar dejun tadi apabila mendengar kata-kata aku. "but why tenuk Suffi?"

Aku menjongketkan bahu. Sate kambing aku gigit makan mengendahkan segala mata yang tertumpu ke arah aku.

"Sampai hati bini kau panggil kita orang tenuk hyung?". Muka seakan Sungchan mahu menangis.

Thaqif berbisik di telinga aku "this time i like ur words". Ujarnya. Kami high five seketika.

Chenle menepuk bahu kiri Sungchan. "biarlah mereka berbahagia atas penderitaan 22 ekor tenuk di sini". Chenle membuahkan satu senyuman manis. Sungchan mengangguk faham.

"Yelah tak hormat langsung yang single mingle ni". Rela tak rela. Sate kambing tetap masuk dalam mulutnya.





To be continue 🌹

Nukilan Cinta Kita | Jaemin©Where stories live. Discover now