Dua minggu telah berlalu. Keadaan Hayyan juga sudah membaik sedia kala. Belum sempat kami menarik nafas lega, berita tentang Thaqif sudah menjadi berita tergempar di Korea Selatan ini atau mungkin di serata dunia? Tak hairan lah kerana Thaqif adalah Jaemin dan Jaemin adalah Thaqif.
Aku memandang Thaqif yang termenung memandang kolam ikan di luar. Hari ini, dia cuma termenung dan termenung. Berborak dengan aku pun sepatah aku tanya sepatah aku kata. Bila Hayyan datang barulah Thaqif buka mulut. Sungguh aku risau dengan keadaanya. Bagaikan tidak terurus apabila berita itu kian tersebar.
"Abang?" Panggil aku. Aku menghulurkan air kopi kesukaannya. Tanpa banyak kata, dia ambil dan kembali membuang pandangannya pada kolam ikan. Aku menghela nafas berat. Tempat di sebelahnya aku ambil. Suasana sunyi menghentak lamunan kami. Angin malam menerpa lembut wajah kami.
"Abang okey?" Tanya aku prihatin. Risau dengan keadaan dia. Kurang makan. Badan pun makin menyusut.
Diam. Dia tak menjawab.
Aku mengeluh.
Tapak tangannya aku ambil lalu genggam. Dia jelas terkejut dengan perbuatan aku sebelum termenung kembali. "Abang kita dah janji kan walaupun terjadi, tiada rahsia antara kita. Boleh bagitahu Suffi apa yang menganggu abang?" Tanganya aku genggam. Dia menatap anak mata aku dalam. Wajahnya tiada sedikit pun perasaan.
Dia sekadar menggeleng dan melarikan pandangannya ke arah lain. Aku dah agak. Suka sangat pendam seorang diri.
"Abang bagitahu lah Suffi. Kalau Suffi ada buat silap cakap lah. Abang jangan diam je. Suffi takut". Aku merengek manja. Biarlah dengan suami sendiri je pun. Dia tergelak melihat muka aku yang seakan mahu nangis.
"I'm okey". Ujarnya kan aku dah kata kalau boleh pendek lagi. Pendek sampai "k" ha geram aku.
"No! You are not. Abang.. bagitahu lah Suffi. Mana tau Suffi boleh tolong ha!" Aku goncangkan lengannya kuat. Badanya pun turut ke depan ke belakang. Nampak tak aku kuat di situ? Bukan auta tapi fakta hehe.
"I'm scared if you can't accept the truth".
"Hm. Kenapa pula Suffi kena takut? Suffi kan ada abang".
"That's what I'm scared princess". Dia menggosok rambut aku. Bibirnya tersengum kelat.
"Abang.. benda yang paling Suffi takut adalah kehilangan abang dan Hayyan. Selagi Abang ada dengan Suffi, perasaan takut tak akan sesekali bertandang dalam diri Suffi". Aku tersenyum menampakkan gigi.
"Abang share lah dengan Suffi.." sambung aku lagi. Dia melepaskan nafas kasar. Rambutnya diraup belakang.
"Abang kena pecat". Ujarnya dalam satu nada lalu menunduk ke bawah.
"Abang kena pecat sayang. I lost my job. Macam mana kita nak survive? Hayyan masih kecil. A-abang tak tau nak buat apa lagi". Suaranya bergetar. Aku lihat dia sedang menahan tangis. Terus aku peluk dirinya.
"Is that because of our news? Berita yang kita berkahwin senyap-senyap?" Tanya aku berhati-hati. Dia diam. Tak menjawab. Hmm
"Abang.. I'm sorry". Aku peluk dia erat. Jujur aku rasa aku punca semua ni. Aku yang mencetuskan masalah ni. Sebab aku yang hadir dalam hidup dia. Aku punahkan cita-cita dia dalam sekelip mata.
Dia pulak tarik aku dalam pelukkannya. "Bukan salah sayang. Ini ujian yang Allah bagi. Mahu tak mahu kita kena hadap. Lagipun kalau kita terus berdiam diri, lambat laun akan terungkap juga". Ujarnya menenangkan aku.
"Now we start our normal life. Kita dah tak perlu risau ke mana nak pergi. Hidup kita dah normal sayang. That's what i want. Luangkan masa dengan Suffi dan Hayyan is the most important things". Dia kucup kening aku. Muka aku sudah membahang jadi warna merah.
"But sayang.."
Aku jongket kening. Kenapa?
"Kita terpaksa kurangkan perbelanjaan kita, memandangkan abang belum dapat kerja baharu. Nama abang dah black list untuk join mana-mana industri hiburan. Abang terpaksa kerja macam orang biasa. Boleh kan sayang? Kita berjimat". Matanya memandang tepat dalam bola mata aku. Lambat-lambat aku mengangguk. Hidup kami semuanya dah berubah.
"Suffi nak tolong abang. Suffi tau buat kek, kuih, roti. So apa kata kita buat bakery? Lagipun abang pun bukan calang-calang orang. Abang pun dah macam chef bertaraf lima bintang. Hehe". Aku tayang sengihan. Dia menarik pipi aku. Sakit do hm.
"Bagus juga rancangan Suffi. Pandai sayang abang seorang ni". Dia pula memuji aku.
"Eleh abang pun apa kurangnya kan?"
Letusan tawa kami bergema di halaman luar
"But. Abang still kena cari kerja lain. Takkan nak mengharapkan satu pekerjaan je kan? Lagipun Hayyan semakin membesar, nanti nak kena pergi sekolah lah, apa lah. Lepastu kalau Hayyan ada adik lagi, lagi bertambah perbelanjaan kita". Dia tiba-tiba dalam mood serius. Ayat hujung tu memang sengaja dia cakap kuat-kuat. Agaknya memang nak sampai jiran dengar.
"Hayyan ada adik? Hah?"
"I think now it's the right time for him to have another siblings. Kan sayang?" Dia smirk ke arah aku. Aku dah mati kata. Berpeluh macam nak jawab soalan addmath spm dah.
"Erk ha ye lah ha"
"Ha? Apa ha?" Dia tergelak. "If Hayyan ada adik, dia akan belajar jadi lelaki yang bertanggungjawab, abang yang penuh kasih sayang untuk adiknya. Abang yakin, dia mampu jaga adik dia kalau kita dah tiada nanti. Sekurang-kurangnya dia tak keseorangan macam abang". Dia mengelus lembut anak rambut aku. Ada betul juga. Kesian Hayyan tiada kawan nak ajak bermain. Kalau ada adik tak adalah dia keseorangan.
"Hmm betul juga. Kesian Hayyan tak ada kawan". Aku memuncung. Dia mencubit pipi aku sekilas.
"Itu lah tu kesian anak daddy sorang tu". Dia juga memuncung. Aku ketawa. Comel!
............
Flashback
Tok tok tok..
Pintu pejabat Sooman diketuk. Tombol pintu dipulas perlahan. Terpacul Thaqif yang berdiri tegak di hadapan pejabat.
"Come in!" Laung Sooman berwajah ketat.
Thaqif berjalan masuk ke dalam pejabat. Dia berdiri menghadap Sooman yang masih duduk. Tiba-tiba Sooman melayangkan satu risalah. Wajah Thaqif ada di situ bersama seorang wanita bertudung di ruangan koridor sepi hospital. Jantung Thaqif berdetik kencang. Rahsia dia. Terbongkar.
"Apa semua ni? Siapa perempuan ni?" Ujar Sooman masih menahan nada suaranya. Dia berdiri bersama wajah bengisnya. Thaqif mengambil kembali risalah itu.
"She is-"
"She is what? Tell me!"
Dia mengambil nafas dalam. "She is my wife". Ujarnya senada. Dia nekad. Walau apa pun terjadi. Thaqif dan Suffi sudah banyak mengharungi masa susah. Hari hari diperhatikan. Hari hari perli bersembunyi daripada keramaian orang. Dan biarlah segala kesengsaraan kali ini berakhir. Dia sudah penat.
Sooman membuahkan senyiman sinis. "kau dah banyak susahkan aku sejak kejadian di lapangn terbang lagi. Itu pun punca daripada kau?"
Thaqif mengangguk.
"Aku dah agak. Sebab kau aku terpaksa menanggung banyak perbelanjaan untuk bersihkan nama syarikat dan kumpulan kau. Dan sekarang aku tak teragak-agak nak lepaskan kau. Kalau itu pilihan kau. Maka aku akan lepaskan kau. Dan mulai hari ini, kau bukan dibawah tanggungjawab aku".
"Mulai hari ini juga. Nama kau akan di blacklist daripada mana-mana industri hiburan. Dan aku pecat kau mulai saat ini. Kau boleh kemas barang kau. Pergi balik". Sooman terus melangkah keluar daripada bilik tanpa menunggu balasan daripada Thaqif. Thaqif tersenyum kelat. Akhirnya dia dipaksa keluar daripada terus bertahan di sini.
Dengan langkah yang longlai, Thaqif melangkah keluar daripada bangunan megah SM. Dia toleh belakang melihat bangunan yang tersergam indah. Bibir mengukir senyuman. Ini akan jadi kali terakhir untuknya menjejakkan kaki ke sini. Selepas ini nama Na Jaemin akan terhapus dan akan lenyap. Dan Na Jaemin tak akan wujud lagi.
To be continue ❤️
YOU ARE READING
Nukilan Cinta Kita | Jaemin©
أدب الهواة❝𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻𝘬𝘢𝘯...