Setahun kemudian...
RANCANGAN Mikayla untuk membunuh Haidar sedikit pun tak berjalan dengan lancar. Apatah lagi beberapa bulan lalu dia telah mendapat mesej dari Aidan. Lelaki itu menceraikan dia dengan talak satu.
Puas. Sudah puas Mikayla merayu pada Aidan supaya Aidan menarik balik apa yang lelaki itu katakan tetapi Aidan enggan. Malahan Aidan menyuruh dia melupakan suaminya itu dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala.
Tiada Aidan Qayyum. Tiada Airis Mikayla.
Haidar menggunakan nama Aidan untuk memaksa dia berkahwin. Haidar kata Aidan sendiri menyerahkan dia pada Haidar. Malahan, rakaman suara Aidan juga dihantar pada Mikayla membuatkan Mikayla enggan lagi menjadi sekuat dulu.
Dunia dia hilang.
Aidan tak datang untuk menyelamatkan dia. Aidan dah melupakan dia.
Mikayla menangis teresak - esak.
Dia rindukan Aidan. Sangat - sangat rindu.
Bukan ini yang dia mahukan. Dia cuma mahukan kehidupan yang bahagia bersama - sama Aidan. Bebas dari ancaman. Dia nak bahagia juga!
"Mika..." Suara Haidar mula menampar gegendang telinganya.
Mikayla benci.
Mikayla tak mampu untuk membunuh lelaki itu bila lelaki itu memandangnya. Mikayla benci diri sendiri kerana dia sudah mula menghianati hatinya sudah mula mengkhianati Aidan.
Haidar melabuhkan punggung disebelah Mikayla. Tangan isterinya itu dicapai lalu dicium.
Mikayla cuma diam.
"Kenapa? Setahun tak cukup untuk Mika lupakan dia?" Soal Haidar lembut. Pipi basah Mikayla diusapnya penuh kasih.
"Saya takkan lupakan Aidan. Awak kena sedar saya tak ikhlas kahwin dengan awak. Awak ugut saya menggunakan nama Aidan! Awak paksa saya nikah dengan awak. Awak tak adil dengan saya!" Jerit Mikayla geram.
"Tak adil apa? Awak yang jadi isteri nuzyuz selama setahun. Awak tak izinkan saya sentuh awak. Saya nak hak saya sebagai suami. Saya nak apa yang awak bagi pada Aidan sebelum ini!"
"Tak".
Haidar tersengih sinis.
"Setahun, Mika. Awak tak fikir apa yang sedang terjadi pada Aidan. Awak tak tahu kenapa dia lepaskan awak. Awak berhak untuk saya. Awak memang dari dulu sepatutnya jadi milik saya. Bukan Aidan! Dia cuma penjaga awak. Awak tak boleh jatuh cinta dengan dia. Awak cuma layak dengan saya saja!" Tegas Haidar.
"Apa yang saya tak tahu?! Kenapa awak tak lepaskan saya keluar? Kenapa kurung saya?!" Jerkah Mikayla.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...