Penyeksaan yang melampau 🔞!
+++
"SA-SAKIT!" Aliah meronta kuat tatkala rambutnya ditarik Ivans masuk ke dalam bilik mandi.
Ivans ketawa sinis.
Lengan bajunya disinsing supaya tak kotor. Risau Illyana akan berleter nanti. Tapi, kalau kena berleter pun best juga. Boleh dia cium!
Melihat Ivans yang sedang termenung, Aliah mengambil peluang untuk lari namun rambutnya ditarik kasar lalu wajahnya dilempang kuat sehingga dia jatuh tersungkur.
Aliah teresak kecil.
"Hey, betina. Aku tahu kau rasa best sebab dapat tundukkan Aidan. Kemudian, kau cuba nak tundukkan aku dengan badan kau?" Ivans ketawa sinis melihat Aliah menayang wajah kelat.
Ivans menunduk dihadapan Aliah.
"Kau pernah dengar hikayat 1001 malam?" Soal Ivans.
Aliah menggeleng.
"Seorang raja yang meniduri beribu - ribu perempuan dan kemudian dia membunuh kesemua perempuan itu. Aku lebih kurang macam raja tu juga. Tapi, itu dulu sebab aku dah jumpa permaisuri aku. Kau rasa kau hebat kat atas katil ke? Eh, bagi aku isteri aku paling cantik, paling hebat dan paling rough and sexy. Disebabkan dia aku tak mampu nak pandang perempuan lain. Kau pun tak layak kalau nak dibandingkan dengan dia".
Ivans mencengkam kasar rahang Aliah.
"Kalau setakat seorang anak kau baru lahirkan jangan nak bising macam ayam betina yang baru bertelur sebiji riuh satu kampung. Isteri aku tu dah mengandung dan lahirkan tiga orang anak untuk aku dan aku akan pastikan dia mengandung lagi".
Aliah diam.
"Aku ni tak sukalah nak menyemai benih kat perempuan sebarangan. Aku kalau nak mengandungkan perempuan pun aku akan pilih yang terbaik untuk aku. Aku nak anak - anak aku lahir dari perempuan yang mulia. Bukan pelacur!" Terleleng kepala Aliah dek ditunjal Ivans.
"Tadi..." Aliah memandang Ivans.
"Tadi kau berpura - pura melayani aku hanya sebab kau nak memerangkap aku aje?" Soal Aliah perlahan. Air matanya bertakung.
Ivans ketawa kecil.
"Ya, aku saja nak memerangkap kau. Aku tak sangka kau ni bodoh sangat. Dasar perempuan sundal. Pantang nampak jantan gatal terus bawah kau tu kan?"
Aliah menangis.
Ini kali pertama dia rasa dipergunakan.
"Ka-kau sial". Ujarnya perlahan.
"Apa? Aku tak dengar".
"Kau sial! Aku benci kau! Kau lelaki tak guna sebab kau lah Aidan dah ceraikan aku!" Jerkah Aliah.
Ivans ketawa.
Pang!
Terleleng terus wajah Aliah gara - gara ditampar lelaki itu.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...