"PENATNYA..." Mikayla menghela nafas.
Rasa lelah pula bawa perut ini. Meskipun tujuh bulan dan perutnya tak sebesar mana tapi dia betul - betul tak larat. Badan kecil dia ini bukan aktif sangat.
"Mia cara", Suara garau yang berbisik itu membuatkan Mikayla menoleh memandang wajah kacak Aidan yang sudah tersengih melihatnya.
Aidan membawa Adwa sekali duduk di antara mereka.
"Tadaaa, kek!"
"Kek? Kek untuk apa ni?" Soal Mikayla keliru. Wanita itu hanya memerhatikan suaminya membuka kotak kek setelah kek diletakkan di atas meja.
Aidan mengusap lembut rambut Adwa lalu pipi Mikayla diciumnya.
"Ini kek sempena hari pengenalan kita berdua. Hari abang selamatkan Mika. Mika tak ingat?" Soal Aidan lembut.
"Hari abang selamatkan saya? Ya, saya ingat. Abang panggil saya ikan". Balas Mikayla seraya tergelak.
Aidan tersengih.
"Sebenarnya, abang ikut Mika sebab abang dapat rasa Mika. Jadi, kebetulan orang tua tak sedar diri tu nak mengapa - apakan Mika jadi abang ambil peluanglah!" Ujar Aidan seraya mengusap lembut pipi Mikayla.
"Oh, jadi itu hanya lakonan semata - mata lah ya? Pandai eh abang? Nakal!" Pinggang Aidan dicubit geram membuatkan Aidan ketawa suka.
"Papa". Adwa memanjat naik riba Aidan. Mahu memisahkan papa dari mamanya.
Aidan mengusap lembut rambut Adwa.
Kemudian, Aidan mengusap lembut perut Mikayla. Anak mereka yang hanya tiga bulan saja lagi.
"Abang dah fikirkan satu nama memandangkan kita dah tahu jantina anak kita".
"Apa dia?" Soal Mikayla teruja.
"Iman Mikael", Balas Aidan bersama - sama sengihan.
"Iman Mikael. Kenapa nama dia macam nak seiras dengan mama dia je?"
"Mestilah. Abang nak anak kita ni kuat macam mama dia. Abang nak dia jadi macam Mika dan bukan macam abang". Ujar Aidan lembut.
Mikayla memeluk erat tubuh Aidan.
"Papa. Tepih!" Adwa mencelah tetapi perut Mikayla ditolak menjauh. Tak suka perut mama bersentuhan dengan tubuh papanya.
Mikayla mengusap lembut rambut Adwa.
"Mama sayang Adwa". Bisik Mikayla lembut.
Selepas Aidan sembuh mereka berpindah keluar dari rumah Hanz Ivans dan Illyana untuk memulakan hidup yang baru. Adwa juga dibawa bersama - sama mereka kerana Aidan tak sanggup membiarkan Adwa dijaga Gabriel dan Bella meskipun mereka tahu pasangan itu sangat baik. Mikayla faham, Adwa juga anak Aidan.
Aidan mengusap lembut rambut Mikayla.
"Berapa kali abang pandang pun abang tetap rasa isteri abang yang paling cantik". Bisik Aidan penuh menggoda.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...