AILEEN membuka langkah mendekati Aidan yang sedang duduk di luar berdua dengan Adwa. Selalunya, Ghibran yang akan menemani Aidan setiap masa. Ketiadaan Ghibran tentu saja membuatkan Aidan kesunyian.
"Abang Aidan". Tegur Aileen seraya melabuhkan punggung di sebelah Aidan.
"Leen. Dhean macam mana?" Soal Aidan prihatin.
"Dhean dah terjaga. Nampaknya, penawar tu memang dah bagi kesan pada Dhean". Balas Aileen. Sepasang matanya merenung si kecil Adwa.
Sepasang mata bulat yang berwarna hijau jernih itu memandangnya polos.
"Comelnya", Puji Aileen seraya mengusap lembut pipi si kecil itu.
Adwa mengekek apabila diperlakukan begitu.
"Gatal dia ya? Dia suka mak su lah tu". Ujar Aidan seraya mencium lembut kepala Adwa.
Aileen memandang Aidan.
"Abang Aidan. Kenapa sampai boleh jadi macam ni?" Soal Aileen lembut.
Aidan menghela nafas.
"Abang tak tahu, Leen. Abang pun dah tertekan sekarang. Abang tak minta pun Adwa lahir. Abang tak nak pun bersama dengan Aliah. Tapi, abang tak boleh keluar. Abang terperangkap..." Aidan mengetap bibir.
"Adwa dah lahir. Takkan abang nak bunuh dia pula? Dia tak tahu apa - apa. Dia hanya ada abang". Balas Aidan perlahan.
"Kak Mika tu kecewa betul dengan Abang Aidan. Leen sebagai isteri dan perempuan. Leen faham perasaan dia tau. Sakitnya bagaimana. Kalau Dhean buat perangai macam Abang Aidan memang dia kena dengan Leen. Paling best Leen bunuh dia. Senang. Leen pun tak sakit hati".
Aidan ketawa perit.
"Kalau Mika nak bunuh abang pun abang sudi. Abang sanggup buat apa aje demi kemaafan dia. Abang tahu Mika marah dan kecewa. Abang mengaku abang silap".
Aileen mengusap lembut kepala Adwa.
"Si kecil Adwa. Don't be like papa okey? Loves your mama". Pesan Aileen lembut.
"Ma-ma". Adwa mengekek ketawa.
Aileen tersenyum.
"Ya, Abang Aidan yang silap sebab Abang Aidan tak mahu minta bantuan dari awal. Abang Aidan cuba selesaikan sendiri dan pada akhirnya Abang Hanz yang tolong Abang Aidan. Leen tahu Abang Aidan melindungi kami. Tapi, Abang Aidan masih seorang manusia. Kan?" Soal Aileen.
Aidan mengangguk.
"Itu yang abang tengah fikirkan sekarang. Abang nak cari cara macam mana nak pujuk Mi-"
Prang!
Bunyi kaca pecah membuatkan Aidan dan Aileen tergamam.
"Leen tolong jagakan Adwa. Abang nak pergi tengok Mika". Adwa diberikan pada Aileen lantas Aidan berlari masuk ke dalam rumah. Dia mencari bilik Mikayla.
"Ha-Hanz, kenapa ni?" Soal Aidan cemas.
"Mika. Damn. Dia tak mahu buka pintu. Dalam bilik tu banyak barang kaca. Aku takut dia pecahkan semua". Bidas Hanz Ivans sambil menghentak kuat pintu itu.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...