PEDIH hati Essandra tatkala melihat betapa Aidan begitu mengambil berat terhadap gadis yang digelar Mikayla itu. Dia tak tahu apa yang istimewanya pada si gadis itu sehinggakan Aidan begitu risau walaupun gadis itu hanya demam biasa.
"Ess", Essandra menoleh tatkala ada suara yang menyerunya.
"Liah",
"Kau tak bengang ke tengok perempuan tu? Aidan tak pernah jadi macam tu walaupun dengan sesiapa. Dengan kau pun tak pernah", Rungut Aliah.
Essandra hela nafas.
"Aidan sukakan perempuan tu", Bidasnya perlahan.
Gara - gara Aidan tahu yang dia dan kawan - kawannya mengendahkan Mikayla sewaktu Mikayla diganggu oleh rakan mereka yang lainnya, Aidan terus tak mahu bercakap dengannya. Malahan, lelaki itu tayang wajah tak berperasaan.
Sungguh, Essandra rasakan bahawa dia tidak lagi istimewa di mata Aidan.
"Aku menyampah tengok perempuan tu". Rungut Aliah.
Benci dia melihat cara Aidan.
"Ess, kalau aku jadi kau... dah lama aku penampar perempuan tu. Mengada - ngada. Acah - acah suci sangat. Bukan dia kena rogol lagi pun nak demam beria".
Essandra hela nafas.
"Entahlah Liah. Kalau aku belasah perempuan tu, aku akan hilang Aidan selamanya. Aku tak nak jadi macam tu". Ujar Essandra perlahan.
Aidan penting bagi dia.
Lelaki itu lelaki pertama yang buatkan dia ada harapan untuk terus hidup. Lelaki yang membela dia ketika dia susah. Lelaki yang menjaga dia ketika dia hampir menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah.
Dia cintakan lelaki itu.
Essandra hela nafas.
Hatinya semakin terhiris tatkala melihat bibir merah Aidan mendarat tepat pada dahi Mikayla.
Tubir matanya terasa hangat.
Tanpa bicara, Essandra berlalu dari situ. Makin lama dia berdiri, makin terseksa jiwanya hendak melihat.
Aliah berdecit pandang tingkah Aidan.
Dia turut berlalu pergi.
Kelak, dia akan pastikan yang Mikayla disingkirkan dari kumpulan mereka. Aidan akan jadi seperti dulu semula.
SEPASANG iris hijaunya memerhati si gadis kecil yang bermain sendirian di luar rumah. Bibir kecil gadis itu yang sentiasa mengukir senyuman manis buatkan dirinya turut bahagia sama. Memerhatikan si gadis telah menjadi rutin hariannya setiap kali pulang dari latihan.
"Kau suka dia", Teguran itu buatkan dia menoleh memandang wajah si abang.
"Mungkin", Dia senyum nipis.
"Dia agak comel. Aku tak boleh nak nafikan", Si abang ketawa sinis tatkala memanah ke arah si gadis kecil yang menjadi pujaan hati adiknya.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
Storie d'amoreAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...