BIBIR merahnya diketap. Jika Falqh mampu mrncarinya dan Mikayla di sini itu menandakan tak mustahil bahawa Victor juga mampu mencari mereka berdua di sini.
"Qayyum!" Langkah Aidan terhenti apabila tiga orang gadis mengelilinginya bersama - sama senyuman penuh minat.
Sepasang mata hijaunya memandang tiga orang gadis itu dengan pandangan aneh.
Kenapa ni?
"Qayyum nak pergi ke mana?" Soal salah seorang gadis itu.
"Nak balik".
"Mata Qayyum memang semula jadi hijau ya?" Soal seorang lagi.
"Ya".
"Qayyum tak mahu makan bersama - sama kami? Kami ada masakan makanan yang sedap untuk Qayyum". Gamit gadis yang ketiga.
Aidan mengusap belakang kepalanya.
"Tak boleh dan tak nak. Aku nak balik untuk makan bersama - sama isteri aku". Tolak Aidan lantas dia menyambung langkah menuju ke arah rumahnya.
"Ala, Qayyum!" Dua orang gadis itu memaut kedua - dua lengan Aidan. Seorang lagi memeluk tubuh Aidan dari belakang.
Tak sempat Aidan hendak marah...
"QAYYUM!"
Aidan telan liur tatkala melihat Mikayla yang sedang memakai apron datang ke arahnya sambil memegang senduk dan menyinsing lengan baju.
"Lepaslah!" Arah Aidan sambil merentap pegangan kedua - dua gadis itu. Namun, makin erat mereka memeluk Aidan.
Mikayla tayang muka geram apabila dia berdiri dihadapan Aidan.
Pandangannya jatuh pada dua gadis yang memeluk lengan suaminya. Mikayla memandang tajam tangan perempuan yang memeluk pinggang Aidan.
Hmph!
"Lepaskan suami aku!" Arah Mikayla garang.
"Tak nak!" Tukas mereka serentak.
"Lepas!"
"Tak nak!" Kedegilan itu membuatkan api amarah Mikayla membuak - buak.
Senduk yang dipegangnya diletakkan di dalam poket apron lalu Mikayla menarik kuat rambut kedua - dua gadis yang memeluk lengan Aidan. Menjerit kedua - dua gadis itu dek penangan seorang Airis Mikayla.
"Lepaslah". Aidan menolak tangan gadis yang memeluk pinggangnya. Namun gadis itu tetap berdegil.
"Pergi dari sini. Jangan ganggu suami aku!" Tegas Mikayla seusai mengalahkan kedua - dua gadis itu. Habis rambut gadis - gadis itu tercabut dek kerana Mikayla yang langsung tak mahu mengalah.
Tanpa membalas mereka berdua terus sahaja berlalu pergi dari situ.
Mikayla mendekati Aidan semula. Senduk yang berada di dalam poket apron dikeluarkan lalu senduk itu diketuk kuat pada tangan seorang gadis yang memeluk erat pinggang Aidan. Makin lama makin kuat sehingga gadis itu melepaskan pelukan.
Mikayla menyerang gadis itu.
Namun Aidan dulu menangkap tubuh itu lalu dibawa masuk ke dalam pelukannya.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...