QAISER tersengih sinis melihat Aidan yang kelihatan letih. Tembakkan yang dia berikan pada belakang tubuh Aidan memang melukakan tubuh lelaki itu.
"Menyerah kalah? Beri Mika pada aku". Arah Qaiser.
Aidan menghela nafas.
"Kau tak nak ada anak dengan wife kau. Kemudian, kau sibuk nak anak aku. Manalah kau letak otak kau? Kau abang Mika tau. Bukannya abang angkat. Abang kandung! Tapi, bila fikir balik memang logiklah juga kau buat perangai kan? Kau suka bergaduh dengan baba kau sebab kau ni tak reti beralah dengan baba kau. Sudahnya kau lari rumah. Baba tu baik sangat. Kalau aku jadi dia dah lama aku cari kau dan aku bunuh kau. Kau ni hidup pun tak berguna!"
"Malas aku nak dengar kau membebel. Aku nak kau mati dan langkah mayat kau dulu baru aku akan ambil Mika". Tutur Qaiser seraya menghalakan pistol ke arah Aidan.
Aidan ketawa sinis.
"Try me, Qaiser". Balas Aidan selamba.
Meskipun belakang badan dia luka tapi dia masih boleh mengelak dari tembakkan itu. Aidan menendang almari supaya jatuh menimpa Qaiser tetapi lelaki itu lebih pantas mengelak.
Bak!
Wajah Qaiser disepak Aidan lantas pistol yang dipegang Qaiser dirampas.
Aidan menghempas tubuh Qaiser pada dinding bilik.
Sepasang mata hijaunya merenung tajam wajah Qaiser. Bengis dan serius wajah Aidan hanya membuatkan Qaiser ketawa sinis.
"Aku takkan beritahu Mika tentang kemalangan kereta tu sebab kau yang berpakat dengan pak cik kau untuk bunuh parents kau. Aku tak mahu Mika jadi marah pada kau sehinggakan dia bertindak mengotorkan tangan sebab kau".
"So?"
"Tak ada so - so. Ceritanya, aku bunuh kau kat sini juga, Qaiser. Kau takkan dapat anak aku sebab aku masih ada untuk jaga Mika". Tukas Aidan.
Picu pistol ditekan.
Tiada peluru.
"Bodoh". Kutuk Qaiser sinis.
Prak!
Perut Aidan ditikam kuat dengan pisau. Aidan mengetap rahang.
"Kau main tipu!"
"Siapa peduli? Janji kau mati!" Pisau ditekan dengan lebih dalam. Aidan merentap kasar tangan Qaiser dari terus menekan pisau.
Qaiser tersengih sinis melihat Aidan.
Aidan merentap keluar pisau itu dari perutnya.
Darah mula keluar mengalir bagaikan air.
"Aku berterima kasih sebab kau tolong Ghib waktu dia selamatkan Ess. Aku berterima kasih sebab kau membantu abang aku selamatkan Mika. Tapi, aku tak boleh biarkan kau rampas anak aku dan bunuh Mika. Aku takkan biarkan!"
Chark!
Aidan baling pisau itu tepat pada kepala Qaiser.
Tembus sehingga tubuh Qaiser terlekat pada dinding persis bingkai gambar yang digantung.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...