TEMPOH sebulan setengah sudah berlalu. Tetapi, dia tidak langsung dapat merapatkan hubungannya dengan Mikayla malahan wanita itu sudah semakin bertambah teruk.
Aidan memerhatikan Mikayla yang sedang termenung sendirian sambil memandang jendela.
Dia rindu Mikayla yang dulu.
"Mika..." Tegur Aidan lembut lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Aidan melabuhkan punggungnya dibirai katil.
"Mika, hari ni kita keluar jalan - jalan nak? Aku belanja kau makan". Pujuk Aidan lembut.
Mikayla diam.
Aidan menarik lembut tangan Mikayla ditariknya. Namun, wanita itu merentap semula tangannya.
"Mika..."
"Awak tahu tak apa yang paling mahal di dunia ni?" Soal Mikayla perlahan. Meskipun begitu seraut wajah kacak Aidan tidak juga dipandangnya.
Aidan menggeleng.
"Apa?" Soal Aidan ingin tahu.
"Trust".
Aidan terdiam.
"Apa yang membuatkan kita terluka ialah kepercayaan. Awak tak percaya saya pun. Awak bertindak sendirian dan mangsanya adalah hubungan kita". Mikayla tersenyum perit.
Mujurlah Illyana ada sentiasa menenangkan fikirannya selama sebulan setengah ini. Jika tidak sudah tentu dia akan menggila sekarang.
Pengkhianatan Aidan itu membuatkan Mikayla menjadi serik mahu bersama - sama dengan Aidan. Malahan, dia tak rasa yang dia layak untuk menjadi isteri Aidan.
"Mika..."
"Saya cintakan awak, Aidan. Saya mengaku saya degil itu pun sebab awak juga. Tapi, pengkhianatan awak ni sangat sukar untuk saya lupa tambahan lagi awak ada anak. Saya pula tiada sesiapa". Gumam Mikayla sayu.
"Tapi, Mika. Kau dah ada peluang untuk bahagia masa kau berkahwin dengan Haidar..."
Mikayla menoleh memandang Aidan.
"Cuba awak beritahu saya bila masa saya bahagia?! Setiap saat saya akan teringatkan awak dan setiap kali itulah hati saya terseksa!"
"Kau dah tidur dengan lelaki tu malahan kau dah mengandung". Bidas Aidan.
"Ya, saya tidur dengan Haidar sebab dia tu suami saya! Saya tak ada hak nak membantah. Salah siapa saya jadi isteri dia? Saya takkan boleh kahwin dengan dia kalau awak tak ceraikan saya, Aidan. Awak tu lebih menyakitkan hati saya. Awak bersama dengan Aliah sewaktu awak masih lagi jadi suami saya. Awak tak ada apa - apa ikatan dengan dia dan anak awak dan Aliah lahir. Membesar depan mata saya. Awak fikir saya sanggup nak lihat semua ni?" Soal Mikayla sebak.
Air matanya gugur.
Aidan mengetap bibir.
"Tak adil kalau kau salah kan aku seorang saja!"
"Habis awak adil ke nak salahkan saya seorang? Awak nak kata saya isteri yang teruk? Saya dah pesan kalau awak kahwin dengan saya awak akan menghadap perangai saya. Awak kata awak tahan walau apa pun. Tapi, awak marah saya bila saya cemburu. Awak rimas dengan saya!"
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...