BERTUAHNYA dia rasa apabila seorang Aidan sanggup untuk mengambil risiko untuk menjadikan dia sebagai isteri. Malahan, lelaki itu bekerja keras untuk mencari rezeki.
"Kamu, Airis? Isterinya Qayyum?" Mikayla mengangkat wajah memandang seorang wanita tua yang tersenyum manis padanya.
Airis? Qayyum?
Ah, dia lupa!
"Y-ya. Nama saya, Airis. Isteri Qayyum". Akuinya.
Wanita itu tersenyum.
"Nama nenek, Melur".
Mikayla menyalam tangan Nenek Melur dengan penuh sopan. Wanita itu tersenyum sahaja melihat Mikayla.
"Kamu cantik tak ubah seperti bulan. Qayyum pula tak ubah seperti matahari yang memancarkan cahaya kepada semua orang. Nenek kenal dengan dia sudah lama. Waktu itu nenek keseorangan dalam gelap di hutan. Nenek sesat. Dia aje yang datang membantu nenek. Dia kendong nenek sampai pulang ke sini. Sedikit pun dia tak minta sebarang balasan", Cerita Nenek Melur.
Mikayla memandang Aidan yang begitu seronok membuat kerja bersama - sama dua lagi pemuda.
Betul ke?
"Nenek tahu dia lelaki yang baik. Kamu dan dia saling memerlukan. Bila ada Qayyum, kamu akan lebih bersinar kerana nenek tahu dia takkan pernah biarkan kamu keseorangan". Terang Nenek Melur.
"Saya pun harap begitu. Dia memang sumber kekuatan saya". Balas Mikayla yakin.
"Kamu memang perempuan yang kuat, Airis. Jangan mengalah dengan ujian yang mendatang. Kamu seorang isteri dan kamu kena berusaha mempertahankan perkahwinan kamu".
Mikayla mengangguk.
Dia akan berusaha mempertahankan hubungan dia dan Aidan.
Perbualan mereka terhenti apabila Mikayla melihat seorang gadis yang lebih tua berbanding dirinya mendekati Aidan dengan lagak mahu menggoda.
Terasa panas.
Aidan pula seperti perangai yang biasa. Tak mahu melayan mana - mana perempuan.
"Ya ampun. Kenapa si Melati tu sibuk mengurat suami kamu? Kamu pergi menyerang, Airis. Jangan bagi muka dengan si Melati tu. Dia memang miang sikit bila nampak lelaki kacak". Ibarat mendapat lampu hijau, Mikayla terus sahaja membuka langkah menuju ke arah Aidan dan Melati.
"Qayyum, isteri kau datang". Ujar salah seorang pemuda itu.
Aidan memandang wajah Mikayla.
"Mm-Airis", Dia cuba maniskan wajah.
Mikayla terus memeluk erat lengan kekar Aidan. Kepalanya didaratkan pada bahu lelaki itu.
"Abang lambat lagi ke nak habis kerja? Saya dah rindukan abang. Kita nak makan sama - sama. Abang tak lupa janji abang kan?" Soal Mikayla manja.
Aidan terkebil - kebil.
"Abanggg", Rengekkan manja Mikayla membuatkan Aidan tersengih. Kepala itu diusapnya lembut lalu dicium.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
عاطفيةAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...