DAHI Aidan berkerut melihat Mikayla yang mahu menciumnya dan setiap kali itulah isterinya hendak termuntah.
Tak apa.
Itu lebih selamat.
"Abanggg beritahulah saya rahsia tu. Saya nak tahu juga tak kisahlah saya kecewa sekalipun asalkan saya berhenti curious". Rungut Mikayla.
Mengalah untuk cuba mencium Aidan. Anak mereka tak mahu memberikan sebarang kompromi jadi Mikayla melabuhkan punggung disebelah Aidan.
"Abang tak nak Mika kecewa sebab Mika mengandung. Waktu mengandung tak elok stress takut berlaku keguguran lagi. Abang takut itu terjadi".
Mikayla memuncungkan bibir.
"Saya nak tahu juga!"
"Okey, teka. Apa yang penting untuk abang?" Soal Aidan.
"Hmm... Adwa ke?" Soal Mikayla.
"Hish, ke situ pula dia fikir. Bukanlah. Teka lagi".
"Hmmm, saya ke?" Soal Mikayla sambil memandang seraut wajah kacak Aidan.
Aidan tersengih. Pipi Mikayla diusapnya lembut.
"Salah, wahai isteriku yang cantik. Jawapannya anak kita. Disebabkan berkaitan Mika jadi abang risau..."
"Kenapa dengan anak kita?" Soal Mikayla keliru.
"Qaiser nak ambil anak kita. Dia nak culik Mika dan jaga Mika sampai Mika bersalin. Then, dia nak anak kita. Mika pula dia nak bunuh".
Bibir Mikayla melopong mendengar bicara Aidan.
Tergamaknya!
"Mika mesti sedih kan? Abang minta ma-"
"Lutut abang saya sedih! Kenapa abang tak beritahu saya awal - awal? Saya bukan sayang pun kat Qaiser tu. Perangai pentingkan diri saja. Dulu ajak saya datang ke rumah dia dan paksa saya beritahu berlian baba kat mana. Dia nak berlian tu dan saya bagi saja. Malas saya nak fikir pasal berlian tu". Rungut Mikayla.
Aidan tersenyum.
"Itu sebabnya abang risau. Abang tak berani tidur malam sebab abang takut Qaiser datang culik Mika. Abang tak nak hilang Mika dah". Tutur Aidan perlahan.
"Biarlah dia bunuh saya. Abang bukan sayang saya pun. Abang kan suka anak je". Ujar Mikayla sambil buat muka merajuk.
Aidan mencapai kedua - dua tangan Mikayla lalu tangan itu digenggamnya.
"Abang lagi rela mati demi Mika berbanding melihat Qaiser bunuh Mika. Abang tak sanggup nak hilang Mika. Apa gunanya ada anak kalau wanita yang abang cinta tak ada di sisi abang?" Soal Aidan lembut.
Mikayla sembunyi senyum.
Susahlah dia nak merajuk lama - lama bila Aidan dah jadi suaminya. Bila mulut kata benci tapi hati dia kata cinta.
"Mika marah tak kalau abang bunuh Qaiser?" Soal Aidan serba salah.
"Saya nak marah?" Mikayla ketawa kecil.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...