Dua bulan kemudian....
"SHOOT!"
Bang!
"Shoot!"
Bang!
"Shoot!"
Bang!
Aidan senyum puas hati tatkala melihat kemahiran Mikayla yang semakin hari semakin memberangsangkan. Sungguh, dia puas hati.
Sudah dia dapat jangkakan yang Mikayla memang begitu mudah untuk di didik. Jauh lebih mudah jikalau hendak dibandingkan dengan Essandra.
"Macam mana?" Suara lembut Mikayla itu buatkan Aidan ukir senyuman senget.
Glock-17 yang ada di tangan Mikayla dicapainya lalu dijatuhkan ke lantai. Aidan pagut dagu Mikayla lalu dia merenung kekasih hatinya dengan pandangan yang menggoda.
"Ke-kenapa Aidan pandang saya macam tu?" Soal Mikayla gugup.
"I can't help but wonder how sexy you are when you shoot". Ujar Aidan dengan suara sensual. Jari kasarnya mengelus lembut kedua - dua pipi Mikayla yang sudah bertukar kemerahan.
"Mmi-Mika seksi?" Soal Mikayla polos. Malu!
"Sì, sembri molto sexy". (Yes, you look very sexy) Ujar Aidan seraya mencium lembut dahi Mikayla dengan penuh kasih.
Dia cintakan gadis itu.
Sekali lagi pipi Mikayla bertambah merona.
Aidan kata dia sangat seksi! Aaa, dia malu! Malu!
"Macam mana misi kau yang dua hari lepas?" Soal Aidan prihatin. Ya, Mikayla sudah mulakan misinya dua hari lepas atas arahan Victor. Meskipun pada mulanya dia tidak yakin pun yang Mikayla mampu melakukan tugas itu.
Tetapi setelah misi itu berjaya dilakukan, dia sangat yakin bahawa Mikayla sudah bersedia. Gadis kesayangannya sudah mampu untuk menjalankan tugas.
"Taklah sesusah yang Aidan katakan. Aidan sengaja nak gertak Mika kan?" Soal Mikayla tak puas hati.
Aidan gelak sinis.
"Kalau aku gertak, kau bertambah bersedia, Mika. Kau sepatutnya berterima kasih pada aku, mio caro", Ucap Aidan bersama senyuman senget. Hidung comel Mikayla dicuitnya.
Mikayla juih bibir.
Nak tutup rasa serba salah, macam itulah dia. Dasar Aidan!
"Dah dua bulan kau tinggal di sini. Kau tak pernah terfikir ke yang aku ni dah rosakkan kehidupan kau?" Soal Aidan pada Mikayla.
Dari malam dia ambil Mikayla sehinggalah sekarang, dia masih rasa serba salah dengan gadis itu. Dia rasa kerana dirinya, Mikayla terpaksa masuk ke dalam dunia gelap.
"Kalau Aidan tak ada ke mana lagi Mika akan pergi? Mika tak ada tempat untuk bergantung selain daripada Aidan. Mika tak pernah rasa selamat macam sekarang. Bila dengan Aidan, Mika rasa sangat - sangat dilindungi. Mika rasa..." Jeda.
"Mi sento speciale", (I feel special) Ucap Mikayla telus.
Aidan ketawa kuat.
Seronok betul dia bila Mikayla sudah bertambah mahir berbahasanya.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...