RINDU. Itu yang Aidan mampu tafsirkan sebaik sahaja dia tiba di rumah ini. Rumah agam yang dia beli khas untuk seorang wanita. Sebuah lagi rumah dia sudah belikan khas untuk Mikayla kelak.
Dedaun pintu dikuak dari luar lalu ditutup perlahan - lahan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"I'm home..." Ujar Aidan seraya membuka langkah mencari kelibat si dia.
"Aidannnn!" Aliah mengukirkan senyuman teruja lalu dia berlari mendekati kelaki itu. Tubuh itu dipeluknya erat membuatkan Aidan ketawa.
"Arghh, rindunya!" Aidan memeluk tubuh wanita itu. Erat.
Aliah memandang wajah kacak Aidan. Rambut Aidan yang menutupi wajah yang berparut itu dialihkan perlahan lalu dicium berkali - kali.
Aidan tersenyum suka.
Rambut Aliah diusapnya.
Rindu sangat.
"Aku rindu tengok kau". Jujur Aidan.
Aliah tergelak.
"Rindu eh? Perempuan yang kau rindukan ini yang kau cuba bunuh masa kat rumah Vic. Bila aku tak sedarkan diri kau mula risau. Kemudian, kau bawa aku keluar senyap - senyap dan jaga aku". Bebel Aliah.
"Mana aku tak bunuh kau? Kau cuba nak bunuh anak kita".
"Kalau betul pun aku nak bunuh dah lama aku bunuh Adwa. Aku tak perlu bagi dia nama. Tapi, sebab aku sayang anak kita aku tak buat macam tu sebab aku nak tatap dia bila aku rindukan kau. Rindukan lelaki depan aku ni". Tutur Aliah seraya menekup pipi Aidan.
"Lagipun, sebab kau jugalah berparut badan aku dengan jahitan. Dah tak cantik". Rungut Aliah lagi.
Aidan menarik lembut pipi wanita itu.
"Tak payah nak mengada sangat. Lelaki ni juga yang nak tengok badan kau nanti". Balas Aidan seraya mengusap lembut rambut Aliah.
"Betul juga kan? Kau juga yang akan tengok badan aku. Kau kan boleh terima kekurangan aku". Gumam Aliah sambil mengukir sengihan pada Aidan.
Aidan memagut lembut rahang itu lalu bibir Aliah dicium sekilas.
Aliah menyeringai suka!
"Bila aku boleh berkenalan dengan keluarga kau, Aidan? Empat bulan dah kita kahwin tapi kau masih sembunyikan aku". Gumam Aliah seraya memeluk leher Aidan. Aidan tertunduk sedikit dihadapan Aliah.
Sepasang mata hijaunya bertemu dengan mata hitam Aliah.
"Sekarang, tak boleh. Aku kena kahwin dengan Mika. Kalau Mika tahu aku dah kahwin dengan kau. Mesti dia tak mahu kahwin dengan aku".
"Penting sangat ke Mika tu? Lagi penting dari isteri kau ni?" Soal Aliah sambil menayangkan muka cemburu.
Aidan ketawa kecil.
"Dua - dua penting. Aku masih perlukan Mika sebab aku cintakan dia dan aku perlukan kau sebab kau pandai manjakan aku".
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
रोमांसAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...