Tangisan yang kuat dan kedengaran seperti pemiliknya telah menanggung keperitan yang teramat sangat membuatkan Mikayla bangkit dari pembaringannya dan melangkah mendekati figura itu.
Anehnya.
Kenapa figura itu berada di dalam bilik yang cukup kecil dan sempit tanpa sebarang pakaian?
"Miss... Are you okey?" Soal Mikayla lembut.
Tiada jawapan.
Masih lagi menangis.
Mikayla menghela nafas perlahan - lahan. Bahu figura itu disentuh perlahan - lahan.
"Miss?"
Mikayla terkedu tatkala melihat figura yang menangis itu ialah dirinya sendiri. T-tapi kenapa?
Ke mana Aidan pergi dan kenapa dia kelihatan begitu kecewa? Kenapa dia kelihatan seperti berputus asa?
"Siapa yang buat semua ni?" Soal Mikayla pada dirinya sendiri.
Namun, figura itu diam tanpa sebarang jawapan.
Bum!
Pintu dihempas dari luar.
Bayangan dirinya menjerit begitu kuat seakan - akan melihat ajalnya bakal mendekat. Mikayla tekup kedua - dua tangannya pada telinganya.
Plap!
Petikan jari itu membuatkan segala keriuhan terus hilang.
Mikayla mengerut dahi dikala mengangkat wajah memandang lelaki itu.
"En-encik siapa?" Soal Mikayla penuh keliru.
Mata lelaki itu kelihatan seperti Aidan. Tetapi wajah lelaki itu agak berbeza berbanding Aidan.
Haze mengukir senyuman nipis.
"Kau akan tahu nanti, little flower. Sekarang, I just want to ask you something",

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
عاطفيةAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...