PERNIKAHAN yang berjalan dengan lancar membawa kegembiraan untuk seorang Aidan Qayyum. Sepasang mata hijaunya melihat Mikayla yang sedang baring di atas katil sambil membaca buku mengenai perkembangan bayi.
Alang - alang dia sudah mandi, Aidan terus sahaja melabuhkan punggung di sebelah Mikayla lalu pipi itu diciumnya sekilas.
Membulat mata Mikayla melihat perlakuan Aidan.
"Ermmm, wangi!" Puji Aidan bersama - sama sengihan. Mikayla mencebik. Matanya kembali memandang buku itu.
"Mika..." Seru Aidan lembut. Pipi isterinya diusap penuh kasih.
"Awak nak apa, Aidan? Saya tak larat kalau awak nak suruh saya layan awak. Saya kahwin ni pun sebab anak juga".
"Bukanlah. Abang cuma nak cakap terima kasih saja sebab sudi jadi isteri abang dan biarkan anak abang menumpang dalam rahim Mika". Tutur Aidan lembut. Jari manis Mikayla yang sudah tersarung cincin itu diusapnya.
"Awak ingat saya ni mama jenis apa? Awak fikir saya tergamak nak buang anak lepas saya tahu yang saya mengandung? Saya bukan macam itu tau. Saya nak mengandung pun susah lagi - lagi anak awak". Mikayla mula berangin. Buku itu ditutupnya. Air muka Mikayla berubah garang.
Anak abang. Anak abang!
Teringat pula dia pada Adwa dan setiap kali itu hati Mikayla sakit!
"Mika, abang minta maaf". Ucap Aidan lembut.
"Awak senang minta maaf. Kalaulah maaf awak tu boleh buat saya lupa apa yang awak dah buat pada saya memang kita akan bahagia. Tapi, saya tak mampu melupakan walaupun saya dah maafkan awak. Hati saya sakit tahu tak bila lihat muka Adwa? Muka Adwa tu sama macam Aliah..." Mikayla menangis.
Kelat tekak Aidan.
"Mika, janganlah menangis. Abang takkan buat macam itu dah. Tolonglah maafkan abang". Rayu Aidan lagi.
Mikayla cuma diam.
Aidan menyeka lembut air mata Mikayla. Dahi isterinya itu dicium dengan penuh kasih.
"I love you, Mika. Dulu, Mika kata Mika nak jadi cahaya yang menyebabkan bayang - bayang tercetus. Jadi, tolonglah sinari jalan untuk abang, Mika. Abang nak jadi bayang - bayang untuk Mika dan anak kita. Abang nak bahagiakan Mika. Abang betul - betul nak hapuskan luka yang ada dalam hati Mika". Tutur Aidan perlahan. Jari manis Mikayla diciumnya.
Mikayla bingkas membetulkan postur tubuh supaya dia bersandar pada kepala katil. Aidan juga bangun.
Sepasang mata hijaunya memandang mata Mikayla. Mata yang dulu memandang dia dengan penuh sinar hanya memandang dia dengan penuh sayu.
"Abang janji abang akan pujuk Mika sampai Mika terima abang. Abang janji abang takkan ulang perangai abang". Tutur Aidan bersungguh.
Rambut Mikayla diusapnya lembut.
Dahi Mikayla dicium lagi. Lalu kelopak mata Mikayla yang tertutup dicium.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
عاطفيةAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...