Masam wajah Mikayla tatkala melihat seraut wajah kacak milik Aidan menyapa pandangannya.
"Mika..."
"Apa yang awak buat di sini?" Soal Mikayla dalam nada beku.
Sepasang mata hijau itu merenung sayu seraut wajahnya.
"Aku datang sini sebab kau, Mika. Apa pun yang kau buat tolonglah jangan buat demi aku. Fikirkan diri kau dulu". Pesan Aidan.
Mikayla memandang Aidan yang dibiarkan berikat di atas lantai manakala dia dilepaskan Victor.
"Mika... Pilihan yang kau buat sekarang akan memberikan kesan kepada masa depan hubungan kita. Buat tindakkan dengan berhati - hati". Pesan Aidan lagi.
"Cukup bercakap. Keluar Mika. Tunaikan kata - kata kau atau kau takkan dapat jumpa dia lagi". Sinis Victor.
Mikayla memandang Aidan.
Kenapa Aidan pilih menjadi korban sedangkan dia mahu mereka bersama - sama bahagia?
"KAU fikirkan Aidan?" Sapa Ghibran tatkala melihat Mikayla termenung sendirian di luar balkoni. Wanita itu hanya diam semasa dia membawa wanita itu datang ke sini.
"Ya".
"Kau nampak matang sekarang, Mika". Tegur Ghibran.
"Matang?"
"Ya. Pertama kali aku jumpa dengan kau, kau nampak sangat polos dan akur dengan semua arahan Aidan. Tapi sekarang kau nampak serius. Aidan dah jaga ikan dengan baik". Puji Ghibran.
Mikayla menghela nafas.
"Saya nak jalankan tugas. Saya nak selamatkan Aidan". Tutur Mikayla.
"Tapi, Aidan tak benarkan kau buat macam tu. Dia nak kau tinggal di sini dan..."
"Biar dia mati? Tak boleh. Saya takkan biarkan suami saya pergi dengan sia - sia tanpa saya mempertahankan dia. Itu bukan saya". Tegas Mikayla.
"Penting sangat ke dia pada kau?" Celah Qaiser.
Mikayla memandang seraut wajah Qaiser.
"Ghib, siapa lelaki ni?" Soal Mikayla hairan. Dia sangkakan cuma ada Ghibran dan Essandra.
"Dia ab-".
"Kau tak kenal aku, Mika?" Pintas Qaiser sebelum Ghibran sempat menjawab.
"Tak". Balas Mikayla ringkas.

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...