APA yang dia perlu lakukan? Memang sebelum ini dia mahu bertemu Aidan kerana dia fikir Aidan sudah berubah. Tapi, Mikayla rasa kecewa melihat pandangan mata Aidan yang masih sama seperti sebelum ini.
Dia rindukan Aidan yang lama. Bukan Aidan yang mudah dipengaruhi cinta nafsu Aliah.
"Mika!" Aidan menahan lengan Mikayla dari terus berlari menjauhinya. Cara Mikayla seolah - olah gerun melihat dia. Tapi, kenapa?
Mikayla merentap kasar tangan Aidan lalu langkah diatur ke belakang.
Takut.
"Ja-jangan dekat dengan saya!" Tegas Mikayla.
"Apa kena dengan kau ni?" Soal Aidan bengang. Tiba - tiba saja Mikayla melarikan diri.
Wanita itu marah sebab dia mengganggu sewaktu mereka sedang berbual mesra? Mikayla marah dia sebab itu saja?
"Mika. I miss you". Adu Aidan seraya menayangkan wajah sayu. Tangan Mikayla ditarik lagi.
"Let me go, Aidan! Awak penipu. Awak tak berubah. Awak pandang saya bukan sebab rindu!" Mikayla mula membentak marah.
"Apa maksud kau ni?" Soal Aidan hairan.
Air mata Mikayla gugur.
Aidan mengetap rahang. Tangan Mikayla digenggam lalu tangan Mikayla diangkat supaya supaya mereka berdua dapat melihat cincin yang tersarung pada jari manis Mikayla.
"Sebab ini? Mika. Aku dah suruh kau tunggu aku. Kenapa kau pergi terima jantan lain? Siapa aje yang nak perempuan macam kau kalau mereka tahu keadaan sebenar kau? Tak ada, Mika. Aku nak kau. Aku cintakan kau". Ucap Aidan lembut. Mikayla lekas menarik tangannya dari terus dipegang Aidan.
Aidan sengaja mahu menaggalkan cincin itu. Jika Aidan tahu cincin ini kepunyaan siapa. Tentu Aidan takkan berani menuduhnya begini.
"Awak penipu, Aidan. Awak kata awak cintakan saya. Tapi, awak pandang saya macam saya ni perempuan yang awak boleh tiduri. Awak masih kejar saya sebab awak nak bersama saya kan?" Soal Mikayla sinis.
Aidan tak boleh tipu dia.
Apa yang Aidan tak tahu. Apabila Aidan pernah mencintai dia. Dia tetap akan dapat tahu cara Aidan memandang dia dan apa yang Aidan sembunyikan.
Hell, yes. Hati dia sakit sangat sekarang ini!
"Mika apa yang kau cakap ni? Aku dah berubah..."
"Berubah kerana Allah! Bukan manusia, Aidan Qayyum. Itu sebabnya awak masih hanyut digoda nafsu. Awak tak fikir pasal Allah walaupun awak belajar agama. Iman awak masih menipis. Awak tak boleh membimbing saya". Mikayla mengundur.
"Apa kau cakap ni? Kau nampak masa depan aku ke?" Soal Aidan kasar.
"Tak. Tapi saya nampak dalam mata awak. Awak tu dah ulang perangai yang sama. Sekarang, awak nak jerat saya. Aidan. Saya redha dengan kekurangan saya sebab ini takdir saya. Tapi, saya tak rela untuk diduakan walaupun hati saya ikhlas mencintai awak".

YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomantikAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...