"INI duitnya, Lucas. Aku tahu aku boleh percayakan kau". Ketawa sinis Lucas membuatkan Mikayla perlahan - lahan terjaga.
Terkejut wanita itu dibuatnya apabila melihat Victor berdiri dihadapannya. Lucas pula sudah melangkah keluar dari situ.
Victor bertinggir agar ketinggannya sama dengan Mikayla yang sedang terbaring.
"Airis Mikayla". Seru Victor.
"Kau nak apa?" Soal Mikayla kasar. Hendak bergerak namun malang sekali kerana badannya sedikit pun tak mampu bergerak.
"Aku jadikan kau tebusan sebab aku nak Aidan datang ke sini. Kau kunci kekuatan Aidan. Jadi, dia akan datang tak kira apa pun yang dia hadapi". Tutur Victor.
"Kau bodoh!"
"Awww, bodoh? Mika. Kau tu sepatutnya bukan milik Aidan. Bukan juga layak menjejakkan di sini. Kau nak tahu kenapa?" Mikayla merenung tajam wajah mengejek Victor.
"Sebab belakang badan kau ada lambang tu. Lambang yang tak sepatutnya ada".
"Apa maksud kau?! Kau merepek apa ni orang tua?" Soal Mikayla kasar.
"Kau perempuan emas. Kunci harta yang Hilal simpan ada pada kau. Kau tahu? Kalau aku sebarkan tentang perkara ni pada mafia. Tentu Aidan akan ada dalam masalah besar. Sebab kau bodoh dia terpaksa jaga kau. Dia tak mahu kau jadi perempuan sesiapa. Hilal minta Aidan jaga kau sebab kau akan jadi obses pada lelaki yang jaga kau. Kau cintakan dia sepenuh hati kau. Kan?" Soal Victor.
"Tak. Aku bukan perempuan emas. Aku tak ada tatoo".
"Tapi kau ada, Mika. Nak tahu kenapa ibu bapa kau mati? Datuk kau buat tatoo itu untuk setiap perempuan emas yang lahir dari keturunan dia dan ibu bapa kau tak mahu kau mengikuti tradisi tu. Jadi, mereka bawa kau lari. Malang sekali, mereka kemalangan dan mati. Tinggal anak mereka seorang diri". Tutur Victor bersama - sama ketawa apabila melihat Mikayla seakan ingin menangis.
"Mika. Kau kena lepaskan Aidan. Bukan sikit orang yang mahukan dia. Malahan terlalu ramai. Aku takut kau tak berpeluang untuk mendapat perhatian dan kasih sayang Aidan lagi".
"Aidan suami aku. Aidan milik aku. Hanya aku boleh jadi isteri Aidan. Cinta, kasih sayang dan perhatian Aidan semuanya hak aku! Kau jangan ingat aku nak lepaskan Aidan dan berikan pada perempuan sundal yang melayan nafsu serakah kau!"
Pang!
Terleleng wajah Mikayla apabila ditampar Victor.
"Dia tak layak dipanggil sundal!"
"Dia layak. Kau pun sama. Bakal ahli kubur! Dah nak mati pun sibuk buat dosa lagi". Kutuk Mikayla.
Victor mencengkam kuat rambut Mikayla.
"Aidan akan datang sini. Jadi, aku nak kau pilih sama ada aku bunuh Aidan atau kau akan ikut arahan aku untuk laksanakan tugas istimewa. Hanya kau aje yang boleh lakukan tugas ini".
"T-tugas?"
"Ya. Tugas kau penentu nyawa Aidan dan tugas kau..." Victor mengukir senyuman sinis kepada Mikayla.
YOU ARE READING
AIDAN - Mia Cara, Mikayla
RomanceAidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Ai...